Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

HARTA PUSAKA……


Hari ini saya kerja macam biasa, waktu rehat tadi sambil baca paper ternampak pula articel ni. So, saya nak berkongsi dengan rakan2 sekalian.


"Ketiadaan sistem pendaftaran perkahwinan secara bersepadu di kalangan umat Islam di negara ini terutama membabitkan poligami boleh menyebabkan berlakunya penipuan dalam pembahagian harta pusaka jika suami meninggal dunia.


Penipuan itu yang juga dipanggil menyorokkan waris berlaku apabila isteri pertama memfailkan permohonan menguruskan harta pusaka di mahkamah dan mengisytiharkan hanya dia satu-satunya isteri si mati menyebabkan isteri kedua hanya 'berputih mata'.


Disebabkan ketiadaan sistem perkahwinan bersepadu selain suami yang berkahwin kali kedua di luar negara tanpa mendaftarkan pernikahan, mahkamah sukar mengesan isteri lain dan memutuskan pentadbiran harta pusaka si suami jatuh ke tangan isteri pertama.


Kejadian sorok waris banyak berlaku apabila suami berkahwin lebih daripada seorang sehingga menyebabkan sister kedua tidak memperoleh satu sen pun.


"Disebabkan isteri pertama hanya mengisytiharkan dia satu-satunya isteri si mati, maka proses pembahagian harta pusaka berlangsung tanpa memanggil isteri kedua. Mahkamah seterusnya akan mengeluarkan perintah berdasarkan pengisytiharan isteri pertama.


"Perkara ini berlaku kerana isteri pertama menganggap madunya sebagai perampas kasih sayang, jadi dia mahu membalas dendam, namun daripada sudut syarak, harta yang sepatutnya menjadi hak isteri kedua akan jatuh kepada hukum haram jika diambil tanpa kebenaran."


SUMBER : HARIAN METRO (KHAMIS/28 APRIL 2011)

2 ulasan:

MYVI berkata...

info menarik..keep it up



Entri Terkini :
Belajar Teknik Menyindir Yang bijak

edda berkata...

terima kasih MYVI

Catat Ulasan