Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Jalan-jalan ke KL kenduri cousin

 

Last week kitorg anak-beranak konvoi ke KL dengan cousin dari Kedah.  On the way tu macam2 cerciter ada. Anak MS yang sulung tu naik keta dengan diorg jer. Yelah keta baru, sejuk katanya, kalau keta MS aircond tak kuat.

P5290559 Ni on the way ke KL, bertolak kul 6.30 pagi (still happy)

Lepas tu berhenti makan kat R & R Ulu Bernam, isi perut dulu. Lepas tu my cousin kehilangan tiket tol, apalagi gelabah beruk ler jugak. Dia sedar selepas dah bergerak dari stesen minyak kat situ. Bila MS baca kat belakang tiket tol kitorg ada tulis denda RM2000 kalau tak bayar tol. Berhenti juga di hentian terdekat, habis diselongkar bawah seat dan lapik kaki tak de jugak. So, nak buat camner berserah sajalah. 

P5290562

Sebelum nak kuar di Sungai Buloh, MS call hotline PLUS dan dimaklumkan nanti bagitau tau jer kat jurutol yang tiket tol hilang dan akan di caj dari mula plaza tol. MS bagitau dia kat belakang kitorg nanti bgtau jer kat jurutol tu dan dia di caj dari Skudai. Yang lawaknya kitorg ni dari utara, bukannya dari selatan. Belasah jelah, lepas tu teruskan perjalanan ke rumah cousin ni. Yang pastinya ini first time nak ke sana, MS n Honey bukannya tahu sangat jalan kat area KL ni. Main belasah jer tengok sign board dan akhirnya sampai jugak. Pukul 11.30 pagi baru kitorg sampai.Mak & ayah MS dah ada kat sana,  anak2 MS apalagi cari wan & tok diorg dulu.

 P6040565 My mom – orang kuat masa kenduri ni

 

P6040567

3 beradik ni ler konvoi dengan MS

P6040575

Selamat Pengantin Baru – SITI MAS AYU & pasangan

P6040577

Bergambar dulu sebelum balik

Dalam pukul 3 ptg kitorg gerak ke KLCC pulak, my cousin ni nak jalan2 ke KLCC n nak tengok citer Nur Kasih katanya. Tapi bila sampai KLCC, tengok ramai sangat org kat cinema. So, tak jadi tengok movie just jalan2 jer.

P6040582

Anak MS nak buat peace tapi 4 jarinya.

P6040583

Tak dapat tengok movie Panda 2 tapi dapat take foto dengan panda pun jadilah ( gelagat Azim & Afif)

P6040584 

Lepak2 jap kat KLCC sebelum bergerak ke Shah Alam pulak.

 

*** next entry citer kitorg nak ke I-City tapi lain jadinya.

SEBAB MAHARAJA LAWAK

 

Hujung minggu ni final Maharaja Lawak, terpaksa ler update channel astro ambil pakej MUSTIKA. Kakak kat Penang minta tolong  update dia punya astro so, MS tolong ler update.  Tengok dia dah amik pakej tu, nak juga tengok Maharaja Lawak live. Sebelum ni tonton kat internet jer. Tak pelah tambah sikit budget, pasni kalu channel tu dah x menarik close jelah.

Kat ofis ari ni bosan betul, jiran x der (CR). Broadband pula tak bawa, bosan betul……. Ada pun yang tak mesra alam / orang yang tak boleh dibuat kawan. Sebab diorg ni suka bermuka-muka ( depan macam kucing comel – manja2 gitu, tapi belakang macam …….. ) lastly layan lagu jer dari external hardisk ni ( selalu juga download lagu2 baru ).

Bukannya MS ni sombong, tapi tak suka orang yang suka bermuka-muka dengan kita, sebelum ni pun cakap juga tapi tak ler teman tapi mesra just gitu2 jer.  Kadang2 bila fikir @ bercakap pasal diorg ni boleh buat dosa jer. So, sabar dan tunggu serta lihat. Layan jer tak boleh dilawan nanti buruk padahnya.

pst…. tajuk  jer lebih entry lain pula citernyer. OK selamat bekerja dan bahagia sokmo……

MAKNA DALAM BACAAN SOLAT

Kawan sepejabat MS emelkan ini, so, tak nak lupa dan boleh dikongsi sesama kita MS boh ler dlm blog yang tak seberapa ini.  Kepada Azim, Afif n Aqif  jangan lupa pesanan mama yer 

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau..
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku
,aku  tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas
kasihan darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa...ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa  kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

SKIM INSURANS BENCANA PEKERJAAN

Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami Bencana Kerja. Bencana Kerja ertinya bencana berlaku pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.

(memberi perlindungan untuk orang bekerja bila terlibat dgn kemalangan atau penyakit yg disebabkan oleh pekerjaannya)

PERLINDUNGAN

Skim Insurans Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap:

  1. Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan – Kemalangan semasa menjalankan kerja dan berpunca daripada pekerjaannnya.
  2. Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan
    • Di antara tempat kediaman dengan tempat kerjanya
    • Di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan.
    • Perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaannya (dgn syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam apa-apa lencongan pada waktu perjalanan itu)
  3. Kemalangan Semasa Kecemasan – kemalangan yg berlaku sewaktu kecemasan di premis majikan bagi tujuan membantu, menyelamat atau melindungi orang-orang yang mendapat bencana.
  4. Penyakit Khidmat – Berpunca akibat pekerjaannya.
    Contoh : Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan.

Blog tak seberapa so, pengunjung pun tak ramai ?

 

Berapakah bilangan pelawat yang berada dalam blog anda ketika ini.?
Mungkin amat sukar untuk anda menjangkakannya (tidak boleh rasanya.:)
Kalau anda mempunyai statistik blog, mungkin anda tahu mengikut hari ataupun jam,
tetapi anda tidak tahu berapa bilangan pengunjung dalam keadaan masa sebenar.

Bilangan Pengunjung Online Dalam Blog

whous.amung.us menawarkan widget yang dapat menunjukkan bilangan pengunjung yang online pada masa sebenar.
Antara kelebihan menggunakan widget ini adalah paparan yang menarik, dan juga cara pasang pada blog dengan mudah. Boleh lihat demo widget ini dipasang di blog, DISINI.
Berikut adalah langkah yang diperlukan untuk meletakkan widget ini didalam blog anda.
1. Buka web http://whos.amung.us/

2. Pilih kedudukan widget yang dikehendaki (widget akan berada dalam keadaan statik dalam blog anda), selepas itu copy code yang tersedia.

Bilangan Pengunjung Online Dalam Blog

3. Setelah copy code, pastekan di dalam html/javascript yang terdapat dalam page element blog anda.
Dashboard > layout > page element > add a gadget > html/javascript.

Bilangan Pengunjung Online Dalam Blog

Jika masih tidak faham, sila rujuk disini.
4. Save, dan lihat hasilnya..:)

Kredit to tutorialuntukblog.blogspot.com

KESILAPAN DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

 

Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH  ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun,64:15)                
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.      
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :                               
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa               
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah                                         
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 :8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah                                      
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.  

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti
* menakutkan anak-anak dengan sekolah                                     
* menakutkan dengan tempat gelap                                          
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau                          
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur  

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak  
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak                            
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif 
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.  

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)              
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani   

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.                                                                   
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :                                           
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)    

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. 
*Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam , beribadah berjemaah, makan bersama-sama, dsb.             
*Dalam menjawab salam , lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.   

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
*Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.  

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. 
*Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.        

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. 
*Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.           
*Ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.   

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
*Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. 
*Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

YB belanja makan

 

Hari ni lepas ofis hour mama ajak abah gi makan kat mini stadium teluk intan kat gerai favorite kitorg. Tengah tunggu order tu tetiba je nampak ramai polis n press ( sebab bawa kamera ). Lepas usya saper yang ada masa tu, baru ler ternampak Yang Berhormat Menteri Besar Perak ada kat salah satu meja depan sekali.

Sedang tunggu  order lagi (gerai ni memang lambat tapi sedap n murah sebab tu ramai customer) tiba-tiba jer ada somebody ni dia pergi setiap meja bagitau jgn bayar dulu sebab YB belanja semua yang ada. Mama n abah pun cakap ler kalu camtu order lebih pun x per. ( x buat pun, segan pulak).

So, hari ni makan dibelanja oleh YB Menteri Besar Perak. Tima kasih YB. Bukan senang YB nak belanja mama ni.