Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Hari JUMAAT – yey…. rehat lama

 

Hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu MS sebab rehat lama, boleh blogwalking. Selalunya MS ada masa bila hari cuti jer. Hari Jumaat jer MS usung laptop ke ofis sebabnya nak online waktu rehat. MS akan online cuma pada hari Jumaat hingga Ahad jer (itupun kalau tak ke mana).

Bila hari cuti pulak si Azim akan menyendeng nak tengok cartoon online or game online. MS yang buat undang-undang hari cuti jer boleh online. Ni dah start cuti school kenalah MS buka untuk dia, sehari 1 jam jer. Dia dah tuntut Ma cakap hari cuti, ni dah nak school holiday  Ma kena bagi Azim main game yer. So, MS cakap kat dia ‘no book, no laptop’ dia promise nak baca buku hari-hari.

Itulah anak-anak MS kalau nak apa-apa, nak sampai dapat tak kira kalau menangis 2 @ 3 jam pun. Selagi tak dapat apa yang dijanji, sekarang apa-apa janji MS kena ikut dan pastikan yang tak memberi kelekaan pada diorang. Afif pulak asyik tuntut nak pegi funfair @ bawa dia pegi naik bas. Itulah selagi tak dapat hari-hari bertanya bila Ma nak bawa Afif gi naik bas. Yelah dia baru first time naik bas masa balik kampung bulan 6 hari tu. Mula la ingat bila tiba musim cuti school ni, sebab hari cuti school Ma bawa naik bas balik kampung.

Anak-anak sekarang bukan boleh memandai jer cakap “tak pe nanti school cuti Ma bawa Afif gi naik buaian pusing”. Itu yang dia tuntut nak gi funfair pulak. Ini semua gara-gara meragam bila bangun pagi nak ke school. Afif ni baru tahun ni school, tadika 4 tahun. Dari awal tahun sampai le hari last hari ni, ragamnyer macam-macam. Kalau mood dia elok, dia bangun sendiri. Itu pun rasanya tahun ni ada kot 10 kali, lainnya MS kejut perlahan-lahan tak boleh kasar nanti nangis sampai school. Selalunya lepas jer MS siapkan pakai baju  sekolah, lepas tu OK jer bila dah sampai school.

Azim senang sebabnya tahun ni tahun kedua  dia pegi school, dia tak banyak ragam. Kejut jer terus gi mandi dan siap sendiri, lepas tu sarapan (makan roti jer sebab MS tak sempat nak buat sarapan lain). Azim ni dari last year lagi dia memang tak banyak ragam pergi school. Dia tak kisah, cuma bila hari cuti kena bagi dia online. Itu yang MS tak boleh nak halang dia online bila hari cuti, sekali sekala apa salahnye kan……

P6120627

Tiada ulasan:

Catat Ulasan