Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"? adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/ http://ecakefairy.blogspot.com dan http://www.zzqah.com/

 

Bila dah start keja dan hari minggu ni bolehlah jenguk2 fb n blog2 teman yang kiut miut ni. Tengah check fb tu ternampak contest kak ina. So, rasanya nak joint la jugak. Tapi MS tak de la banyak gambar sebab MS yang kena jadi tukang masak yang tak berapa terror tahun ni. Semua ini gara2 ada yang raya tak ikut turn yang telah di tetapkan sebelum ni.

Tahun ni MS raya umah mentua dulu di Teluk Intan pastu raya kat umah mak MS di Kedah. Honey MS keturunan Jawa sudah tentunya serunding daging jawa, sambal goreng, ketupat dan masak kicap ayam @ rendang. Disebabkan tukang masak bertauliah tak balik, maka dapur tu diambil alih oleh MS. MS masak rendang ayam jer. Itupun pada pagi hari raya, orang dah pergi sembahyang raya baru MS terhegeh2 cari bahan apa yang ada untuk masak rendang.

Selalunya bapa mentua MS yang masak ayam masak kicap, tapi disebabkan bapa  mentua MS tak sihat @ tak de mood nak masak, so, mak mentua MS minta MS masak rendang jer. Serunding daging dan sambal goreng tu, mak mentua MS yang masak pada petang sebelum raya lagi. Ketupat pulak adik2 ipar MS yang anyam dan siapkan hingga masak.

P8310861 Ini semasa malam raya Honey n adiknya sibuk rebus ketupat. Yang kelakarnya diorang boleh biarkan air mendidih dah lama, semua ingat ketupat dah ada dalam tu. Bila tengok sebenarnya air je yang ada, ketupat belum dimasukkan lagi. Honey (berbaju putih tu) macam mandor jer.

P8310876 Hari raya kedua pula, menunya pecal. Kuah pecal mak mentua MS dah buat awal2 lagi. Kitorang cuma celur daun2nya saja dan hidangkan. Memang habis, kitorang anak-beranak tak sempat nak makan. Tengoklah antara tetamu yang hadir.

P8310857

Jom la join contest kak ina.

Syarat-syarat contest ini ialah :

1.  Kena ambil gambar pada raya 2011 sahaja tau. Tak boleh tahun lepas punya gambar yer.  Kalau boleh buat dialog sikit. MS tak sempat nak edit gambar tu. 

2.  Ceritakan apa yang di masak dan sape yang memasak ataupun sape yang kena mencuci/kemas umah (buatlah cerita sikit)

3.  Kena Like fanpage "kakinakl.com". Semua gambar berserta link blog akan di letak di situ.

4.  Letakkan link  kak ina di N3 tersebut.

5.  Tinggalkan komen kat bawah N3 ini dan jangan lupa tinggalkan permalink anda.

6.  Tarikh tutup ialah pada  atau 29hb. September pada jam 12.00 tengah malam hari tersebut.

7.  Ayat yang wajib di letak di N3 tersebut ialah :

Contest- GambarContest "Masak@Persiapan Apa Untuk Raya"?  adalah anjuran www.kakinakl.com bersama cikmin.com/
dan http://ecakefairy.blogspot.com

1 ulasan:

kak ina kl berkata...

terima kasih sudi join..nanti akak pilih gambar mana yang paling best yer

Catat Ulasan