Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

CARA DAFTAR MAJIKAN DENGAN PERKESO

Majikan mesti berdaftar dengan PERKESO dlm tempoh 30 hari dari tarikh beroperasi. Dokumen yang diperlukan semasa mendaftar :

1 – Borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan) perlu dsertakan dgn 2 salinan dokumen2 berikut:

  • Syarikat Sdn Bhd  (Borang 9 & 49 – Akta Syarikat 1965)
  • Kepunyaan Tunggal/Perkongsian ( Borang D – Perakuan Pendaftaran & Borang A – Perakuan Perniagaan) atau
  • Pejabat Peguam (Salinan Amalan Guaman drpd Majlis Peguam) atau
  • Klinik (Borang 12 – Akta Perubatan 1971 – Kelulusan daripada MMA) atau
  • Pejabat Audit (Akta Syarikat 1965 – Kelulusan Juruaudit) atau
  • Pertubuhan / Persatuan (Borang 3 (Peraturan) Akta Pertubuhan 1966) atau
  • Lain2 (Dokumen seperti yang ditetapkan)
2 – Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja) 
  • Ejaan nama & kedua-dua nombor kad pengenalan perlu sama seperti dalam kad pengenalan.

 

Borang 1 dan Borang 2 tersebut perlu dihantar ke pejabat PERKESO yang berhampiran dgn syarikat anda.  Nombor Kod Majikan dengan PERKESO akan diperuntukan dan digunakan dlm semua urusan.

                        IMAG0357

Gambar borang2 tu x der, I x sempat load tapi sebarang pertanyaan boleh komen kat sini yer…..

Next entry apa perlu majikan buat bila dah daftar dengan PERKESO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan