Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

KAMPUNGKU….

 

Hari ini sudah menyengah tangal 1 Oktober 2011, sekejap jer sudah bulan 10. Pagi-pagi ni sesambil tunggu mesin kain siap di spin, tetiba jer teringat kat mak dan ayah, kampung, ayam, burung dan apa yang ada di kampung. Kampung MS dikelilingi kebun getah dan di kawasan bawah ada sungai dan sawah.

P7160684 Gelagat anak2 MS bersama sepupu diorang di kampung

Walaupun rumah mak ayah MS tak semeriah rumah orang lain, tapi itulah tempat kitorang adik-beradik dibesarkan. Biarpun sempit dan tidak ber’air-cond’ tapi aman dan tenteram rasanya.

P5150506 Inilah time yang MS suka. Macam-macam ada, semuanya sedap……

Anak-anak MS lebih suka balik rumah tok dengan wan diorang dari rumah mbah diorang yang besar tu. May be persekitarannya membuat mereka suka balik sana. nyi sana selalunya kitorang berkumpul bersama sepupu sepakat MS, ada ajer aktiviti kitorang buat. Samada makan ramai2 atau pun lepak sambil cicah garam belacan (meleleh air liur bila fikir asam jawa putik cicah pulak).

Ini sudah merapu merewang mana ntah. Okaylah nak sambung jemur kain dulu….

My Kampung di KAMPUNG BANAI, JALAN WANG TEPUS. Sesapa yang tahu kampung ni sila bagi komen yer….

2 ulasan:

kak ina kl berkata...

memang tak pernah tau kampung ni kat mana..selalu ke selatan ajer..ke utara tak berapa taulah.
anak kecik suka balik kg..tapi yang besar ni kurang sebab tak ada internet

M@M@ SH@RIDZ berkata...

memang tak de internet tapi kecik2 ni diorang suka kejar ayam dan kucing kat rumah tok diorang. sampai kucing pun takut nak ke dapur.

Catat Ulasan