Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Jalan-Jalan Hujung Minggu….

 

Baru2 ini MS berkesempatan bawa anak2 pegi ke tempat ni…. sebenarnya dah lama plan nak bawa. Pernah pegi cari 2, 3 kali tapi tak jumpa. Balik ofis minta plan kat abang ni, so baru2 ni sempat bawa sebabnya pegi Tesco beli barang. Sesambil singgah bawa anak2 pegi tempat ni….

Tempat itu ialah TAMAN PAYA BAKAU, MANJUNG…..

PA090995

PA090993 

Budak2 memang suka, tapi MS layan jer kerenah anak2. Kesian pulak asyik lepak di rumah jer, mengadap TV dan main dalam rumah. Memang kalau pegi tu, tengok macam takde apa… Tapi sebenarnya ada banyak monyet…. budak2 sukalah. Cuma satu jangan bawa makanan @ barang sambil lewa, alamatnya jadi habuan monyet2 nilah. Memang monyet2 ni tunggu line clear jer.

PA090996 Kawasan agak cantik…. sebabnya banyak pokok bakau, ada laluan untuk kita lihat kawasan sekeliling.

PA090999

Azim, Afif n Aqif, dari jauh beranilah kalau dah dekat dengan monyet tu menjerit jugak.

PA091002

Ada titi gantung lagi.

PA091004

Kalau jalan sampai hujung akan jumpa sungai (kalau tak silap ler)…. boleh memancing lagi.

Taman Payau Bakau

Lokasi
Seri Manjung

Alamat
Terletak di antara jalan Ipoh – Lumut, lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut.

Perincian maklumat
Taman Paya Bakau terletak di antara jalan Ipoh – Lumut dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut. Taman ini mula dibina pada bulan Mei 1994 dan telah dibuka kepada umum pada bulan Januari 1995. Pada tahun 2005, taman ini telah diselenggara dan ubahsuai. Ia mempunyai laluan sejauh 366 meter dan selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya bakau. Di hujungnya didirikan 2 buah pondok untuk pengunjung beristirehat atau memancing. Di sepanjang laluan ini pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi hutan paya bakau dan melihat sendiri hidupan yang ada di paya bakau berkenaan. 

1 ulasan:

Azhafizah[フィザ] berkata...

Assalamualaikum..fiza datang jejak balas n follow balek..

p/s:bestnyer dapat jalan-jalan tu..sonok dorang tu >.<

Catat Ulasan