Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

SEKADAR HIBURAN

CINTA SI BUTA

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu. "Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang".... Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. " Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin. Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia" Amin: ??????????? tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... "

Tok Batin dan Polis Trafik

Tersebutlah kisah, apabila seorang Tok Batin di Bukit Iban telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal terpakai tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor. Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin menunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan dia ditahan oleh seorang anak buahnya.

"Tok, tumpang ke Pekan?!"" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin. "Tok, boleh tumpang? Kite nak ke Pekan ni.." "Apa salahnye, naiklah di belakang" Tok Batin mengarah.

Tak lama selepas tu, motosikal pun sampailah ke jalan besar. Ada le kira-kira 5 kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motosikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya itu di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuatkan perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer 2, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba dan tak peduli terus saja memecut motosikalnya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejarnya dan dapat memintas. Tok Batin dengan serta merta membrek motosikalnya.

"Oii, ape ni! Nak bunuh orang ke?! Berhenti depan kita macam ni! Tengok belakang kita ade dua orang anak buah kita. Kamu takpa la pakai topi keras, yang kita ni kepala togel, kalau jatuh tak ke kita mati?!" marah Tok Batin. "Pak Cik, kenapa saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi?" tanya polis trafik tu. Lantas Tok Batin menjawab "Oi, tak ade otak ke? Tak nampak belakang motor kita dah penuh dua orang, mana boleh tumpang lagi!!"
wakakkaka....lol betul

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
Pertunjukan Lawak
Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan. Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan. Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.
" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan