Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

DAFTAR @ REKOD PEKERJA

 

clip_image002

Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan Daftar Pekerja yang menunjukkan butir-butir berikut pada tiap2 bulan untuk setiap pekerja.

  • Nama
  • Pekerjaan (sebagai apa - tetap/sementara)
  • Jumlah caruman di bawah Akta bagi bulan ni
  • Bahagian caruman pekerja
  • Gaji bulanan
  • Elaun

(Daftar ini tidak diperlukan sekiranya majikan telahpun menyimpan suatu daftar yang hampir serupa dan butir2 diatas telah juga ditunjukkan daftar itu secara manual atau elektronik)

NOTA :

  • PERKESO hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (NOMBOR I/C) untuk semua urusan pekerja dan tidak lagi menggunakan nombor Keselamatan Sosial Pekerja.
  • Selepas majikan mendaftar dengan PERKESO, jika ada perubahan nama atau alamat perusahaan atau jenis/status ketuanpunyaan (majikan), perubahan itu hendaklah dimaklumkan kepada pejabat PERKESO yang berkenaan dgn mengemukakan dokumen2 yang berkaitan.
  • Jika pekerja baru diambil bekerja, majikan hendaklah memasukkan maklumat pekerja baru ke dalam Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A).
  • Semua majikan hendaklah menyimpan daftar pekerja termasuk semua rekod bayaran caruman selama 7 tahun.
  • Borang Pemberhentian Pekerja (Borang 3) tidak lagi digunakan .

 

 

3 ulasan:

abiey berkata...

nice blog........http://jokegurl.blogspot.com/2011/05/cucete2promote-blog-18-lalalalalala.html

edda berkata...

thankz abiey...

Carey Anthony berkata...

Bagaimana kalau pekerja itu telah berhenti berkerja? adakah kita perlu memberitahu PERKESO?

Catat Ulasan