Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

HARTA PUSAKA……


Hari ini saya kerja macam biasa, waktu rehat tadi sambil baca paper ternampak pula articel ni. So, saya nak berkongsi dengan rakan2 sekalian.


"Ketiadaan sistem pendaftaran perkahwinan secara bersepadu di kalangan umat Islam di negara ini terutama membabitkan poligami boleh menyebabkan berlakunya penipuan dalam pembahagian harta pusaka jika suami meninggal dunia.


Penipuan itu yang juga dipanggil menyorokkan waris berlaku apabila isteri pertama memfailkan permohonan menguruskan harta pusaka di mahkamah dan mengisytiharkan hanya dia satu-satunya isteri si mati menyebabkan isteri kedua hanya 'berputih mata'.


Disebabkan ketiadaan sistem perkahwinan bersepadu selain suami yang berkahwin kali kedua di luar negara tanpa mendaftarkan pernikahan, mahkamah sukar mengesan isteri lain dan memutuskan pentadbiran harta pusaka si suami jatuh ke tangan isteri pertama.


Kejadian sorok waris banyak berlaku apabila suami berkahwin lebih daripada seorang sehingga menyebabkan sister kedua tidak memperoleh satu sen pun.


"Disebabkan isteri pertama hanya mengisytiharkan dia satu-satunya isteri si mati, maka proses pembahagian harta pusaka berlangsung tanpa memanggil isteri kedua. Mahkamah seterusnya akan mengeluarkan perintah berdasarkan pengisytiharan isteri pertama.


"Perkara ini berlaku kerana isteri pertama menganggap madunya sebagai perampas kasih sayang, jadi dia mahu membalas dendam, namun daripada sudut syarak, harta yang sepatutnya menjadi hak isteri kedua akan jatuh kepada hukum haram jika diambil tanpa kebenaran."


SUMBER : HARIAN METRO (KHAMIS/28 APRIL 2011)

TEKNIK SHICIDA

Teknik ini di ambil dari Jepun, "SHICIDA METHODS ".



Menurut penulis artikel ini, kaedah ini boleh nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan, namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :



1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, CAKAP PADANYA DENGAN SEPENUH HATI DAN SEJUJURNYA YANG KITA SAYANG KAT DIA, DIA BUDAK BAIK, DIA ANAK SOLEH, DIA BUDAK KUAT, DIA BUDAK PANDAI dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur. Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi. Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam. Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi. Insya-Allah menjadi.


2) MULA GUNA KAD UNTUK AJAR ANAK ANDA. Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja, lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a..b.c.d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk. Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu.



3) GERAK KERJA TANGAN adalah hasil dari otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, main cat air (water colour), melukis, gunting kertas @ origami dan sebagainya. Memang agak leceh dan kena kemas semula, tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit. Satu lagi cuba lukis gambar, contohnya rama-rama, tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit. Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.



4) JANGAN MARAH-MARAH ATAU TENGKING ANAK sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka, kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.



5) Cuba BINA DAYA IMAGINASI MEREKA DENGAN CARA BERCERITA dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut. Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .



6) MAIN TEKA-TEKI dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut. Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna, bunyi dan sebagainya. Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam (Sixth Sense) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit. Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari. Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.



Sebelum lakukan semua kaedah ini, pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup. Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut. Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda, misalnya Tolong senyap Along berbanding Along Jangan bising.


Sumber : Akhbar Berita Harian

MY BIRTHDAY YANG KE…….



MY BIRTHDAY……



Tanggal 21 April adalah birthday saya yang ke 3*, Honey dan anak2 ada la celebrate kecil-kecilan untuk saya. Disebabkan birthday saya pada hari bekerja, so saya apply cuti pada 20/4 dan 21/4. Sebenarnya saya cuti dari 19/4 lagi, sempena Hari Keputeraan Sultan Perak.



Memandangkan semalam anak2 bersekolah, saya dekat rumah sebelah pagi kemas rumah dan buat apa yang patut. Lepas Honey ambil Azim dan Afif dari sekolah, dia pergi kerja semula. Ingat nak lepak kat rumah jer. Pukul 2.00 ptg, Honey balik ajak keluar. Rupa-rupanya dia nak bawa kitorang pegi tengok wayang, citer PENUNGGU ISTANA. Citernya boleh la, dari 5 bintang saya boleh bagi 1 ½ bintang jer.



Bila kat pawagam tu bukannya kusyuk tengok citer tu, tapi kerenah Afif (sebab ini first time dia masuk pawagam). Masa kitorang dah duduk lepas promo citer lain, lampu dipadam sekejap sebelum citer dimulakan. Boleh dia marah kenapa tak buka lampu, katanya gelap nanti hantu datang.



Then citer pun start, dia buat perangai nak minum milo pulak (dia masih hisap botol walaupun dah pergi tabika KEMAS). Dia siap sound "Ma, jom la alik. Boy nak lom". Dia gelar dirinya Boy, lom tu minum milo dalam botol.



Sudah abis jer movie tu, kitorang pun berangkat ler nak mengisi perut pula. Tanya Azim nak kemana, cepat jer dia jawap "dah lama Azim tak pegi KFC". Bila dia dah nak ke KFC, laju jer Honey turunkan kitorang kat depan KFC.



Sambil tunggu Honey parking kereta, Azim dan Afif biasa ler kat tempat favorite diorang (tempat display toy KFC). Dah lama tunggu tak muncul-muncul juga Honey, terus jer saya order 2 set chicky meal dan 2 set chicken chop. Bila tengok kat tempat duduk kitorang rupa-rupanya Honey dah belikan kek.




Selesai jer makan menu KFC tu, terus jer Honey buka kek pula kat dalam KFC tu jugak. Semasa nak potong kek Azim dan Afif pun sibuk nak potong sama. Jadi potong la kek tu bersama mereka berdua, macam birthday diorang jer lagaknya.




Apa pun, thankz Honey…..



Kesian Aqif kena tinggal rumah pengasuh. Next year Aqif besar , Ma bawa Aqif celebrate birthday Ma yer.


PERCUTIAN 2/2011

PERCUTIAN 2/2011 KE TELUK BATIK DAN MARINA COVE RESORT



Cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak pada 19/4 baru-baru ini saya dan family berkunjung ke Teluk Batik. Malam tu menginap di Marina Cove Resort, bukannya apa pun saja jer bawa anak-anak berjalan. Diorang jer yang seronok main air, letih mandi laut belum habis lagi sibuk nak mandi dekat waterpark pula.


Lepas breakfast sibuk nak mandi kolam pulak. Letih layan diorang jer, tapi memang kena sabar dengan kerenah diorang ni. Kekadang tak nak marah dan malas nak dengar diorang merengek, ikut jer apa diorang hendak. Bukan selalu ikut sangat, kekadang jer.




Semasa dekat Marina Cove macam-macam gelagat diorang ada yang jatuh katil sampai berdarah hidung, ada berebut mainan, ada yang menangis nak pergi mandi kolam juga walaupun dah malam dan macam-macamlah kerenahnya. Pening dibuatnya, tak bawa jalan kesian. Bila dah bawa hendaknya berbagai benda.



Ini ada beberapa foto sepanjang percutian kali ini :










APA ITU WASIAT

Apa itu WASIAT….

Wasiat adalah isu yang sepatutnya tidak terus dijadikan sebagai perkara sensitif kerana ia amat penting dan perlu untuk kita semua yang mempunyai harta.

Wasiat secara lisan mengikut hukum syarak adalah sah sekiranya semua syarat untuk membuat wasiat ditepati. Namun dalam keadaan sekarang tidak digalakkan kerana prosedurnya bukan mudah. Ia membabitkan kunjungan ke mahkamah dan membawa saksi, kemudian diisytiharkan sah oleh mahkamah. Wasiat yang terakhir adalah wasiah yang sah. Wasiat secara mulut selalunya boleh dipertikaikan kerana sukar dibuktikan.

Wasiat boleh dibuat mengikut kehendak empunya harta sendiri, tertakluk kepada satu pertiga harta boleh diwasiatkan kepada bukan waris. Contohnya, sekiranya hendak mewasiatkan sepertiga harta untuk disedekahkan kepada badan amal atau bukan waris, ia boleh dilakukan. Waris tidak boleh membantah. Melainkan waris pertikai yang ketika wasiat itu dibuat orang tua mereka dalam keadaan tidak stabil fikiran ataupun nyanyuk. Itu antara sebab kita perlu membuat wasiat sebelum tua supaya tidak ada pertikaian mengenai pelbagai keadaan misalnya masalah nyanyuk.

Ada yang membuat wasiat ketika nazak dan wasiat sebegini juga selalu menjadi pertikaian waris yang membawanya ke mahkamah. Selain pembahagian keluarg berpoligami, anak angkat sering menjadi masalah setelah berlaku kematian. Jika seseorang itu mempunyai anak angkat dan mahu meninggalkan pusakanya kepada anak angkat, maka dia perlu menulis wasiat dan menyatakan pembahagiannya dalam wasiat. Sekiranya tiada wasiat ditinggalkan, maka anak angkat terbabit tidak akan mewarisi apa-apa melainkan waris faraid bersetuju memberi bahagian mereka kepada anak angkat berkenaan.

Hibah dan wasiat adalah berbeza. Hibah berkuat kuasa sekarang berbanding wasiat yang berkuat kuasa selepas berlakunya kematian. Hibah juga ada keburukannya kerana pemberian hibah kepada bukan waris tidak boleh ditarik balik. Sekiranya hendak ditarik balik, si penerima kena bersetuju. Contohnya , awal-awal lagi menghibahkan semua harta kepada anak angkat yang sangat disayangi dan tiada pula mempunyai anak sendiri. Namun ajal maut di tangan Tuhan, mungkin anak angkat itu yang meninggal dulu. Jadi eloklah jangan menghibahkan seratus peratus sebaliknya beberapa bahagian sahaja kerana kalau anak angkat meninggal dulu, waris faraid dia pula yang mendapat hak waris.

Mengikut hukum syarak, hibah daripada ibu bapa kepada anak kandungnya boleh ditarik balik walaupun anaknya tidak setuju. Hibah selain daripada ibu bapa kepada anak, contohnya suami kepada isteri atau kawan pula tidak boleh ditarik balik.

Proses membuat wasiat pula tidak sesukar mana. Ada beberapa cara untuk membuat wasiat. Ada yang mahu semuanya diperinci jadi mereka kena sertakan perincian harta sekurang-kurangnya alamat rumah (tidak perlu menyertakan nilai). Untuk duit simpanan, perlu member nama bank dan nombor akaun (tidak perlu memberitahu jumlah yang ada). Ada juga yang sekadar memberi nama, alamat dan nombor kad pengenalan sendiri dan kemudian menyatakan jumlah yang mahu diberikan kepada waris atau bukan warisnya berserta nama dan nombor kad pengenalan mereka.

Penama dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Simpanan Pejabat Pos, Bank, Syarikat Insurans dan Kesatuan Kerjasama adalah seperti orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau yang membuat wasiat. Orang-orang itu boleh menerima wang si mati daripada punca yang disebut itu untuk dibahagikan kepada orang yang berhak mengikut undang-undang Islam mengenai warisan.

Paling popular adalah penama di KWSP. Ramai menyangka seluruh wang itu adalah untuk penama. Sebenarnya sekiranya suami mati dan si isteri sebagai penama, dia tidak mendapat semua wang itu sebaliknya sebagai penama yang menjadi pemegang amanah membahagikan wang itu mengikut syariah Islam. Isteri haknya tetap satu perempat dan baki untuk bapa atau ibu dan adik-beradik suami. Bagi simpanan isteri yang meninggal dunia, suami akan mendapat satu perdua manakala baki kepada bapa atau ibu dan adik-beradik isteri.


 

SUMBER HARIAN METRO – FOKUS (8 APRIL 2011)