Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

AKTIVITI OFIS TAHUN NI…… (1)

Sebenarnya dah lama nak buat entry ini tapi tek berkesempatan.  Oleh kerana nak cepat malam ni, sebelum Azim balik mengaji dan mengadap laptop ni MS teringat pula pasal entry aktiviti @ ofis tahun ni.

Sebelum puasa lepas kitorang jalankan program advokasi untuk pencarum yang terlibat dengan perjalanan pergi dan balik kerja.  Program ini dijalankan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan perjalanan selamat pergi/balik kerja.  Ini kerana statistik menunjuk perjalanan pergi/balik kerja pada waktu pagi menyebabkan kemalangan. Puncanya may be tergesa-gesa mengejar punch card atau sudah terlewat keluar dari rumah.

P7250688 Model yang dilantik kursus untuk program ini.

P7250692

Posing dulu sebelum peserta sampai.

P7250694

Helmet yang akan diberi secara percuma kepada peserta.

P7250705

Antara peserta yang terlibat.

P7250714

Yang penting dapat helmet dan vest free……

P7250761

Semua dah selesai….

Program ni berjalan dalam masa 1 jam sahaja.

P7250764

Tengah asingkan vest dan helmet kat sebuah kilang pulak.

P7250785

Antara peserta yang terlibat di sebuah premis majikan yang mempunyai kadar kemalangan jalanraya yang tinggi.

So, kepada semua pekerja-pekerja yang akan pergi/balik kerja BERHATI-HATILAH DI JALANRAYA dan INGATLAH ORANG TERSAYANG serta jangan lupa pastikan majikan anda membayar caruman PERKESO setiap bulan. (bagi yang mencarum ler)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan