Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

PERKESO/PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL/SOCSO

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua……(macam nak berpidato pulak yer)

Sebenarnya dah 2 hari curi tulang (tulang ikan ghapi jer) kat opis dan kat rumah sebab nak Blogwalking kat blog-blog korang yang comei-lotei tu. Berpinor juga mata teman ni, yelah blog kita ni simple jer. Nak buat cantik2 tak tahu (sebab tak habis study lagi) dan masa pun x der. Whatever thankz for all yang follow blog yang tak seberapa ni yer.



Mulai entry ni, saya akan kongsi dengan anda sekalian apa itu PERKESO. Walaupun ramai blogger sekalian masih belajar atau kerja sendiri, PERKESO itu penting untuk anda (sebab kalau suami/ rakan anda/family anda) adalah pekerja swasta, kalau kerja gomen (kerajaan) x delah.

Apa itu PERKESO/PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL/SOCSO



Pertubuhan Keselamatan Sosial atau ringkasnya PERKESO telah ditubuhkan pada tahun 1971 untuk melaksanan, mentadbir dan menguatkuasa Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan Peraturan-peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja, 1971.



Kejadian-kejadian di luar jangkaan sering mengakibatkan golongan pekerja mengalami masalah dalan kehidupan. Kemalangan yang mengakibatkan kecacatan atau kematian, penyakit pekerjaan dan sebagainya bukan sahaja boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada diri pekerja bahkan menyulitkan kehidupan orang tanggungannya (isteri/anak2/ibu/bapa/adik). Kecacatan kekal ke atas pekerja contohnya akan menimbulkan impak yang besar kepada pendapatan, keupayaan bekerja dan gaya hidup pekerja secara keseluruhannya.



Saper yang boleh di daftarkan dengan PERKESO



Anda diambil sebagai pekerja oleh sesebuah majikan atau ada mengambil seorang pekerja di bawah kontrak perkhidmatan dan menerima gaji setiap bulan/memberi gaji setiap bulan.


- Menerima gaji RM3,000 atau kurang sebulan – wajib mencarum dgn PERKESO


- Bergaji lebih daripada RM3,000 sebulan – belum pernah berdaftar serta mencarum dengan PERKESO diberi pilihan sama ada bersetuju @ tidak. Persetujuan dari kedua2 pihak iaitu majikan dan pekerja dgn mengemukakan 3 salinan Notis Pilihan serta Borang 2 kepada PERKESO.


- Prinsip 'sekali layak-terus layak'- pekerja yang telah mencarum dengan PERKESO dan kini bergaji melebihi RM3,000 sebulan wajib terus mencarum selaras dengan prinsip 'sekali layak terus layak'.


- Pekerja warganegara Malaysia.


- Pemastautin Tetap sahaja


- Semua pekerja perlu didaftar dan dicarumkan tanpa mengira status perkhidmatannya sama ada sementara, sambilan, percubaan kontrak atau telah disahkan dalam jawatan.


Pekerja yang dikecualikan mencarum dgn PERKESO :
* Kakitangan kerajaan
* Pekerja khidmat rumah (pembantu rumah)
* Bekerja sendiri
* Pekerja asing
* Tuanpunya dan pasangan kpd syarikat persendirian atau perkongsian.

Setakat ini dulu yer (mak mentua datang), kita jumpa next entry iaitu macamana nak daftar majikan dengan PERKESO.

So, kalau anda ada sebarang pertanyaan boleh komen disini yer.

SELAMAT HARI PEKERJA.....

5 ulasan:

AdiaLuze berkata...

Oooo ... Mak mentua datang ker ? Ekekeke ...

Bagus jugak maklumat ni .. Akak pun tak berapa nak tau gak .. Huhuu

p/S : Salam perkenalan dan pemfolowan.. hehehehe

Firdaus Kasim berkata...

gaji sy x potong perkeso pun.. hehe

edda berkata...

AdiaLuze : mak mentua dtg jenguk cucunyer....
tima kasih akak terus jer follow yer
ada banyak lagi maklumat yg edda nak
kongsi.....

Firz : dah koje ke.....

Lulu caldina berkata...

hoho bagus info..TQ

mizzura berkata...

company baru ni konpius sket dengan tolakan caruman socso..dulu bkn 0.5% gaji ker..hmmmmmmmmmm..

Catat Ulasan