Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

AKTIVITI OFIS TAHUN NI…… (1)

Sebenarnya dah lama nak buat entry ini tapi tek berkesempatan.  Oleh kerana nak cepat malam ni, sebelum Azim balik mengaji dan mengadap laptop ni MS teringat pula pasal entry aktiviti @ ofis tahun ni.

Sebelum puasa lepas kitorang jalankan program advokasi untuk pencarum yang terlibat dengan perjalanan pergi dan balik kerja.  Program ini dijalankan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan perjalanan selamat pergi/balik kerja.  Ini kerana statistik menunjuk perjalanan pergi/balik kerja pada waktu pagi menyebabkan kemalangan. Puncanya may be tergesa-gesa mengejar punch card atau sudah terlewat keluar dari rumah.

P7250688 Model yang dilantik kursus untuk program ini.

P7250692

Posing dulu sebelum peserta sampai.

P7250694

Helmet yang akan diberi secara percuma kepada peserta.

P7250705

Antara peserta yang terlibat.

P7250714

Yang penting dapat helmet dan vest free……

P7250761

Semua dah selesai….

Program ni berjalan dalam masa 1 jam sahaja.

P7250764

Tengah asingkan vest dan helmet kat sebuah kilang pulak.

P7250785

Antara peserta yang terlibat di sebuah premis majikan yang mempunyai kadar kemalangan jalanraya yang tinggi.

So, kepada semua pekerja-pekerja yang akan pergi/balik kerja BERHATI-HATILAH DI JALANRAYA dan INGATLAH ORANG TERSAYANG serta jangan lupa pastikan majikan anda membayar caruman PERKESO setiap bulan. (bagi yang mencarum ler)

KENANGAN RAYA 2011

 

Orang lain dah lama masuk citer raya, tapi MS hari ni baru berkesempatan nak publish citer pasal raya tahun ni. Biasa ler kalau dah kat rumah tak sempat nak check fb n blog pun. Asyik layan kerenah 3 hero tu (jadi 4 kalau termasuk Honey). Bulan raya ni biasalah busy sikit nak settle kerja yang tertangguh masa cuti raya hari tu.

Copy of P8300812 Ini baru siap, orang dah balik sembahyang raya tapi MS baru jer kacau rendang. Pukul 12 baru tukar baju raya.

Copy of P8300816 Azim & Afif baru balik dari “baraan” iaitu raya dari rumah ke rumah dalam satu kumpulan dari selepas sembahyang raya sampai pukul 3 petang.

Copy of P8300815

Aqif dah letih sangat beraya, balik terus tido.

Copy of P8300817 

Bukannya anak2 jer letih, Paman pun letih jugak. Yang kelakarnya baju raya sedondon dengan anak2 saudara pulak tu.

P8300813

Honey sibuk melayan tetamu, hari raya pertama menunya ketupat, rendang ayam, sambal goreng dan serunding jawa.

P8300839

Malam baru sempat pergi rumah mbah, wak dan acik yang dekat2 situ. Itu pun sempat 4 rumah jer.

P8310869

Hari raya kedua pun tak sempat ke mana, cuma petang baru sempat pergi rumah saudara sebelah suami.

P8310876

Menu raya kedua PECAL….. memang habis licin. Kitorang pun tak sempat makan. Tetamu memang ramai, letih basuh pinggan. Baju raya pun pakai sekejap tukar t-shirt sebabnya mesti basah punya. Lagi yang ada cuma MS, adik ipar dan biras. Kitorang jer pompuan yang ada dalam rumah tu (mak mentua tak kira)

P8300822

Ini ler adik ipar n biras MS.

P8310857

P8310865

Antara tetamu yang sempat di snap gambar oleh adik ipar MS.

P8300838

Gelagat anak2 MS dengan paman2 diorang semasa beraya di rumah mak saudara suami.

P8300841

Tak sempat nak snap gambar raya sekeluarga sebab busy sangat. Ini pun semasa pergi beraya rumah mak saudara.

Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/ http://ecakefairy.blogspot.com dan http://www.zzqah.com/

 

Bila dah start keja dan hari minggu ni bolehlah jenguk2 fb n blog2 teman yang kiut miut ni. Tengah check fb tu ternampak contest kak ina. So, rasanya nak joint la jugak. Tapi MS tak de la banyak gambar sebab MS yang kena jadi tukang masak yang tak berapa terror tahun ni. Semua ini gara2 ada yang raya tak ikut turn yang telah di tetapkan sebelum ni.

Tahun ni MS raya umah mentua dulu di Teluk Intan pastu raya kat umah mak MS di Kedah. Honey MS keturunan Jawa sudah tentunya serunding daging jawa, sambal goreng, ketupat dan masak kicap ayam @ rendang. Disebabkan tukang masak bertauliah tak balik, maka dapur tu diambil alih oleh MS. MS masak rendang ayam jer. Itupun pada pagi hari raya, orang dah pergi sembahyang raya baru MS terhegeh2 cari bahan apa yang ada untuk masak rendang.

Selalunya bapa mentua MS yang masak ayam masak kicap, tapi disebabkan bapa  mentua MS tak sihat @ tak de mood nak masak, so, mak mentua MS minta MS masak rendang jer. Serunding daging dan sambal goreng tu, mak mentua MS yang masak pada petang sebelum raya lagi. Ketupat pulak adik2 ipar MS yang anyam dan siapkan hingga masak.

P8310861 Ini semasa malam raya Honey n adiknya sibuk rebus ketupat. Yang kelakarnya diorang boleh biarkan air mendidih dah lama, semua ingat ketupat dah ada dalam tu. Bila tengok sebenarnya air je yang ada, ketupat belum dimasukkan lagi. Honey (berbaju putih tu) macam mandor jer.

P8310876 Hari raya kedua pula, menunya pecal. Kuah pecal mak mentua MS dah buat awal2 lagi. Kitorang cuma celur daun2nya saja dan hidangkan. Memang habis, kitorang anak-beranak tak sempat nak makan. Tengoklah antara tetamu yang hadir.

P8310857

Jom la join contest kak ina.

Syarat-syarat contest ini ialah :

1.  Kena ambil gambar pada raya 2011 sahaja tau. Tak boleh tahun lepas punya gambar yer.  Kalau boleh buat dialog sikit. MS tak sempat nak edit gambar tu. 

2.  Ceritakan apa yang di masak dan sape yang memasak ataupun sape yang kena mencuci/kemas umah (buatlah cerita sikit)

3.  Kena Like fanpage "kakinakl.com". Semua gambar berserta link blog akan di letak di situ.

4.  Letakkan link  kak ina di N3 tersebut.

5.  Tinggalkan komen kat bawah N3 ini dan jangan lupa tinggalkan permalink anda.

6.  Tarikh tutup ialah pada  atau 29hb. September pada jam 12.00 tengah malam hari tersebut.

7.  Ayat yang wajib di letak di N3 tersebut ialah :

Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"?  adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/
dan http://ecakefairy.blogspot.com