Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Hari Sukan AFIF

PA131006

Dua minggu lepas tadika Afif ada hari sukan antara kumpulan Harmoni yang diadakan di Arena Square Teluk Intan. Sepatutnya hari MS cuti tapi disebabkan audit datang, cuti tidak diluluskan. Terpaksalah terkejar-kejar dengan masa, yelah hari tu pulak audit nak bentang laporan pulak.

PA131005

Pukul 10.00 pagi MS ngan sorang akak ni ( anak dia pun tadika sama jugak) minta kuar kejap. Sebenarnya tak delah kejap, sampai pukul 12.30 jugak kitorang nunggu. Camne tak tunggu, ini pulak first time Afif joint sukan. Walaupun dia sorang jer umur 4 tahun tapi semangatnya sama dengan budak2 5 dan 6 tahun.

PA131025

Semasa kitorang sampai diorang tengah duduk tunggu perasmian dimulakan. Cuma MS terkilan la, tak sempat tengok Afif  buat persembahan sebelum perasmian tu.  Tapi itulah pengorbanan yang perlu dilalui bagi ibu2 yang bekerja, kadang2 terlepas detik2 manis bersama anak2 kita.

PA131060

Tapi OK jugaklah sebab MS sempat jugak tengok Afif berlari dan bermain dalam satu pasukan. Semangat diorang yang penting, walaupun dapat nombor 2 dia seronok dan bangga dengan hadiah2nya. Lagi2 pulak hadiahnya Angry Bird.

PA131065 PA131064

SEKADAR HIBURAN

CINTA SI BUTA

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu. "Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang".... Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. " Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin. Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia" Amin: ??????????? tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... "

Tok Batin dan Polis Trafik

Tersebutlah kisah, apabila seorang Tok Batin di Bukit Iban telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal terpakai tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor. Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin menunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan dia ditahan oleh seorang anak buahnya.

"Tok, tumpang ke Pekan?!"" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin. "Tok, boleh tumpang? Kite nak ke Pekan ni.." "Apa salahnye, naiklah di belakang" Tok Batin mengarah.

Tak lama selepas tu, motosikal pun sampailah ke jalan besar. Ada le kira-kira 5 kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motosikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya itu di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuatkan perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer 2, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba dan tak peduli terus saja memecut motosikalnya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejarnya dan dapat memintas. Tok Batin dengan serta merta membrek motosikalnya.

"Oii, ape ni! Nak bunuh orang ke?! Berhenti depan kita macam ni! Tengok belakang kita ade dua orang anak buah kita. Kamu takpa la pakai topi keras, yang kita ni kepala togel, kalau jatuh tak ke kita mati?!" marah Tok Batin. "Pak Cik, kenapa saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi?" tanya polis trafik tu. Lantas Tok Batin menjawab "Oi, tak ade otak ke? Tak nampak belakang motor kita dah penuh dua orang, mana boleh tumpang lagi!!"
wakakkaka....lol betul

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
Pertunjukan Lawak
Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan. Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan. Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.
" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai.

Program Menarik Sempena Deepavali

Selamat pagi dan selamat bercuti deepavali,

Kepada teman2 blogger sekalian yang sedang bersantai di rumah tu, kalau tak kemana bolehlah tengok TV. Yelah hujan2 ni nak bawa anak jalan2 pun tak boleh, so, lepak di rumah saja. Lagipun cuti pun sehari jer. Disini MS ada beberapa rancangan TV hari ini (26/10/2011).

TV1

7.00 PAGI Berita Nasional

7.20            Akhbar Hari Ini

7.30             Selamat Pagi 1Malaysia

9.30             TV1 Kids: Marsupilami

10.00           Langsung Dari Parlimen

10.30           Rampai Puri: Idola

11.05           Bidadari: Bara Yang Ku Genggam

12.00 TGH  Saujana: Klik-Klik Asia

12.30           An Animal Saves My Life

1.00             Berita Nasional

1.30             Info Sukan

1.45             Diva@1

1.55             Niaga Nasional

2.05 PTG    Jurnal Kembara

2.30             Menyusur Akar: Rentas

3.05             Khas Deepavali: Chandrapuspha

3.30            Aspirasi: X-Rel

4.00           Lab Rats Challenge

4.30           Cindai: Lara

5.00          Berita Wilayah

6.00            Dokudrama: The Making Of Malaysian Societ

7.00 MLM Galeri Nasional

7.30             Special On 1: National Georaphic (Monster Fish-Mongolion Terror Trout)

8.00             Berita Nasional

9.00            Simfoni Alam

9.30            Ketipang Payung

10.00          Dialog

11.00          Berita Dunia

11.30          Dari Parlimen

12.00 PAGI Langkawi International Mountain Bike Challenge

 

TV2

7.00 PAGI Healthy Living On 2: Food Magic

7.30             Hello On Two

8.30             Muzikal Khas Kanak-Kanak: Deepavali Oorvalam

9.30             Telemovi Khas Deepavali: Vaarthai Illai

11.30          Kanak-Kanak Khas Deepavali: En Deepavalu Kuthoogalam

12.00 TGH Berita Mandarin

12.20          Galeri Nasional Mandarin

12.30          Berita Inggeris

1.00            Majalah Khas Kanak-Kanak

2.00 PTG    Hiburan Khas Deepavali: Ulaga Nayagan - Kamal

2.30            Konsert Khas Deepavali: Payanam

3.30           Bollygood Variety On 2: Hamari Betiyon Ka Vivaah

4.00            Varnam: Azhage Azhagu

4.30             Drama Bersiri Tamil: Natpugal Pirivathillai

5.00            Kristal: Pasta

6.00            Golden Phoenic Hui Jia De You Huo

7.00 MLM Kids On 2: America Dragon – Jake Long

7.30             Berita Tamil

8.00             Berita Mandarin

9.00             Movie Khas Deepavali: Endhiran

10.00           Cinema On 2

12.00 PAGI The Event

1.30             Farah Syakira

 

TV3

7.00 PAGI Buletin Pagi

7.15           Malaysia Hari Ini

9.05           Deepavali Kids Special: Arjun And The Adventure Of The Ice Lotus

10.02         Deepavali Movie Special: Ninaithale Inikkum

12.02 TGH Wanita Hari Ini

1.00           Drama Suria: Nuraisha

1.30           Buletin 1.30

2.00 PTG Sinetron: Putri Yang Ditukar

3.00          Telenovela: Bella Calamidades

5.00           Koleksi Komedi: Datin Wan Abe

5.35           Muzikal Jodoh Deepavali

6.30           Atashinchi

7.00 MLM Akasia: Soffiya

8.00             Buletin Utama

9.00             360

9.30            Bersamamu

10.00           Amekaw

10.30          Samarinda: Jiwa & Lara

11.05          Soal Jawab

12.00 PAGI Nightline

12.30           Merah Puteh

1.30              Alisa

 

NTV7

7.00 PAGI Kids@fgw: Hi-5

8.00            Kids@fgw:My Life Me

8.30           The Breakfast Show

10.04          Deepavali Minminigal

10.30          Oli Vizha

11.30          Bella

12.00 TGH Coffee Prince

1.00            Edisi 7

1.30            Hong Drama: Her Many Faces

2.30 PTG  Hong Drama: Healing Hearts

3.32          Hokkien Drama: Point Of No Return

4.32           Hokkien Drama: Taiwan Tornado

5.30          Mandarin 7

6.00          Monga Yao Hui

7.00 MLM Edisi 7

7.30            Ala Carte

8.00           7 Edition

8.30           Make The Pitch

9.30           Mandarin 7

10.00         Kampong Ties

11.00          TVB Series: Born Rich

12.00 PAGI Mandarin 7: Global Watch

12.30           TV Direct Showcase

1.00             My Fair Princess

 

8TV

7.00 PAGI Hot FM AM Crew On 8TV

10.00         Jukebox Morning

10.30          Legend Of Taiwan

11.30          Best Of Hokkien Drama: Love

12.30 TGH 8TV Midday Mandarin News

1.00            Best Of Hokkien Drama: Love

2.00 PTG Deepavali Movie Special: Mighty Baby

4.00          Feng Shu’s Cooking Class

4.30          8 E-News 2011

5.00           No Limits

6.00            Family Harmony

7.00 MLM Best Of TVB: Burning Flame

8.00             8TV Mandarin News

8.30             Best Of The East: The Fugitive Plan B

9.31             Without Boundaries: Field Trip USA

10.00           Popcorn Hour: Fracture

12.00 PAGI American Chopper

1.15              Jukebox Late

 

TV9

7.00 PAGI Tanyalah Ustaz

8.00            Muqaddimah

8.30           Mahir Jawi

9.00           Suri Bakawali

10.00          Idola Kecil

11.00           CID 3278

12.00 TGH   Berita TV9

12.30           Drama Indonesia: Cinta Fitri

1.30             Sayang Cendana

2.30 PTG   Nick Di 9: Wonderpets

3.00           Nick Di 9: El Tigre

3.30           Nick Di 9: Danny Phantom

4.00           Nick Di 9: Kappa Mikey

4.30            Nick Di 9: Catdog

5.00            Nick Di 9: Spongebob Squarepants

5.30            Upin & Ipin

5.37            Mutiara Hati: Lagu Cinta Nirmala

6.30            Upin & Ipin

7.05 MLM Pokemon Diamond & Pearl

7.30             Mahir Jawi

8.00             Berita TV9

8.32              Skrin Di 9: Antara Dua

10.00             Usrah

10.30             Hujah

11.00             Cinta Dan Anugerah

12.00 PAGI Tanyalah Ustaz

 

ASTRO RIA

7.30 PAGI Casa Impian

8.00           Doktor Desa

9.00           Duyung

11.00          Nada Cinta

1.00 TGH Evolusi KL Drift

3.00 PTG Nada Cinta

3.30           Galaksi SHARP

4.00           Saya Nak Cuti

4.30          Nada Cinta

5.30          Gala TV

7.45 MLM Awani 7:45

8.18           Nadi Arena Khas

8.30           Fuyoo Magic

9.00          Master Chef Malaysia

10.00        There’s Something About Marry

12.30 PAGI Di Balik Tabir Alamak Toyol

1.00           Master Chef Malaysia

 

ASTRO PRIMA

7.00 PAGI Osman Brani

9.00            Blues Pasar Tani

10.00          Halimah Jongang

12.00 TGH Suria Di Cordoba

1.00            Cik Ah Cik Nin

2.00 PTG Bujang Sepah Lalalitamplom The Series

3.00           Chalpalrela

4.00            Cinta Gila

5.00            Hantu Motel

6.00            Jejaka J

7.00 MLM Warung Kita

7.30            Warung Kita

10.00          Wasiat

11.00          Unconditional Of Love

12.00 PAGI Chapalrela

 

TV ALHIJRAH

12.00 TGH Fatihah/Doa

12.05           Ejen Halal

12.30            Signs Of The Creator

1.30              Madrasah AlHijrah: Al-Quran & Sunnah

2.00 PTG Madrasah AlHijrah: Akidah

2.30          Madrasah AlHijrah: Syariah

3.00          Madrasah AlHijrah: Akhlak

3.30          Jewel In The Palace

4.30          Suara Hati

5.00          Ethelbet The Tiger

5.30          Nan & Lily

6.00          Para Pencari Tuhan

7.00 MLM Suara Hati

7.30           Al-Quran: The New Dawn

8.00            Berita AlHijrah

8.30           Tidak Terputus Tasbih Itu

9.30           Bicara

10.30         30 Minit Ustaz Don

11.00         Sign Of The Creator

11.30          Muhasabah Diri

12.05 PAGI Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

 

SELAMAT MENONTON……

Guide to A Better Life

Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni adalah antara bestsellers pada tahun 2007. Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.

Dalam surat beliau kepada isteri nya Jai dan anak-anaknya Dylan, Logan dan Chloe, beliau telah menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan kepada mereka.

Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email.

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Personaliti

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain.   Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2.   Jangan ada perasaan negatif   pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju

Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

Kehidupan

22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23.   Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Oleh kerana MS dapat perkara di atas melalui emel untuk dipraktikkan dan MS ingin kongsikan pengetahuan ini dengan orang yang MS sayang, orang yang pernah bersekolah bersama MS, orang yang MS luangkan masa bersama, orang yang bekerja bersama MS dan orang yang tinggal bersama MS.

Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan MS, juga orang-orang di sekeliling MS.

P/S : artikel ini adalah peringatan untuk diri MS sendiri dan MS kongsikan supaya dapat manfaat bersama untuk kita semua, mudah-mudahan.

P3160414 Hanya sekadar hiasan

Marilah Solat Hajat Untuk Anak Ini.

 
MS dapat berita ini dari fb yang di tag oleh adik ipar. Marilah sama-sama membantu Puan Rohaiza untuk kesihatan anaknya.
image
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar.  Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen.
Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.
Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan.kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.
Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya my.mc1255.mail.yahoo.com.
Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak'ataini lillaahi ta'aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-'u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya'-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min'ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-'a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal 'aliy-yul azhim.

Jalan-Jalan Hujung Minggu….

 

Baru2 ini MS berkesempatan bawa anak2 pegi ke tempat ni…. sebenarnya dah lama plan nak bawa. Pernah pegi cari 2, 3 kali tapi tak jumpa. Balik ofis minta plan kat abang ni, so baru2 ni sempat bawa sebabnya pegi Tesco beli barang. Sesambil singgah bawa anak2 pegi tempat ni….

Tempat itu ialah TAMAN PAYA BAKAU, MANJUNG…..

PA090995

PA090993 

Budak2 memang suka, tapi MS layan jer kerenah anak2. Kesian pulak asyik lepak di rumah jer, mengadap TV dan main dalam rumah. Memang kalau pegi tu, tengok macam takde apa… Tapi sebenarnya ada banyak monyet…. budak2 sukalah. Cuma satu jangan bawa makanan @ barang sambil lewa, alamatnya jadi habuan monyet2 nilah. Memang monyet2 ni tunggu line clear jer.

PA090996 Kawasan agak cantik…. sebabnya banyak pokok bakau, ada laluan untuk kita lihat kawasan sekeliling.

PA090999

Azim, Afif n Aqif, dari jauh beranilah kalau dah dekat dengan monyet tu menjerit jugak.

PA091002

Ada titi gantung lagi.

PA091004

Kalau jalan sampai hujung akan jumpa sungai (kalau tak silap ler)…. boleh memancing lagi.

Taman Payau Bakau

Lokasi
Seri Manjung

Alamat
Terletak di antara jalan Ipoh – Lumut, lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut.

Perincian maklumat
Taman Paya Bakau terletak di antara jalan Ipoh – Lumut dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut. Taman ini mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada bulan Januari 1995. Pada tahun 2005, taman ini telah diselenggara dan ubahsuai. Ia mempunyai laluan sejauh 366 meter dan selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya bakau. Di hujungnya didirikan 2 buah pondok untuk pengunjung beristirehat atau memancing. Di sepanjang laluan ini pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi hutan paya bakau dan melihat sendiri hidupan yang ada di paya bakau berkenaan. 

Aktiviti Ofis Tahun ni (2)

Pada 27 Ogos lalu telah diadakan program bersama pemimpin masyarakat di Parit 9, Chenderong Balai. Seperti biasa MS ditugaskan bahagian cenderahati untuk tetamu.

Sambutan? boleh la…. separuh tu capai. Biasalah bila buat program macam ni, diorang ingatkan program politik. Sebenarnya untuk memberi pendedahan dan penerangan tentang apa itu PERKESO….. apa yang diorang akan dapat melalui PERKESO ni.

Biasalah kan kalau pemimpin masyarakat tu mestilah Ketua Kampung, Penghulu dan Imam.  Walaupun diorang ni tidak mencarum Socso/Perkeso tapi dioranglah nadi kepada penduduk setempat.

MS macam biasa jadi jurukamera dan penyambut tetamu jugak. Kitorang gerak dari ofis kul 12 tapi majlis start pukul 2.30 ptg. Selesai majlis pukul 6.00 ptg.

P9270961 Antara tetamu jemputan.

P9270979

Ada juga majlis penyampaian cek.

P9270978

Cenderahati untuk tetamu jemputan.

Kebosanan Melampau…

 

Entah kenapa hari ni, semuanya serba tak kena. Sudah la pepagi lagi sistem tak boleh pakai, dengan payment yang 30hb belum dibuat lagi. Tunggu la sampai pukul 5 kot2 sistem boleh pakai, tapi bertambah semput lagi bila lagi satu sistem pun jem jugak. Sure esok kena marah dengan bos sebabnya dia dah lulus payment banyak hari ni tapi satu pun tak jalan.

Balik rumah lepas settle semuanya, tengah basuh kain rupanya air pulak tak de. Tension betul, PS (PapaSharidz ganti Honey) bagitau ada paip pecah kat depan taman. Tak tau la sampai pukul berapa pulak tu.

Tengok tv pun tak de citer best, PS mula la layan sport dia jer. So, malam ni boleh la blogwalking kejap. Sudah lama tak sempat nak blogwalking just touch2 jer.

MS teringin nak buat facebook badge kat blog, tapi tak berkesempatan find tutorial pasal letak facebook ni. So, kepada friends in blog boleh tak bagi link untuk tutorial tu.

DSC00021 Ni snap gambar sendiri sebab kebosanan melampau.  Kerja banyak ni sebab next week audit turun tapi tak tahu nak pegang yang mana dulu.

KAMPUNGKU….

 

Hari ini sudah menyengah tangal 1 Oktober 2011, sekejap jer sudah bulan 10. Pagi-pagi ni sesambil tunggu mesin kain siap di spin, tetiba jer teringat kat mak dan ayah, kampung, ayam, burung dan apa yang ada di kampung. Kampung MS dikelilingi kebun getah dan di kawasan bawah ada sungai dan sawah.

P7160684 Gelagat anak2 MS bersama sepupu diorang di kampung

Walaupun rumah mak ayah MS tak semeriah rumah orang lain, tapi itulah tempat kitorang adik-beradik dibesarkan. Biarpun sempit dan tidak ber’air-cond’ tapi aman dan tenteram rasanya.

P5150506 Inilah time yang MS suka. Macam-macam ada, semuanya sedap……

Anak-anak MS lebih suka balik rumah tok dengan wan diorang dari rumah mbah diorang yang besar tu. May be persekitarannya membuat mereka suka balik sana. nyi sana selalunya kitorang berkumpul bersama sepupu sepakat MS, ada ajer aktiviti kitorang buat. Samada makan ramai2 atau pun lepak sambil cicah garam belacan (meleleh air liur bila fikir asam jawa putik cicah pulak).

Ini sudah merapu merewang mana ntah. Okaylah nak sambung jemur kain dulu….

My Kampung di KAMPUNG BANAI, JALAN WANG TEPUS. Sesapa yang tahu kampung ni sila bagi komen yer….