Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

SELAMAT HARI RAYA

 

image

Hari baru rasa nak sambut raya sebabnya hari ni baru kemas rumah. Pagi tadi hantar Azim & Afif ke taska dan Aqif ke rumah pengasuh. Start pukul tujuh tak henti2 buat kerja rumah dari menyapu, mop lantai, tanggal langsir, buang sawang, menyapu lagi, cuci sliding door, kemas bilik dan pasang langsir raya.

Pukul 4.30 petang baru siap, just berhenti mandi dan solat ja. Letih giler….. Mesih basuh pun tak henti-henti membasuh, yelah asyik berputar je. Habis satu ada lagi satu yang nak dibasuh, dari pengelap kaki hingga ler ke langsir. Nasib ler cuaca elok cepat jer kering.

May be, ramai dah pulang ke kampung tapi MS jer masih dirumah sendiri lagi. Walaupun mentua dekat tapi baru sekali jer MS balik berbuka rumah mentua, busy ler bulan2 puasa ni. Hari Isnin petang baru MS balik rumah mentua dan raya ketiga baru balik ke Kedah. Esok MS kerja lagi,

Inilah nasib orang berkerja perlu berkorban, janji MS masih boleh lagi beraya dengan keluarga. Di kesempatan ini MS menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada kalian atas segala kekhilafan dan kekurang pada diri ini. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN DARI MS SEKELUARGA.

image

PERSIAPAN RAYA 2011

 

Tahun ni memang kurang sikit semangat nak raya, minggu ni baru siap beli baju raya anak2. Baju sendiri pun tak siap2 lagi, tudung pun belum beli lagi. Hari jumaat baru ni break time pegi ler ke The Store ( ini ajelah pasaraya yang besar kat Teluk Intan ni ) cari baju anak2. Dapat ler seluar jean dengan t-shirt untuk diorang, sorang 3 pasang. Habis RM 350 jugak, sambar jugak baju untuk diri sendiri selai.

Macamana nak budget seluar budak selai pun RM50 @ RM60 dah, kalau dah 3 helai dah berapa. Itupun honey nak suruh beli baju untuk Aqif lagi sebabnya baju abang2 dia dah ada 6 helai dia baru 4 helai. Ni tudung pun belum cari lagi, tunggu baju siap dulu. Esok nak kena pi tanya, kalau dah siap rehat jer boleh la pi round2 kat Menara Condong tu ka @ butik kat Bandar Baru tu.

Baju budak2 ni memang bila time raya beli banyak pasang sebabnya lepas ni memang tak beli dah. Tunggu raya tahun depan pulak. Lepas raya dah nak kena buat persiapan untuk beli baju sekolah diorang pulak. Tahun depan Azim dah nak masuk darjah satu. Mesti dia nak baru semuanya, Afif pulak nak baru jugak.

Kuih raya pun berderet dalam senarai nak kena bayar minggu ni. Nak buat sendiri tak sempat dengan budak2 3 orang ni, kena order jelah. Kuih ni nak kena bahagi 3 rumah iaitu rumah mak, mak mentua dan rumah sendiri. Kalau ikut Honey pulak tak bagi bawa balik kuih rumah mak dia, tapi MS tak naklah tangan kosong je bila balik rumah mentua.

Macamana dengan persiapan blogger semua?

Sempena bulan yang mulia ni MS ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua geng blogger sekalian. Walaupun MS tak mengenali kalian tapi hubungan sesama umat tetap mendekatkan kita.

image

ps: Kena wish awal2 sebabnya kalau Azim tahu broadband ni aktif lagi, dia sibuk nak main game online jer. Ini pun sebab dia dah tido. Itulah budak2 sekarang, baru 6 tahun tapi dah tahu pasal IT ni.

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

Assalamualaikum Teman-teman Yg DiKasihi Allah
Semoga Allah beri kita peluang dicurahkan Rahmat , Keampunan dan Dijauhi Api Neraka (Dpt syurga la tu)
Andainya Ini Ramadhan Terakhir…….

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Copy dari kiriman seorang sahabat buat renungan bersama.

Kelebihan - Kelebihan Solat Sunat Terawih Mengikut Malam.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang menge
rjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Wasallam.

Artikel ini MS dapat dari emel kat ofis, so untuk perkongsian bersama.

APE CITER DI BULAN PUASA NI?

 

Lama tak update blog ni, sebelum ni copy paste topik yang menarik untuk kita berkongsi bersama dan peringatan untuk MS dimasa akan datang.  Di bulan puasa ni MS belum lagi berkesempatan balik berbuka puasa dengan mak di kampung cuma last week balik rumah mentua jer.  

InsyaAllah kalau tak de ape raya ke-3 baru MS sekeluarga dapat balik kampung, tahun ni giliran raya di sini dulu. Nak balik bulan puasa ni tapi anak-anak sekolah pulak, balik 2 hari penat ajer rasanya. Tahun ni sudah tahun ke-7 dengan sistem giliran, bila raya puasa di Perak nanti raya haji di Kedah dan begitulah sebaliknya.

DSC01660 Raya tahun lepas

Setiap yang  sempurna perlu ada pengorbanan itulah yang dilalui oleh setiap insan yang sudah berkeluarga dan ada 2 keluarga yang menjadi tulang belakang kehidupan kita. Bertolak ansur dan berkongsi itu adalah resepi untuk kita tak berbalah untuk pulang berhari raya nanti.

Bila sebut pasal raya fikir pulak pasal persiapan raya, tahun ni raya kurang kemeriahannya. MS baru beli baju untuk anak-anak jer, tapi baju untuk MS dah tempah. Rasanya tahun lepas MS awal-awal lagi dah cat rumah, tapi tahun ni mood kureng sikit. Dinding yang dicat tahun lepas dah pun di lukis oleh Afif dan Aqif, geram betul. Tapi itulah anak-anak sekarang bila dilarang lagi dibuat, so bila disuruh tak nak pulak dia buat.

Hari ni rancang nak bawa anak-anak pergi cari baju melayu diorang, ingat nak buat jer tapi mak mentua sibuk pulak. Selalunya mak mentua MS jahit baju melayu anak-anak tapi tahun ni dia sibuk , kain dah beli bulan 5 lagi tapi tak sempat nak bagi. So, kenalah cari baju dah siap.

Copy of P4190430

Kepada sesiapa yang terbaca blog MS yang tak seberapa ini MS ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dan mohon ampun maaf sekiranya terkasar bahasa atau salah silap MS.

MENANG GA KAK INA KL

 

Lama tak update blog ni… last update pun hari mula puasa last week. Nak curi2 check fb pun tak sempat, bulan2 posa ni banyak benda nak dibuat. Lepas subuh Rabu semalam check blog kejap, tengok ada mesej dari blog  http://www.kakinakl.com yang MS menang GA beliau.

Terkejut jugak sebab ini pertama kali joint GA, lagi pun GA ni simple jer. Terus havoc kat akak sebelah kat ofis yang MS ni menang GA tu. Ari ni baru sempat emel kak ina untuk claim hadiah tu. Inilah  bukti kemenangan MS……

Pemenang GA

by kak ina kl on Isnin, Ogos 01, 2011

clip_image001

Jawapan bagi GA akak ialah ke Kuching Sarawak.

clip_image002

Seperti yang di janjikan selain dari hadiah FM dan top up bagi pemenang pertama, akak bagi 2 hadiah saguhati buat pemenang yang berjaya.

clip_image003

sehelai t shirt

clip_image004

cd original

Tahniah buat pemenang GA akak yang baru ajer berakhir hari Sabtu lepas. Walaupun tak ramai yang join , tak aperlah. Terima kasih buat sudi join.

2 orang peserta yang dapat menjawab dengan betul ialah

1. M@M@ SH@RIDZ dari blog http://memoriessharidz.blogspot.com/

Beliau akan mendapat sehelai t shirt, satu fridge magnet, cd original dan topup RM10.00

2. Fiza Nordin dari blog http://fizanordin.blogspot.com/

Fiza pula akan mendapat sehelai t shirt, satu fridge magnet dan cd original.

TERIMA KASIH KAK INA SEBAB ANJURKAN GA YANG SEBEGINI. LAIN KALI BUAT LAGI YER.