Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Hari JUMAAT – yey…. rehat lama

 

Hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu MS sebab rehat lama, boleh blogwalking. Selalunya MS ada masa bila hari cuti jer. Hari Jumaat jer MS usung laptop ke ofis sebabnya nak online waktu rehat. MS akan online cuma pada hari Jumaat hingga Ahad jer (itupun kalau tak ke mana).

Bila hari cuti pulak si Azim akan menyendeng nak tengok cartoon online or game online. MS yang buat undang-undang hari cuti jer boleh online. Ni dah start cuti school kenalah MS buka untuk dia, sehari 1 jam jer. Dia dah tuntut Ma cakap hari cuti, ni dah nak school holiday  Ma kena bagi Azim main game yer. So, MS cakap kat dia ‘no book, no laptop’ dia promise nak baca buku hari-hari.

Itulah anak-anak MS kalau nak apa-apa, nak sampai dapat tak kira kalau menangis 2 @ 3 jam pun. Selagi tak dapat apa yang dijanji, sekarang apa-apa janji MS kena ikut dan pastikan yang tak memberi kelekaan pada diorang. Afif pulak asyik tuntut nak pegi funfair @ bawa dia pegi naik bas. Itulah selagi tak dapat hari-hari bertanya bila Ma nak bawa Afif gi naik bas. Yelah dia baru first time naik bas masa balik kampung bulan 6 hari tu. Mula la ingat bila tiba musim cuti school ni, sebab hari cuti school Ma bawa naik bas balik kampung.

Anak-anak sekarang bukan boleh memandai jer cakap “tak pe nanti school cuti Ma bawa Afif gi naik buaian pusing”. Itu yang dia tuntut nak gi funfair pulak. Ini semua gara-gara meragam bila bangun pagi nak ke school. Afif ni baru tahun ni school, tadika 4 tahun. Dari awal tahun sampai le hari last hari ni, ragamnyer macam-macam. Kalau mood dia elok, dia bangun sendiri. Itu pun rasanya tahun ni ada kot 10 kali, lainnya MS kejut perlahan-lahan tak boleh kasar nanti nangis sampai school. Selalunya lepas jer MS siapkan pakai baju  sekolah, lepas tu OK jer bila dah sampai school.

Azim senang sebabnya tahun ni tahun kedua  dia pegi school, dia tak banyak ragam. Kejut jer terus gi mandi dan siap sendiri, lepas tu sarapan (makan roti jer sebab MS tak sempat nak buat sarapan lain). Azim ni dari last year lagi dia memang tak banyak ragam pergi school. Dia tak kisah, cuma bila hari cuti kena bagi dia online. Itu yang MS tak boleh nak halang dia online bila hari cuti, sekali sekala apa salahnye kan……

P6120627

STRATEGI MENANGI HATI BOS (bukan cara mengampu)

Sering kali kita akan berasa takut utk berhadapan dgn bos yg mempunyai pelbagai ragam.  Lebih2 lg jika majikan yg tlalu menunjukkan sifat dirinya sbg bos.  Suka mberi arahan, ditambah sifat inginkan kesempurnaan.  Mulutnya shj tidak akan bhenti memberikan arahan. 

Dlm masa yg sama kita sentiasa mdengar kritikan atas apa yg anda lakukan sama ada kerja kita itu baik @ tidak.  Sering kali jg kita dilanda tekanan utk bertemu dgnnya, sehinggakan kita pening kepala utk memuaskan hati bos terhadap kerja-kerja yg dimintanya.  Bagaimana caranya utk menghadapi bos seumpama ini? Strateginya adalah dgn mengkaji cara utk  membina hubungan baik dgn bos kita.  Praktikkan perkara di bawah utk kebaikan kita juga.

1)  Tidak bergosip tentang diri bos

Jika ada perkara negatif yang ingin kita cakap berkenaan bos kita, jgn bercakap hal tersebut dengan rakan sekerja.  Dikhuatiri perbualan tersebut akan sampai ke telinga bos kita.  Paling ditakuti jika bos kita menyimpan dendam.  Ia pasti akan menjejaskan kerjaya kita kemudian hari

2) Cari kesukaan bos kita

Setiap org pasti mempunyai minat.  Normal kehidupan jika minat itu dirangsang oleh seseorg dia akan mudah mesra dgn org yg menegurnya.  Jadi apa salahnya kita melihat apa kesukaan bos kita.  Baik dr susut makanan, warna, wangian, susun atur pejabat, apa yg dilakukan di hujung minggu, hobi, minat, tentang keluarganya dan sebagainya lg.  Apabila kita mengetahui serba tentang diri bos, memudahkan kita mendekati & memahami dirinya.

3) Minta nasihat dan pertolongan daripada bos

Apabila kita menghadapi masalah berkaitan dgn kerja & masalah peribadi, minta pendapat atau nasihat drpd bos kita.  Nasihat yg diminta akan menunjukkan bhw kita mempercayainya.  Setelah nasihat yg diutarakan berkesan menyelesaikan masalah.  Beritahu tentang hal tersbt kpd bos kita, pasti dia berasa gembira, malah akan mengeratkan lg perhubungan kita.

4) Jangan melengah-lengahkan kerja

Pastikan kita sentiasa fokus pd kerja & tidak melengah-lengahkan kerja.  Hadkan masa untuk berbual bersama rakan sekerja, makan snek dan melayari internet.  Jika bos mendapat gambaran bhw kita malas bekerja.  Kepercayaannya kpd kita akan berkurang, & dia akan fikir bhw kita tidak berminat utk bekerja.

5) Mengekalkan sikap positif

Sikap positif utk bekerja shj memberi semangat kpd rakan kita, ttp jg kpd bos.  Antaranya kita sentiasa melaporkan perkembangan yg baik thdp kerja yg diberikan.  Elak mengadu masalah yg dihadapi.

6) Bersikap profesional

Jgn jadi pekerja yg selalu bsetuju @ menidakkan perkara yg dibangkitkan oleh rakan @ bos.  Kita bukan shj tidak disukai, malah dianggap pemalas & tidak jujur.  Jadilah pekerja yg profesional yg sentiasa yakin & bijak.  Utk bersetuju @ tidak dgn bos ia mengikut kesesuaian masa.

7) Sentiasa proaktif

Mengambil bahagian dlm apa2 jua keputusan projek yg dikerjakan.  Kita bukan shj akan menjadi seorg yg penting kpd syarikat, dihargai oleh bos, malah mengeratkan hubungan antara rakan sekerja.

8) Menjaga hubungan baik

Cuba mencapai tahap di mana hubungan kita dgn bos sentiasa baik & kekalkan tahap itu.  Sentiasa konsisten dlm semua perkara lebih lg hubungan kita dgn bos.  Cthnya dgn membuat perubahan sikap kita drpd biasa, pasti akan membuatkan bos kita teruja.

9) Selalu sebut kebaikan bos di hadapan org lain

Jika kita mampu melakukan seumpama ini kita memang mampu menundukkan bos kita yang ego.  Mana tidaknya pujian yg diberikan membuatkan mood bos kita sentiasa berada dlm keadaan yg baik.  Mood yg baik memudahkan bos kita menerima cadangan @ bersetuju dgn kita.

10) Mempunyai hubungan yg baik dgn rakan sekerja

Bila kita mempunyai hubungan yg baik dgn pekerja yg lain.  Sedikit sebanyak memberi kesan penilaian bos terhadap kita.  Dihormati oleh rakan sekerja begitu jg bos kita.  Hasil drpd karisma kita ketika bekerja menyenangkan semua pihak.  Hubungan yg baik sesama rakan sekerja memudahkan semua urusan dlm kehidupan kita.  Ia memudahkan kita utk meminta bantuan apabila menghadapi kesukaran. Malah karier kita akan menjadi lebih cerah pd masa hadapan.

Inti patinya hubungan yang baik dgn bos & rakan sekerja akan menjadikan kita lebih berjaya dlm kerjaya & hidup. Perbagai cara boleh dicuba, ttp JANGAN CUBA MENGAMPU.

SUMBER : MINGGUAN WANITA

p/s : Boleh ke bos dekat dengan kita, bukan semua bos boleh rapat. Tambah2 lagi bos perempuan, tapi kita boleh cuba apa yang termampu untuk kebaikan kita. Tetapi ada juga rakan sekerja kita akan perli kita dibelakang, itulah hakikatnya sebuah kehidupan. Bukan semua org suka akan kita, setiap yg baik itu akan dicerca & yg buruk tu ramai pulak yang ikut.

Hari Culik Doodles

Doodle Muslimah Hitam

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…

Hari ni MS cuti sebab Afif dan PS demam. Semalam bawa Afif pegi ofis tapi hari ni demam belum baik lagi, so duduk rumah jer boleh on line. Kalau bawa hari ni kesian dia dok dalam aircond lagi. Tengah layan blog lyssa tu saja2 jer buka freebies tu. Tengok banyak doodles yang comel2, so MS culik yang mana berkenan ( thankz lyssa dan Apit ).

Antara doodles yang di culik …….

Doodle Muslimah Comel Warna silver Blogger Bola Kedah Blogger Kedah Blogger Malaysia Blogger Perak boy peace pink doodle1 doodle2 Doodle Couple Paling Comel Biru Doodle Lelaki Main Laptop Turqoise Doodle Lelaki Raya Pink Doodle Muslimah Comel Warna Pink

Saya Blogger Muslimah Doodle Muslimah Main Laptop Hijau Doodle Perempuan Main Laptop Merah Doodle Perempuan Raya Pink Doodle Perempuan Skirt Oren doodlecouplelyssablack Freebies Doodle Couple Biru Freebies Doodle Freehair oren girlred header 1 header 2 header 3 header 4 Im Online muslimah doodle & cartoon cute kuning muslimah doodle & cartoon cute oren Pelita Kuning

Thankz bebanyak kepada Apit dan lyssa.

Kalau sesapa nak doodles yang macam2 lagi boleh la klik je pada nama apit dan lyssa tu.

Selesai Sudah….

Apa yang selesainya yer…..

Hari ni Afif cuti, so MS pun amik cuti rehat ( tak rehat jugak ) temankan dia kat rumah. Kesian jugak asyik duduk kat taska jer bila tak school. Kalau ikut perancangan sepatutnya Afif dengan MS pergi Melaka by rombongan school Afif. Tapi bila submit form untuk joint, cikgunya kata dah penuh. Itu yang MS bengang bila kita tak submit form pujuk suruh joint, bila dah submit penuh pulak. Kesian Afif nak naik bas, yelah baru sekali jer merasa naik bas (itu pun semasa balik kampung bulan 6 hari tu). 

Bila dah cuti ni macam-macam la agenda yang nak diselesaikan. Pagi-pagi lagi dah keluar, bawa Afif sekali pergi pejabat lawyer amik dokumen untuk submit ke EPF. Mesti heran kenapa ke pejabat lawyer dan EPF yer. Sebenarnya MS baru jer beli rumah kat taman ni, rumah secondhand je. Disebabkan dah free buat siap-siaplah pengeluaran untuk rumah tu, sebabnya amik masa 3 minggu jugak.

P9160951

Penat jugak pagi-pagi pergi ofis dulu amik dokumen, then pergi pejabat lawyer pulak. Bila check senarai perlu dikemukakan kepada EPF, nak buku bank pulak. MS mana ada akaun yang ada buku, so pergilah ke Maybank untuk buat pengesahan akaun dulu. Then baru pergi ke EPF, nasiblah sekejap jer sebab semua dokumen lawyer dah siapkan. Lepas tu balik pulak ke pejabat lawyer hantar dokumen asal. Tengok jam dah pukul 11.30 pagi kena pergi amik Azim pulak (dia habis kelas pukul 11.45 pagi).

Selalunya tugas menghantar dan mengambil diorang dari school ialah Papa Sharidz. Tapi bila dah cuti ni tugas tersebut diambil alih untuk hari ni jer. Sepatutnya kena bawa Afif pergi hospital hari ni, untuk check telinga dia. Tapi letih pulak, lagipun dia tengah tido. Letih agaknya ikut Ma dia ke sana ke mari, settle urusan rumah tu.

Sekarang MS ada masa untuk BLOGWALKING…..