Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

SKIM INSURANS BENCANA PEKERJAAN

Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami Bencana Kerja. Bencana Kerja ertinya bencana berlaku pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.

(memberi perlindungan untuk orang bekerja bila terlibat dgn kemalangan atau penyakit yg disebabkan oleh pekerjaannya)

PERLINDUNGAN

Skim Insurans Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap:

  1. Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan – Kemalangan semasa menjalankan kerja dan berpunca daripada pekerjaannnya.
  2. Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan
    • Di antara tempat kediaman dengan tempat kerjanya
    • Di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan.
    • Perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaannya (dgn syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam apa-apa lencongan pada waktu perjalanan itu)
  3. Kemalangan Semasa Kecemasan – kemalangan yg berlaku sewaktu kecemasan di premis majikan bagi tujuan membantu, menyelamat atau melindungi orang-orang yang mendapat bencana.
  4. Penyakit Khidmat – Berpunca akibat pekerjaannya.
    Contoh : Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan