Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

CARA BAYAR CARUMAN

 

BAGAIMANA MEMBAYAR CARUMAN

Caruman boleh dibayar melalui tiga kaedah iaitu:

i. Pembayaran melalui bank-bank perdagangan

Bagi majikan yg mengemukakan pembayaran menggunakan Jadual Caruman (Borang 8A) bercetak. Bank-bank yang dilantik oleh PERKESO adalah:-

  • CIMB Bank Berhad
  • Maybank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Public Bank Berhad
  • Bank Muamalat
  • Pejabat Pos Malaysia (bagi Sabah & Sarawak sahaja)

Cetakan slip pengesahan bayaran adalah bukti caruman telah dijelaskan oleh majikan.

Majikan adalah dinasihatkan supaya membuat salinan dan menyimpan Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) untuk tujuan semakan.

Jika Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) bercetak dari PERKESO, tindakan-tindakan berikut hendaklah diambil perhatian:-

  • Catatkan jumlah caruman yang kena dibayar bagi pekerja itu di ruangan (6) Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A)
  • Jika tiada caruman sebab cuti tanpa gaji, masukkan angka 00.00 di ruangan (6)
  • Tandakan X di ruangan (2) jika pekerja telah berhenti kerja dan masukkan tarikh berhenti kerja di ruangan (3)
  • Isikan tarikh mula kerja untuk pekerja yang tidak tersenarai sahaja di ruangan (3). Pendaftaran pekerja sedemikian hendaklah juga dibuat dalam Borang 2.
  • Jumlah itu hendaklah dicampurkan dan jumlah pada tiap2 muka itu dibawa ke hadapan (jika ada) dan jumlah besar dicatatkan di muka yang terakhir.
  • Tandakan (/) sama ada bayaran tunai atau cek dan amaun di ruangan yang disediakan.
  • Jika bayaran dgn cek, nombor cek itu hendaklah dicatatkan di ruangan yg telah disediakan. Dibelakang cek perlu dicatatkan Nombor Kod Majikan dan bulan caruman yang hendak dibayar. Cek hendaklah atas nama KUMPULAN WANG KESELAMATAN SOSIAL. Sila pastikan jumlah cek itu adalah sama dgn jumlah besar dlm Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A).
  • Isikan semua butiran yg berkenaan seperti Nama Majikan, No. Kod Majikan, Bulan dan Tahun Caruman dan No. Akaun Bank PERKESO dlm slip bayaran caruman PERKESO yg mana boleh diperolehi di bank itu.
  • Slip Bayaran tersebut ada tiga copy iaitu salinan bank, salinan PERKESO dan salinan majikan. Pihak bank akan mengesahkan terimaan bayaran dan memulangkan salinan majikan. Majikan hendaklah menyimpan salinan itu dan dikemukakan apabila diminta oleh Pegawai Pemeriksa PERKESO. Sekiranya terdpt caruman terkurang bayar bagi sesuatu bulan itu, caruman yg terkurang itu hendaklah dibayar melalui bank2 yg diluluskan mengikut cara yg dinyatakan di atas dgn menggunakan Jadual Caruman Terkurang Bayar (Borang 8B) yg mana boleh diperolehi di pejabat PERKESO yg berdekatan.

ii. Pembayaran melalui Perbankan Internet

Majikan perlu berdaftar dan mempunyai akaun di bank-bank berkenaan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi bank-bank berikut:-

Bil.

Bank

Saluran

No. Telefon

1.

Maybank Berhad

MayBank2e.net

03-20727192

1 300 887788

2.

CIMB Bank Berhad

Biz Channel

03-22956199

1 300 880 990

3.

RHB Bank Berhad

eHR2

03-92806657

4.

Public Bank Berhad

PBeBank.com

03-21766751

Nota: Nombor telefon tertakluk kpd peubahan dr semasa ke semasa oleh pihak bank.

iii. Pembayaran di pejabat PERKESO

Pejabat PERKESO hanya menerima pembayaran melalui cek @ kiriman wang pos sahaja. Bagi majikan yang mengemukakan rekod caruman melalui disket/pita computer, pembayaran hendaklah dibuat di pejabat PERKESO dimana majikan didaftarkan. Majikan digalakkan menghantar Jadual Caruman Bulanan (Borang 8A) melalui pita atau disket. Bagi tujuan ini, sila berhubung dengan pejabat PERKESO berhampiran atau layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my.

Majikan digalakkan menggunakan system ini kerana:

  1. Penghantaran Jadual Caruman dlm bentuk disket/pita dan bayaran caruman bulanan boleh dibuat melalui mana-mana pejabat PERKESO di seluruh Negara.
  2. Pemprosesan caruman bulanan dpt dipercepatkan dan masalah kemasukan data dpt dikurangkan.

IMG_2847 hiasan jer…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan