Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Our journey on Disember 2013 (part 1)

Salam berhujung minggu di akhir tahun 2013.... Memang agak busy tahun ni, tengah busy pun teman sempat lagi bercuti....

Terpaksa cuti sebab kesian anak-anak belum kemana lagi cuti ni...

Jadi tempat wajip adalah balik kampung #kedah pada 24/12 selepas MS habis keja.... Amik halfday.....

Esoknya kenduri my nephew sebelah umah mak #kenduri nephew 25/12

26/12 - melawat orang sakit..... Bila MS kat kampung ni mak nak la melawat sedaranya....

- balik dari melawat sedara anak-anak nak ke tasik darulaman #mainlayang-layang





27/12 - ke Penang
#naikferi







#padangkotalama - makan mee sotong







#tamanbelia





#pestapulaupinang









Lepak sini sampai 1 pagi....






posted from Bloggeroid

Bila system problem...

Last week sebelum pukul 5, tetiba ja guruh & petir kuat... terus main power terbakar. Apa lagi habislah kitorang yg tengah buat keja ni terkejut.

Bila main power tu terpadam terus server down dan semua system tak boleh pakai.

Hari ni pun belum OK lagi tapi bila ada main power lain yang OK kita sambung direct pula. Baru tengah up server ni... Minta2 OKlah lepas ni, dah tak larat teman dengar orang bebel pasal system tak boleh pakai. Bukan diorang tak tau main power rosak, saja ja nak buat bising.
Kita ni kuar masuk bilik server diorang tak pandang pun. Nasib la dibayar elaun untuk pantau system kat ofis ni. Kita pun tak boleh buat kerja juga, SKT kita pun berlanggar juga.

Sabar jelah.... Tahan telinga....

Kerja itu ibadah dan amanah ALLAH.

posted from Bloggeroid

U My Husband Not My Boyfriend

Kenapa ya... may be ini yang u all fikir.

MS ada jawapannya....

Ini hanya berkaitan diri MS dan tak berkaitan dengan sesapa pun sebab ini yang MS rungkai apa yang MS hadapi. Sebenarnya tak semua perkara MS boleh kongsi dengan my husband, may be orang lain boleh sebabnya itu hak masing-masing.

MS kenal my husband 2 tahun sebelum kami putuskan untuk berkahwin pada tahun 2004 dan Alhamdullillah hingga sekarang bahagia dengan 3 orang hero. Berbalik kepada tajuk entry kali ni adalah semasa kita ber'boyfriend-girlfriend' segalanya diceritakan. Sanggup bergayut berjam-jam dan bil telefon juga ber'tingket-tingket'. Padahal hari-hari kalau boleh nak jumpa, sebelum masuk kerja dan balik kerja, kekadang time makan malam.

La ni sejak dah 9 tahun kahwin dan tidur sekatil ni, nak telefon pun malas, SMS pun kekadang jer. MS ni jenis malas nak cakap banyak kali dan kalau hati den sakit memang sanggup tak bercakap berhari-hari. Hal penting jer nak dibincang, yang tak penting kemudian hari kita bincang.

Ada juga kawan satu ofis tersentap dengan sikap MS tetiba jer diam dan buat hal sendiri tanpa bersuara (sorry yer kekawan, hati den tak de sapa pula nak jaga kalau bukan den sendiri). Apa boleh buat memang mood kureng hari tu, nak kongsi masalah sebab dah tak de boyfriend sebabnya my husband ni pun MS rasa bukan semua perkara boleh dikongsi dengan dia.

Tapi my husband dah faham dengan perangai MS ni, yelah dah 9 tahun hidup sebumbung takkan tak faham lagi perangai bini. Dia tak akan paksa MS bersuara sehingga MS sendiri yang akan cerita apa yang perlu MS perlu dia tahu.

Macam-macamkan, kalau itu bukan masalah u all baik buat tak kisah jer.

Selamat bersantai bersama keluarga tersayang.



Fakta Menarik

Salam AidulAdha....

Dah start keja hari ni...

MS nak kongsi fakta menarik tentang nombor iaitu....

37,037 didarabkan dengan sebarang nombor yang anda pilih dari 1 hingga 9, kemudian didarabkan dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih, misalnya

37,037 X 6 X 3 = 66,666

Tips Agar Bercinta Sampai Bila-Bila


Apabila isteri anda mengadu kesakitan atau memaklumkan kepada anda bahawa dia berasa tidak sihat, tunjukkan keprihatinan anda dan ambillah berat akan aduan yang disampaikannya.

Tunjukkan yang anda mengambil berat tentangnya dengan menzahirkan kerisauan anda terhadapnya. Kalau pun anda tidak risau kerana dia sakit bukan nak mati pun, BUAT-BUATLAH risau dan bertanya sekiranya anda boleh melakukan apa-apa untuknya, sekalipun anda yakin bahawa memang tiada apa yang dapat anda lakukan selain melihat dia kesakitan.

Pertanyaan dari anda dapat meyakinkan dia bahawa dirinya mempunyai nilai yang berharga di sisi anda. Mengetahui anda merisaukan dia, sekalipun kerisauan yang dibuat-buat cuma, akan memberikan kesan yang positif pada psikologinya dan akan membuatkan dia merasa gembira dan berharga di sisi anda.

Tetapi malang, kerana ramai suami yang tidak tahu, bahawa ini adalah apa yang mampu mereka lakukan untuk mengurangkan kesakitan yang ditanggung isteri mereka. Para suami, anda tidak diciptakan untuk menjadi penonton apatah lagi memberi respond 'Ooohh ye ke' dengan muka toya, apabila si isteri mengadu kesakitan sedang anda terus dengan menonton perlawanan bola. Ada banyak perkara yang jauh lebih baik, cool dan macho yang anda boleh lakukan dalam situasi ini.

Para suami hanya cuma perlu ingat satu perkara, bahawa wanita - apabila mereka gembira, mereka hampir sahaja tidak merasa atau lupa kepada kesakitan yang mereka alami. Justeru, kurangkan beban isteri anda tika sakitnya, dengan menggembirakan dia.

Tanyakan kondisinya dan sekiranya dia memerlukan apa-apa dari anda seperti segelas air panas atau sedikit urutan untuk melegakan kesakitan.

Rangkul tangannya, usap sebentar kepalanya, dan doakan kesembuhannya yang tulus anda harap dan maksudkan dari hati anda.

Ramai, ramai para suami tidak tahu, hanya dengan bertanya dan berpura-pura mengambil berat tentang isteri mereka, mereka telah dapat mengurangkan hampir sebahagian dari kesakitan yang ditanggung isteri mereka.

Usah dipertikai perkara ini, sekiranya bukan kerana emosi yang membuatkan wanita lupa pada sakitnya, tentulah tiada lagi wanita di dunia ini yang sanggup melahirkan zuriat anda!

Tak perlu jadi mat romeo, tak perlu jadi hero drama, atau tak perlu jadi tuan putera raja menghadiahkan istana kepada permaisurinya untuk membuktikan kecintaan anda pada si dia.

Cukup dengan bertanya keadaannya, 'pura-pura' risaukan dia dan doakan kesembuhannya - anda sudah mampu buat dia merasa cukup bahagia. Ianya tak ambil masa yang lama, sekadar 5 minit yg terluang untuk bertanya dan melihat dia sahaja sudah mencukupi! Percayakah anda? Kak Ton kata: Kalau belum pernah cuba jangan nak menggatal jawab tak percaya.

Justeru, andai ada tika yang terdekat ini dia mengadu kesakitan kepada anda, ayuh dapatkan dia segera! Dail nombornya kalau dia di pejabat kini, atau hantarkan sms kepadanya, atau pergilah kepadanya segera sekiranya dia sedang di dapur rumah anda, yang penting - carilah dia di mana jua dia berada.

Tanyakan bagaimana keadaannya, tanyakan sudahkah dia makan, tanyakan mampukah dia bertahan, dan yang paling penting dan macho sekali, BERI PESANAN KEPADANYA DALAM BENTUK ARAHAN, seperti, "Sayang jangan berdiri lama sangat, abang tahu sayang sakit" atau, "Pukul 12 nanti lunch cepat-cepat, abang tak izin sayang lewatkan" atau, "Sayang, abang taknak sayang buat apa-apa hari ini, rehat sahaja" dan banyak lagi dialog lainnya. Pasti, sejuk tenang hati isteri anda.

Dan yang paling penting untuk semua suami tahu, hanya dengan tips mudah dan remeh begini sahaja, dia sebenarnya dapat melentur hati dan menundukkan ego si isteri.

Percayalah, si isteri yang selalu menerima PERKARA PERKARA KECIL dari suaminya, akan mudah memberi perkara-perkara besar kepada suaminya, seperti sepenuh ketaatan dan kepatuhan kepada si suami. Manakala isteri yang kurang mendapat 'perkara-perkara kecil' ini dari suami mereka, akan menghadapi kesukaran untuk memberi segenap ketaatan kepada suami mereka.

Justeru, tanam dalam-dalam di ingatan anda, bahawa untuk mendapatkan perkara-perkara besar dari isteri anda, anda cuma perlu memberikan 'perkara-perkara kecil' ini terlebih dahulu kepadanya dan salah satu darinya ialah; mengambil berat tika dia mengadu akan sakit peningnya yang pada anda langsung tiada ada apa-apa, tetapi tidak bagi dia.

Selamat Bercinta!