Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

update ikut dan jelah yer...

Berjumpa kembali, lama tak update blog ni. Bukan malas tapi keadaan dan masa tak mengizinkan. Sejak 2 minggu weekend pun tak de masa untuk diri sendiri. Last 2 week balik kampung, weekend baru2 ni rumah mentua kenduri pulak.

Balik kampung pun sebab nak jaga hati mak n ayah yang sibuk nak jugak anak & cucunya makan buah. Yelah sekarang Kedah tengah musim buah ni, puas jugaklah makan buah durian, rambutan, manggin & jentik.

Itupun honey tak dapat balik, dia ada kerja. MS balik dengan Azim dan Afif jer. Letih jugak balik 2 hari jer lepas bekejar balik Perak pulak. Minggu lepas pulak kenduri, last minit bagitau. Kelam kabut jugak ler, malam kenduri tu tido dah pukul 4, subuh dah bangun sambung masak. MS tak de masak lauk-pauk kenduri ni, just jadi assistant jer (bab potong memotong).

Hari Isnin this week (25/7) ada program kat ofis pulak, so, pukul 7.30 pagi dah kena ada kat ofis. Udahlah malam tu baru balik dari umah mentua. Terus siapkan baru sekolah anak2, tapi letihnya belum abis lagi.

Kat ofis pulak macam2 keja kena buat, dengan programmer untuk setting printer cek datang. Kena ler layan dan berjalan sana-sini set tempat, call HQ ler & macam2 lagilah. Cek kat meja belum jugak settle. Ini pun mata dah terkebil2 mengantuk, lipat kain pun belum siap lagi.

Next time MS upload gambar yer.... selamat malam dan salam sejahtera.

MENGAHWINI WANITA HAMIL

MS dapat emel dari teman sepejabat tentang perkara ni, so MS ingin berkongsi dgn teman2 blog sekalian.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat  tahu anak pregnant  luar nikah, cepat cepat  kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu  kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak  persoalan  lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda  di  sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu  tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
....................................................................................................................
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 :  Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
....................................................................................................................
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
....................................................................................................................
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan  itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak  mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
....................................................................................................................
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina  kerana pernikahan itu tidak sah.
.....................................................................................................................
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
........................................................................................................................
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada  anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
.........................................................................................................................
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
..........................................................................................................................
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
......................................................................................................................

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku
dan matiku,  hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam.  ..

KEHEBATAN SURAH  AL-IKHLAS

"Au zubillah  himinashsyaitan  nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku  berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah  lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat  ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan  keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di  sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda  masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah  Al-Ikhlas

(iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.)  sebanyak 3 kali.


Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca  bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah  berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang  bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap  bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya  menjawab salam malaikat itu. 

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad  sa.w : "Barang siapa membaca  Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari  Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.  Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari  neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000  kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.


Sabda Rasulullah S.A.W yang  bermaksud:
Barangsiapa  membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia  tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya  dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul  mustaqim lalu menuju ke syurga.

(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah  SAW pernah  bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya
Siapakah antara kamu yang dapat   khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari  sahabatnya yang menjawab Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa  ianya mustahil untuk mengatam Qur'an  dalam begitu cepat . Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina  Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada  waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca  surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga  kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa  Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka  saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi  ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padangsahara itu seluas  dari timur hingga
ke barat. Pada setiap padangsahara itu terdapat 80,000 malaikat yang  mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.   Setelah mereka selesai membaca surah  tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan  kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya  lelaki mahupun perempuan.


Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang  jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap  malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,  Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis  pada sayap malaikat Israfil a.s.


Siapa membaca surah Fatihah,  Al-ikhlas,  Al- Falaq & An-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara  dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and  an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.  

Nota:

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham  akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda  Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam  itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang  disampaikannya kepada orang lain.

HATI TAK TENTERAM (LUAHAN RASA)

Sebenarnya hari ni MS meluat tengok dgn gelagat 2 org insan ni (baik punya ayat), udahlah belagak, kerek pulak tu. Apa makna kerek yer, tapi dulu masa kat hostel istilah kerek ni biasa digunakan oleh MS & kawan2. Tapi sabor jelah, seorg tu dah x lama dah.

MS pun malas nak layan kerenah diorg ni, diorg cakap kita cakap. Kalau tak membisu seribu bahasa jer, tapi MS sakit mata nengok gelagat diorg pulak. Apa pendapat korang kalau bila seseorang perlu kita bila susah jer, bila senang lantak kamulah. Tapi ini bukan lelaki tapi di pejabat. Masa kita banyak dihabiskan di ofis, dah bertahun kerja satu bumbung. Tapi bila ada yang suka bermuka-muka itu yang MS benci dan bosan berkerja dengan insan sebegini.

Sambungan jalan2 KL kenduri cousin

 

Maaf lah lambat nak sambung entry ni, busy dgn anak2 and tugas sebagai pekerja di pejabat. OK sambung jelah yer, kalau zaman sekolah boleh ke buat karangan sambung2 ni yer.

Bila dah bertolak dari KLCC tu kita terus je ke Shah Alam, itu pun main redah jer ikut signboard. Akhirnya sampai juga, bila dah sampai masalahnya nak cari tempat tido pulak. Cari punya cari dalam 9 tempat akhirnya dapat jugak, itu pun satu bilik jer. Tak kan nak tido satu bilik untuk 2 kereta warganya, lastly pujuk punya pujuk receptionist tu dapat jugak satu bilik lain. Itu pun selepas kitorg dah check in dan tengah lepak2 dulu. Org tu dtg bagitau ada org baru jer check out kul 9 pm. Sebenarnya kitorg sampai Shah Alam dalam pukul 6 pm tapi kul 8.45 pm baru dapat bilik.

Bila dah dapat tempat tido, semua dah letih nak ke I-City pulak. Dengan x makan lepas jer bersihkan diri terus jer tido. Anak2 pun dah letih round2 cari hotel. Esoknya lepas jer breakfast terus jer check out, cousin plan nak ke Sunway Piramid pulak.  Sebelum ke Sunway Piramid kitorg round2 dulu kat bandar Shah Alam. Letih tu memang letih tapi bila fikir dah sampai belasah jelah.

Dengan sesat tak berapa kali yg nak ke kiri tapi ke kanan, dengan u-turn ntah berapa kali. Akhirnya sampai jugak ke Sunway Piramid ni. Dekat Sunway Piramid ni ada lagi citernya, masalah cari parking. Jenuh pusing2 tak jumpa2 jugak parking, semua lampu merah. Lastly, honey park jugak kat penjuru floor ni. Kitorg nak ke tingkat atas, ingat cousin dah dpt parking rupanya dia dah keluar dari carpark tu. Cari parking luar. Bila kitorg kat atas sekali rupanya banyak lagi parking kat bumbung tu, manalah kitorg tahu ada banyak parking kat atas tu.

Sebab dah letih cari parking, perut pulak minta diisi. Cari pulak tempat nak makan, cousin suggest ke Chicken Rice Shop. Jenuh round pulak, rupanya kat belakang. Dah jumpa tu , apa lagi terus jer order dan ngap…ngap… Anak2 MS sibuk nak main kat game kat situ, kitorg sebenarnya dah letih. Layan jugak la kerenah anak2 ni.

Lepas tu baru kitorg bertolak balik, kuar awal jugak coz cousin nak terus balik  Kedah. Kitorg sampai Perak jer, so, letih tu kurang la sikit. MS malas nak buat detail pada gambar2 ni, MS tempek jelah yer

P6050587

P6050589

P6050594

P6050595

P6050598

 P6050599

P6050602

P6050603

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

(29 Jun 2011, bersamaan 27 rejab 1432)

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama:

Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua:

Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

iii. Langit Ketiga:

Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iv. Langit Keempat:

Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima:

Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam:

Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh:

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan:

Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

xiv. Tangga Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh:

Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku   berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat                                                                                                                                                                              Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

psttt… Ari ni MS puasa jugak…..