Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Hari Sukan AFIF

PA131006

Dua minggu lepas tadika Afif ada hari sukan antara kumpulan Harmoni yang diadakan di Arena Square Teluk Intan. Sepatutnya hari MS cuti tapi disebabkan audit datang, cuti tidak diluluskan. Terpaksalah terkejar-kejar dengan masa, yelah hari tu pulak audit nak bentang laporan pulak.

PA131005

Pukul 10.00 pagi MS ngan sorang akak ni ( anak dia pun tadika sama jugak) minta kuar kejap. Sebenarnya tak delah kejap, sampai pukul 12.30 jugak kitorang nunggu. Camne tak tunggu, ini pulak first time Afif joint sukan. Walaupun dia sorang jer umur 4 tahun tapi semangatnya sama dengan budak2 5 dan 6 tahun.

PA131025

Semasa kitorang sampai diorang tengah duduk tunggu perasmian dimulakan. Cuma MS terkilan la, tak sempat tengok Afif  buat persembahan sebelum perasmian tu.  Tapi itulah pengorbanan yang perlu dilalui bagi ibu2 yang bekerja, kadang2 terlepas detik2 manis bersama anak2 kita.

PA131060

Tapi OK jugaklah sebab MS sempat jugak tengok Afif berlari dan bermain dalam satu pasukan. Semangat diorang yang penting, walaupun dapat nombor 2 dia seronok dan bangga dengan hadiah2nya. Lagi2 pulak hadiahnya Angry Bird.

PA131065 PA131064

Tiada ulasan:

Catat Ulasan