Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

TAKRIF GAJI

 

Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Antaranya :

  • Gaji Pokok
  • Kerja lebih masa
  • Komisen
  • Bayaran2 sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan dan sebagainya
  • Elaun2 insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya.
  • Caj perkhidmatan (Service Charge)

Contoh:        Gaji Pokok                         RM1,000.00

                      Elaun kerja lebih masa     RM  250.00

                      Elaun sara hidup              RM  100.00

                     Jumlah gaji                        RM1,350.00

Caruman yang perlu dibayar kepada PERKESO adalah sebanyak RM30.40 (Rujuk Lampiran A – Jadual Caruman)

 

Walau bagaimanapun, pembayaran2 berikut tidak dianggap sebagai gaji iaitu:

  • Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan wang pencen atau kumpulan wang simpanan
  • Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
  • Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
  • Bonus tahunan

Nota – (Bayaran2 yang disenaraikan itu adalah sebagai contoh sahaja dan bukannya lengkap. Jika majikan berkehendakan apa2 penjelasan berhubung dengan takrif ‘gaji’, sila hubungi mana2 pejabat PERKESO yg berdekatan).

IMG_3304 Sekadar Hiasan ajer……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan