Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

KONTROVERSI PALING HANGAT 2011 (METRO RAP 27/12/2011)

Salam 1 blogger….

Tengah baca paper kat ofis tadi, MS baca di ruangan RAP Metro hari ini dipaparkan 10 kontroversi paling hangat tahun ini. So, MS ingin kongsi disini…..

2011 SPOTLIGHT

1) YUNA REDA, ANUAR PASRAH !

image  image

Dimana pertama berlaku dalam sejarah penganjuran anugerah, berita penarikan semula trofi Lagu Terbaik yang dimenangi penyanyi muda, Yunalis Zarai menerusi lagu Penakut di Anugerah Industri Muzik (AIM) November lalu disifatkan memalukan hingga kredibiliti anugerah itu dipersoal.

Seminggu selepas Yuna selesa dengan pengiktirafan yang diberi, tiba-tiba trofi itu ditarik semula untuk diserahkan kepada lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry KRU dendangan Anuar Zain. Alasannya, kesilapan pihak auditor yang memantau system pemarkahan yang dibuat juri. Lalu kekeliruan itu menyebabkan berlakunya kesilapan.

Kesan yang tertinggal, Yuna dan Anuar dipertemukan pada satu siding media tergempar bagi menjelaskan senario sebenar. Yuna enggan membesarkan isu itu meskipun mengakui terkilan dan Anuar pula hanya mengikut rentak.

Mungkin dalam kes ini Yuna terpaksa reda sementara Anuar pula pasrah – bak adegan filem Ombak Rindu. (MS belum lagi berkesempatan tengok cerita Ombak Rindu tu)

2) FASHA OH FASHA….

image

Saban tahun aktres jelita dan seksi jarang sekali tertinggal dalam senarai kontroversi kerana ada saja kisah ‘panas’ membabitkan dirinya. Bukan sengaja mencari publisiti murahan, namun pelakon Tentang Dhia ini terpaksa akur dengan statusnya selaku bintang popular membuatkan setiap inci gerak-gerinya diperhatikan.

Kekal profesional dan menyifatkan apa yang berlaku sebagai cabaran anak seni, Fasha selalu bersedia menjelaskan setiap kontroversi yang terkena. Apabila gambarnya berbikini ‘terbarai’ di Internet, Fasha tampil menerangkan perkara sebenar. Dakwanya gambar-gambar itu dimuat naik rakan baiknya yang turut sama bercuti ke Bali ketika itu.

Kemudian Fasha membuat kejutan lagi apabila menyiarkan senarai panggilan dibuat yang dikaitkan dengannya, Jejai di laman twitter apabila ada pihak membuat spekulasi kononnya hubungan mereka berantakan.

Fasha sekali lagi mencetus kontroversi apabila mendedahkan rasa tidak puas hatinya kepada Iqram Dinzly yang ketika itu berlakon bersamanya kerana lewat datang ke lokasi penggambaran. Pelakon yang sinonim dengan disiplin dan komited terhadap kerjaya lakonannya ini kemudiannya dikaitakan pula menjadi punca perpisahan bintang muda, Johan As’ari dan bekas kekasihnya, Izreen Azminda.

Baru-baru ini pula Fasha mengenakan gaun seksi merah dalam sebuah majlis yang nyata mendedahkan bahagian besar belakangnya sehingga ke pinggul.

3) ORANG PESTA, RAJA AZMI MENGAMUK!

image

Produser sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman tidak terkecuali mencetus kontroversi apabila meninggalkan majlis pembukaan Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) kerana tidak berpuas hati dengan kemenangan Jurey Latif Rosli melalui filem Libas.

Raja Azmi menyifatkan kemenangan Jurey adalah mengarut dan tidak adil kerana Jurey adalah pengerusi dan badan penganjur utama yang sepatutnya tidak layak bertanding untuk kategori yang bersifat peribadi iaitu Pengarah Harapan.

Lantas tatkala nama Jurey diumumkan sebagai pemenang, Raja Azmi bingkas bangun meninggalkan majlis namun sempat berkata sesuatu kepada Jurey yang kebetulan berselisih dengannya untuk mengambil trofi.

Tahun ini, Jurey adalah Presiden Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Induk untuk FFM24.

Tindakan Raja Azmi seolah-olah tidak menghormati majlis lebih-lebih lagi dengan adanya tetamu kehormat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun, Raja Azmi kemudian menghantar surat permohonan maaf kepada TPM di Putrajaya dan banyak pihak memuji tindakan Raja Azmi itu.

4) KISAH ‘DALAM KAIN’ JIMMY

image

Sejak memfailkan penceraian Januari lalu, pengacara, Jimmy Shanley dan isteri, Nur Suhaila Eliani Suhaimy terus bergolak, bagai tiada jalan kesudahan.

Mulanya, masing-masing tidak mahu punca penceraian didedahkan dan hanya menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu ketentuan. Namun, tanpa berfikir panjang dan hanya mengikut gerak hati, pasangan ini mula memanjangkan kes di mahkamah hingga banyak episod ‘dalam kain’ didedahkan.

Mahu atau tidak, semuanya sudah terjadi dan sukar berpatah semula. Bayangkan, mereka mula tinggal berasingan selepas 20 hari bernikah pada Oktober tahun lalu. Mungkin rasa puas apabila kebenaran mahu ditegakkan namun sedar atau tidak, kisah peribadi kedua-dua hanya merugikan diri masing-masing.

Terbaru, Jimmy yang sebelum ini pernah mengendalikan program Trek Selebriti dan Akademi Fantasia (AF), mendakwa pula bekas isterinya masih ketagih judi dan merokok hingga lalai akan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

5) NEELOFA NAFI BUKAN PERAMPAS

image

Sebutir lagi bintang baru kini semakin terang menerangi dunia lakonan bernama Neelofa. Dulu dia pernah dikaitkan bercinta dengan aktor kacak, Shah Jaszle ketika bersama-sama membintangi filem Azura, namun mereka akhirnya berpisah.

Sejak itu Neelofa yang bukan saja bijak dan cantik, terus menjadi perhatian ramai pihak dan dikatakan menjalinkan hubungan pula dengan seorang kerabat diraja.

Di samping itu, Neelofa turut terjebak dengan kontroversi apabila dikatakan cuba merampas kekasih orang lain. Malah ada khabar angin Neelofa pernah dihalau daripada sebuah hotel di ibu Negara, tahun ini gara-gara gosip cinta rampas merampas itu.

Kemudian, pelakon peramah ini terpaksa memasang pembantu peribadi atau ‘bodyguard’ selepas menerima ugutan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dari individu yang tidak dikenali. Dipercayai ia ada kaitan dengan soal wang. Hingga ini, Neelofa masih fobia dengan apa yang berlaku. Dia akui mahu berhati-hati dalam setiap gerak langkah dengan siapa dia mahu bercinta.

6) PERANG CHEF WAN DENGAN ANAK, ADLIN

image   image  

Mengaburi profil kerjaya kononnya pernah bekerja di sebuah restoran eksklusif bertaraf antarabangsa membuatkan chef selebriti yang juga personaliti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan ‘naik hantu’.

Lebih hangat, Chef Wan bukan memarahi sesiapa sebaliknya anak lelakinya sendiri, Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Riz yang dikatakan memberitahu yang dia pernah bekerja di sebuah restoran di kota New York ketika mengendalikan program Masterchef Malaysia.

Walaupun anak sendiri, Chef Wan menyifatkan perbuatan Chef Riz sebagai memalukan dan tidak patut berlaku terutamanya dalam menipu butiran diri untuk kerjaya sendiri. Namun itu semua adalah untuk kebaikan anaknya sendiri.

Terbaru, Chef Wan yang juga pengkritik tetap untuk program reality TV Maharaja Lawak Mega berperang pula dengan salah seorang pesertanya juga pelakon handalan, Adlin Aman Ramlie. Perbalahan mereka berdua bermula apabila Chef Wan mengkritik persembahan Adlin yang dikatakan hambar dan tidak mencuit hati langsung. Lantas, Adlin yang sebelum ini terkenal dengan kritikan berbisanya menerusi program Akademi Fantasia (AF) tersingkir dari pentas Maharaja Lawak Mega menyebabkan dia melancarkan serangan balas ke atas perang mulut itu.

7) NABILA HUDA BUAT AYAH MENANGIS

image

Tiada persefahaman menjadi punca perpisahan dramatis terkenal, Nabila Huda bersama suami, Zaidy Zailani, selepas lebih tiga tahun hidup bersama. Pelakon berbakat yang juga anak kesayangan kepada penyanyi lagenda, Amy Search itu juga sudah menjadi seorang ibu dan dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila.

Sekian lama mengunci mulut setiap kali ditanya mengenai punca sebenar perpisahan, Nabila yang mesra disapa Abil bagaimanapun mendedahkan rasa tidak puas hatinya kepada Zaidy di laman sosial, twitter. Nabila menyifatkan Zaidy bersikap melampau dan suka mencabar kesabaran dirinya.

Nabila dikatakan marah dan terus membuka rahsia mengenai sikap bekas suaminya apabila dia tidak henti bercerita mengenai sikap buruk Nabila dan mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Dalam pada itu, Nabila turut terjebak dengan kes gambar bercium bersama seorang lelaki yang dikatakan jurulatih selam di Pulau Tioman. Perbuatan itu amat mengecewakan ayahnya, Amy dan ibu tirinya, Nourish. Hanya air mata Amy mampu mengalir mengenagkan sikap Nabila itu dan Amy memohon agar Nabila memohon maaf kepada peminat dan masyarakat.

8) JAMAL TINGGALKAN PENGASIH

image

Selepas lima tahun penyanyi dan pelakon Jamal Abdillah menginap di pusat pemulihan Rumah Pengasih, akhirnya awal November lalu, dia membuat keputusan untuk keluar tinggal sendirian. Alasannya tidak diketahui cuma sebelum ini, sudah ada spekulasi yang mana Pengerusinya, Datuk Yunus Pathi, pernah mengeluarkan kenyataan yang Jamal tidak pernah menyumbang duit kepada Pengasih sedangkan dia penyanyi terkenal.

Walaupun menggunakan segala kemudahan dan menginap di ruang yang selesa, penyanyi yang popular dengan lagu Azura itu dikatakan langsung tidak sensitif untuk membantu Pengasih dari segi sumbangan.

Namun, ketika ditanya perkara itu kepada Jamal, penyanyi kelahiran Ipoh, Perak yang kini berusia 52 tahun menafikan sekeras-kerasnya. Malah ketika ditemui baru-baru ini, Jamal sekali lagi menegaskan yang dia sudah mengumpulkan beberapa bukti dan dokumen untuk membersihkan reputasinya yang tercalar dengan dakwaan Yunus Pathi.

Lebih berani, Jamal mengakui tertekan dengan segala dakwaan dan menyifatkan Pengasih tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu keran ia akan membuatkan masyarakat akan hilang kepercayaan akan institusi berkenaan.

9) IZREEN KATA CINTA, JOHAN PULA TIDAK

image

Tidak semena-mena pelakon meningkat naik, Izreen Azminda membuat kenyataan yang hero drama siri popular, Johan As’ari adalah kekasihnya. Namun, Izreen yang turut berlakon dalam Juvana akui hubungan mereka dua kian renggang sejak Johan meraih populariti mendadak dan terikat dengan jadual penggambaran drama siri Cinta Elysa.

Secara berlapik, Izreen melihat punca keretakan hubungannya dengan Johan adalah kerana Fasha Sandha yang kebetulan menjadi heroin kepada Johan dalam Cinta Elysa. Kebetulan Johan sedang diburu ramai dan Fasha pula memang pelakon yang popular, gandingan dan keserasian mereka berdua berhasil sehingga drama terbitan Suhan Movies itu mencecah ‘rating’ penonton melebihi 4 juta untuk episod terakhirnya.

Berita gembira buat Johan itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa kepada Izreen kerana Johan semakin lupa perhubungan mereka. Bagaimanapun Johan menafikan sekeras-kerasnya mengenai hubungan istimewa yang terjalin dengan Izreen serta Fasha sebagai orang ketiga.

Izreen pula turut mendedahkan pelbagai bukti yang pernah dikirimkan Johan sebelum ini menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

10) SEPAH DAH BERSEPAL!

image

Selepas menjuarai program Raja Lawak dan kemudiannya Maharaja Lawak, trio Sepah mula berdepan kemelut dalaman yang mengatakan ketiga-tiga anggotanya, Jeff, Mamat dan Shuib tidak sehaluan.

Berbulan-bulan bermain teka-teki akan keadaan dalaman mereka, akhirnya Jeff dan Shuib mengumumkan perpecahan mereka dengan menubuhkan Sepahtu. Mamat dikatakan mencipta banyak masalah termasuk disiplin dan tidak komited dengan mereka. Namun masing-masing menafikan mereka bergaduh besar sebaliknya masih boleh berlakon bersama dalam Sepah The Movie.

Mamat pula mendapat perhatian apabila mengumumkan hubungan cintanya bersama Rafidah Ibrahim atau Fida Pantene. Bagaimanapun tidak sampai setahun, mereka berpisah apabila Fida kecewa dengan sikap Mamat. Shuib pula cukup gembira kerana akhirnya menjadi seorang ayah apabila perkahwinan dengan Siti Sarah dikurniakan anak.

LAGI KONTROVERSI……

image

Selain itu, 2011 turut memperlihatkan pelbagai cerita panas seperti tindakan berani pelakon Zarina Ann-Julie yang tampil separuh bogel sebagai muka depan sebuah majalah di Indonesia.

image      image

Apabila Memey Shuhaiza dan Norman Hakim berkahwin dengan begitu gah, bekas isteri Norman, Abby Abadi pula dimasukkan ke hospital kerana tertekan dengan banyak perkara termasuk perpisahan dengan kekasihnya, Zulkifli Ariffin.

image Tidak kurang panasnya, finalis Pilih Kasih juga pelakon utama filem Mantra, Ana Dahlia yang dikatakan menyorok status janda sebelum berkahwin lagi dengan anak Chef Wan.

image Di samping itu, ramai terkejut dengan khabar angin finalis Akademi Fantasia 9 (AF9), Lena dan Azri yang dikatakan ‘tidur’ bersama di Bali.

image

Sementara Datuk Siti Nurhaliza terpaksa tampil memperjelaskan produk kecantikannya, SimplySiti adalah bersih dan halal.

image Turut hangat apabila penyanyi juga pelakon, Deja Moss menyaman beberapa media kerana mendakwa menyebarkan artikel tidak benar berkenaan masalah yang berlaku antaranya dengan Norish Karman ketika terbabit dalam teater Terima Kasih Cinta.

image Terbaru pula, Fizo Omar berdepan dengan situasi malang apabila terpaksa menanggung beban hutang jutaan ringgit selepas menjadi penjamin kepada seorang rakan niaganya.

Itulah antara kontroversi panas artis kita tahun ini, bagaimana dengan tahun depan? Kita tunggu……

Jalan-Jalan Jejak Kasih

Assalamualaikum dan salam 1 blogger,

Hari baru berkesempatan update blog ni, sebenarnya nak kata busy tu tak de la busy sangat. Tapi banyak halangan bila nak update blog ni. Minggu ni mak cik MS dari Penang datang Teluk Intan, so sambil tu jalan-jalan rumah sedara kat sini .  Jumaat malam dia sampai rumah MS, disebabkan sudah kesuntukkan masa MS cuma hidangkan mee goreng jer. Yela h, balik kerja pun dah pukul 6.00 petang, tak sempat nak pergi cari yang dah siap.

Ingat nak jamu mee rebus Pak Ndak or Mastan Ghani, tapi disebabkan dah lewat terpaksalah MS masak mee goreng jer. Kemudian honey pegi beli durian pulak, lepas makan mee terus “belasah” durian. Disini memang musim buah, yang banyaknya durian dan rambutan.

Esoknya honey kerja, pukul 3.00 petang baru dia balik. Terus siap-siap ke Seberang Perak pulak, pergi rumah Cik Na (sepupu sebelah mak) di Bukit Chawi. Malangnya sampai kat sana, Cik Na tak de. Pergi Pulau Pangkor, yang ada Pak Cik dan anak bujangnya. Sebenarnya sudah lama kitorang tak berjumpa dengan Cik Na ni, last jumpa bulan 11 tahun lepas.

PC171323 Sepupu yang sihat-sihat belaka.

PC171320

Honey dan suami sepupu tengah bersembang di tepi sawah.

PC171325

MS dan Afif di tepi sawah (sawah tepi rumah Cik Na)

 PC171333

Borak-borak di luar sambil makan buah rambutan.

PC171329

Sudah nak beransur balik ni.

Duduk jer dekat Perak tapi susah nak jumpa, MS pun asyik busy jer tak sempat ke rumah dia. MS kerja disini dah 9 tahun baru jumpa dia disini, mak MS memang ada bagitahu ada sedara disini tapi MS manalah familiar sangat dengan kawasan Seberang Perak tu. MS dapat jumpa dia, bila dia datang ofis cari MS. Yelah, mana ada orang luar kat ofis cuma MS jer. So, senang la dia teka yang MS ni anak pada sepupu dia.

Habis cerita pasal jejak kasih tu, cerita kitorang  pegi rumah Cik Na baru-baru ni pulak. Disebabkan tak jumpa Cik Na, kitorang dijamu dengan buah rambutan tepi rumah dia dan borak-borak lebih kurang. Terus kitorang balik dan singgah sekejap di Kompleks Pasir Salak. Malangnya sudah tutup sebab dah pukul 5.30 petang. Tak dapatlah kitorang jalan-jalan sittu, cuma masuk ikut pintu tepi tengok Sungai Perak jer.

PC171337Sepupu-sepupu MS berlantar belakangkan Sungai Perak.

PC171335 

Gadis sunti ni baru first time sampai Sungai Perak ni.

Lepas lepak-lepak situ singgah beli durian kejap, Mak Cik nak beli durian untuk bawa balik Penang besoknya. Sebelum balik tu kitorang singgah Pekan Kampung Gajah makan sate dan mee bandung dulu. Honey nampak buah pulasan pulak, terus sambar 5 ikat. Makan sudah dan dah nak masuk waktu maghrib kitorang terus balik ke Tapah (rumah sepupu, anak Mak Cik). Sampai terus bersihkan diri, then makan lagi. MS tak larat nak makan dah, cuma rasa laksa Mak Cik buat jer. Kemudian makan durian lagi, memang “hantu durian” betul diorang ni. MS cuma rasa jer tak delah mengadap durian tu sampai habis.

Jam dah pukul 10.00 makan baru kitorang anak-beranak balik ke Teluk Intan. Letih jugak bila asyik makan jer, anak-anak memang suka la dapat main sepuas-puasnya. Tak adalah terkurung dalam rumah jer hari ni. Balik tu Azim mengadap laptop lagi, MS nak tido jer. Dah letih sangat ni……

PC171324

YANG PENTING MEMANG BEST HARI NI, DAPAT LUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA MS.

Shopping Barang Sekolah (Kemasukkan Tahun 1/2012)

Assalamualaikum  dan salam blogger….

Semalam sepatutnya Papa Sharidz (Honey/PS) kerja, tapi disebabkan dia kurang sihat (batuk n selsema) dia lepak kat rumah jer lepas makan ubat.  Udah tengahari (dlm pukul 12) lepas dia cukup rehat, dia  ajak pegi beli pakaian sekolah untuk Azim n Afif.  Ramai jugak orang shopping barang sekolah semalam. Ingat MS yang terawal, rupa-rupanya dah terlambat. Biasalah rakyat Malaysia, suka buat sesuatu last minute.

Sampai jer kat kedai yang jual barang sekolah terus jer Azim, Afif n Aqif pilih beg sekolah masing-masing. Aqif pun nak jugak beg, dekat rumah lagi dah cakap nak beg “bird tam” (angry bird warna hitam) untuk isi baju pegi rumah pengasuh jer. Azim biasalah mesti pilih beg yang ada gambar Ultraman dan Afif memang dah cakap nak beg Angry Birds warna merah.

PC111210Inilah beg sekolah Aqif, Afif dan Azim tak berjenama tak pe janji ada gambar cartoon yang diorang minat.

Afif cuma belikan beg dan sepasang kasut sekolah jer, uniform beli di tadika nanti. Barang untuk Azim yang banyak sebab nak masuk tahun 1. MS cuma belikan 2 pasang baju, 2 pasang seluar, 2 pasang kasut, 2 helai singlet, 2 pasang stoking (stoking tahun ni punya  masih elok lagi) dan juga seluar dalam diorang. Itupun sudah RM200 +++, mahal jugak barang-barang sekolah sekarang ni. Itu pun belum belikan baju melayu untuk sekolah agama, lupa pulak nak carikan semalam.

Antara kelengkapan sekolah yang dibeli semalam.

Sebenarnya MS tak berapa tahu sangat pasal pendaftaran anak nak masuk sekolah ni. 7hb hari tu MS cuti sebab temankan Afif start tuisyen pada hari tu. Sementara tunggu Afif tuisyen MS pegi ke sekolah yang MS dah daftarkan Azim untuk tahun 1 nanti.

Sampai kat jaga sekolah tu, terus jer MS minta kebenaran untuk masuk ke pejabat sekolah tu untuk jumpa kerani sekolah tu. Terkejut juga MS semasa buat semakan (kerani tu semak dalam buku jer) tak de nama Azim. Confius jugak MS sebab dia adalah bekas belajar prasekolah sekolah tu dan surat beranak dia dah confirm di cop sekolah tu pada belakang sijil lahir dia. MS lupa pulak nak bawa sijil lahir asal Azim semasa semakan tu. Terus jer kerani tu bagi borang rayuan untuk kemasukkan tahun 1/2012.

Balik jer ke rumah MS cari sijil lahir asal Azim, memang confirm dah ada cop sekolah tu dan terjumpa sekali surat pengesahan nama dia telah didaftarkan di sekolah tu. Surat pengesahan tu mengesahkan telah didaftarkan pada 09/11/2010 dengan nombor pendaftaran 6/2012.

Besoknya PS pulak pergi sebab MS kerja, dia bawa semua dokumen berkaitan dan jumpa kerani sekolah tu sekali lagi. Bila dia tengok dah ada nombor pendaftaran baru dia jumpa nama Azim. Katanya surat telah dihantar ke alamat seperti di sijil lahir Azim (alamat rumah lama). Masalahnya pada surat pengesahan pendaftaran telah dicatat alamat surat-menyurat iaitu alamat rumah sekarang.

PS balik bagitau pendaftaran pada 4/01/2012 nanti dan hari beli buku pada 26/12 (sehari sahaja). Bengang jugak MS kenapa jual buku sehari jer iaitu pada hari cuti pulak tu, MS dah plan nak balik kampung cuti tu nanti. Sudah la kerani tu tak bagi surat panggilan pendaftaran masuk nanti, MS berteka-teka pulak bukan ke kalau tahun 1 masuk awal dari budak-budak lain. Kerani tu cuma bagi senarai buku untuk dibeli dan borang SMM jer. Borang SMM tu udahlah senget-benget, dah tahu borang senget-benget still jugak fotostat (pemalas betul). MS nak isi pun malas, MS taip balik format borang tu. Tak reti MS nak lengkapkan borang tu kalau tak jelas tulisannya.

PC111214PC111215

                      Borang SMM yang senget-benget tu (memang tulisan pun kurang jelas)

# Ini sekadar pengalaman MS anak nak masuk tahun 1 nanti, MS yang excited Azim selamba jer asyik tanya cuti banyak hari lagi ke sebab dia boleh main game time cuti ni. #

“The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

Assalamualaikum… dan salam blogger….

Malam-malam sambil layan fb terjumpa pulak dalam group blogwalking widget ni ada yang buat segmen ni.  Agak menarik dan hadiahnya yang mengancam. Firstly… mari kita sama-sama lihat HADIAHNYA, ada macam-macam hadiah menarik. MS suka hadiah tu.

Kalau nak ikut jer step ni… senang jer.

1) Tajuk Entry : “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

2) Letak jer banner ni di entry anda….

         image

3)  Letak link sponsors seperti dibawah dalam entry anda…..

4) WAJIB letak semua sponsors (blogshop) dalam blog list anda. Bagi sponsors yang hanya ada fan page di facebook, korang pergi like fan page diorang dulu….

5) PROMOTE this entry sebab ada hadiah untuk TOP REFFEREL

6) TEKAN butang LIKE dan TWEET di ENTRY INI

7) LIKE fan page blog Saya Suka Menaip di – http://www.facebook.com/nisamenaip

8) Pastikan semua syarat-syarat dari no. 1 – no. 7 dibuat.

* Saya LIKE semua fan page sponsor seperti di atas dan fan page SAYA SUKA MENAIP dengan

account FB MS iaitu Ruzaida Daud

GIVEAWAY INI BERLANGSUNG SEHINGGA 31 DISEMBER 2011

MS sarankan kepada semua blogger untuk joint Giveaway ini tak kira lelaki or perempuan sebab hadiahnya memang meletop dan terbaik punya…. Kalau berkesempat jointlah yer… Senang jer tak payah tag-tag orang pun.  CAiyok… rezeki sapa pulak lepas ni……


 

Jalan-jalan ke MELAKA

Lepas jer habis majlis bertunang tu kitorang terus jer ke Melaka, yang lain balik ke destinasi masing2 kitorang anak-beranak n mak mentua jer ke Melaka. Hujan selebat-lebatnya, udahlah tak biasa ke Melaka. Mencari jalan ke hotel pun jenuh jugak, sebabnya tak nampak signboard.

PB131070

Redah jer, bila dah sampai ke Banda Hilir, jalan jem pulak. Kesian Papa Sharidz (PS), dia sorang jer drive dari Teluk Intan – Kajang – Senawang – Melaka. Dengan bantuan adik ipar (Elly & Sue) google, akhirnya sampai jugak ke Hotel Mahkota Melaka. Check in pun dah pukul 6.00 petang, masing2 dah letih. Mak mentua lepas maghrib dah tak keluar sebab dah letih. Anak-anak tak kira, diorang tahu nak gi jalan jer.

PB271112

PB271113 

Pukul 8.00 malam bawa jugak diorang keluar gi Pirate Park n jalan-jalan kat area Banda Hilir tu. Nasiblah malam tu tak hujan, bolehlah jalan-jalan kat Bandar Melaka tu. Ingat nak bawa diorang gi naik River Cruise malam tu, tapi keadaan tak mengizinkan sebab ramai sangat orang tengah Q nak naik River Cruise tu. Berbas-bas orang menunggu, so, besok pagi jelah kitorang datang balik. Boleh bawa mak mentua sekali.

PB281142

Besoknya 28 November, lepas breakfast bawa anak-anak ke swimming pool jap.

PB281115

PB281119

PB281117

PB281121

PB281120 

Lepas tu check out, terus ke River Cruise. Semasa kitorang sampai tak ramai lagi orang baru ada 2 bas rombongan, terus amik tiket n Q, tunggu bot.

PB281124

PB281125

PB281129

 PB281130

PB281135

PB281134  

Lepas tu terusnya bertolak balik ke Teluk Intan, OTW pun hujan selebat-lebatnya. Selamat sampai ke rumah pukul 7.00 malam lepas hantar mak mentua ke CB. Kalau ikutkan letih, tapi tak dapat nak cuti esoknya sebab ada Audit Pengurusan Risiko ICT dan Operasi datang. Janji anak-anak happy n enjoy.

PB281144

MELAKA…… NANTI KITORANG DATANG LAGI…….

Majlis Pertunangan Adik Ipar (KHAIRUL ANUAR BIN SUHATI)

27 November lepas kitorg gi Senawang joint majlis bertunang adik ipar. Bertolak dari Teluk Intan pukul 7.30 pagi pergi Kajang, berkumpul di sana. Semuanya 6 biji kereta, dari Teluk Intan 3 biji kereta. Pukul 5.30 pagi dah bangun siapkan barang dan siapkan anak2, then balik CB dulu amik mak mentua.

PB271081

Tepat jam 7.30 pagi terus bertolak ke Kajang, pukul 11.30 pagi baru sampai Kajang sebab tunggu kakak ipar dari Shah Alam pulak di Sungai Buloh. Dah kat Kajang tu biasalah, dah berkumpul ramai2 ni macam2 yang nak dibualkan. Lepas dah berjamu selera then dah ready semua baru agihkan hantaran untuk dibawa.

PB271088

 

Tengah mengagih hantaran hujan pulak turun, kelam-kabut jugak. Jam 1.00 ptg baru bertolak ke Senawang, bila dah ramai2 ni dengan tak tahu jalan kitorang follow jer tuan punya badan (adik ipar) sebagai ketua rombongan. Sampai sana dah pukul 1.45 petang.

PB271089

PB271090 

PB271092

Tanpa membuang masa ketua rombongan meminang (bapa mentua) terus jer berurusan dengan pihak perempuan untuk tetapkan hantaran dan majlis berjalan dengan lancar dan tanpa bantahan. Orang Jawa bertemu Suku (Nogori). Kepada Khairul Anuar pandai2lah jaga diri, sebab orang tua2 kata orang yang bertunang ni manis darahnya.

PB271098

Lepas dah settle majlis, tibalah masa berjamu selera dan tiba2 hujan turun dengan lebatnya. Mulalah kitorang lepak2 jap sementara tunggu hujan berhenti. Ramah-tamah jugak orang nogori ni, baik2 orangnya.

PB271096SELAMAT BERTUNANG PAMAN WA….