Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

STRATEGI MENANGI HATI BOS (bukan cara mengampu)

Sering kali kita akan berasa takut utk berhadapan dgn bos yg mempunyai pelbagai ragam.  Lebih2 lg jika majikan yg tlalu menunjukkan sifat dirinya sbg bos.  Suka mberi arahan, ditambah sifat inginkan kesempurnaan.  Mulutnya shj tidak akan bhenti memberikan arahan. 

Dlm masa yg sama kita sentiasa mdengar kritikan atas apa yg anda lakukan sama ada kerja kita itu baik @ tidak.  Sering kali jg kita dilanda tekanan utk bertemu dgnnya, sehinggakan kita pening kepala utk memuaskan hati bos terhadap kerja-kerja yg dimintanya.  Bagaimana caranya utk menghadapi bos seumpama ini? Strateginya adalah dgn mengkaji cara utk  membina hubungan baik dgn bos kita.  Praktikkan perkara di bawah utk kebaikan kita juga.

1)  Tidak bergosip tentang diri bos

Jika ada perkara negatif yang ingin kita cakap berkenaan bos kita, jgn bercakap hal tersebut dengan rakan sekerja.  Dikhuatiri perbualan tersebut akan sampai ke telinga bos kita.  Paling ditakuti jika bos kita menyimpan dendam.  Ia pasti akan menjejaskan kerjaya kita kemudian hari

2) Cari kesukaan bos kita

Setiap org pasti mempunyai minat.  Normal kehidupan jika minat itu dirangsang oleh seseorg dia akan mudah mesra dgn org yg menegurnya.  Jadi apa salahnya kita melihat apa kesukaan bos kita.  Baik dr susut makanan, warna, wangian, susun atur pejabat, apa yg dilakukan di hujung minggu, hobi, minat, tentang keluarganya dan sebagainya lg.  Apabila kita mengetahui serba tentang diri bos, memudahkan kita mendekati & memahami dirinya.

3) Minta nasihat dan pertolongan daripada bos

Apabila kita menghadapi masalah berkaitan dgn kerja & masalah peribadi, minta pendapat atau nasihat drpd bos kita.  Nasihat yg diminta akan menunjukkan bhw kita mempercayainya.  Setelah nasihat yg diutarakan berkesan menyelesaikan masalah.  Beritahu tentang hal tersbt kpd bos kita, pasti dia berasa gembira, malah akan mengeratkan lg perhubungan kita.

4) Jangan melengah-lengahkan kerja

Pastikan kita sentiasa fokus pd kerja & tidak melengah-lengahkan kerja.  Hadkan masa untuk berbual bersama rakan sekerja, makan snek dan melayari internet.  Jika bos mendapat gambaran bhw kita malas bekerja.  Kepercayaannya kpd kita akan berkurang, & dia akan fikir bhw kita tidak berminat utk bekerja.

5) Mengekalkan sikap positif

Sikap positif utk bekerja shj memberi semangat kpd rakan kita, ttp jg kpd bos.  Antaranya kita sentiasa melaporkan perkembangan yg baik thdp kerja yg diberikan.  Elak mengadu masalah yg dihadapi.

6) Bersikap profesional

Jgn jadi pekerja yg selalu bsetuju @ menidakkan perkara yg dibangkitkan oleh rakan @ bos.  Kita bukan shj tidak disukai, malah dianggap pemalas & tidak jujur.  Jadilah pekerja yg profesional yg sentiasa yakin & bijak.  Utk bersetuju @ tidak dgn bos ia mengikut kesesuaian masa.

7) Sentiasa proaktif

Mengambil bahagian dlm apa2 jua keputusan projek yg dikerjakan.  Kita bukan shj akan menjadi seorg yg penting kpd syarikat, dihargai oleh bos, malah mengeratkan hubungan antara rakan sekerja.

8) Menjaga hubungan baik

Cuba mencapai tahap di mana hubungan kita dgn bos sentiasa baik & kekalkan tahap itu.  Sentiasa konsisten dlm semua perkara lebih lg hubungan kita dgn bos.  Cthnya dgn membuat perubahan sikap kita drpd biasa, pasti akan membuatkan bos kita teruja.

9) Selalu sebut kebaikan bos di hadapan org lain

Jika kita mampu melakukan seumpama ini kita memang mampu menundukkan bos kita yang ego.  Mana tidaknya pujian yg diberikan membuatkan mood bos kita sentiasa berada dlm keadaan yg baik.  Mood yg baik memudahkan bos kita menerima cadangan @ bersetuju dgn kita.

10) Mempunyai hubungan yg baik dgn rakan sekerja

Bila kita mempunyai hubungan yg baik dgn pekerja yg lain.  Sedikit sebanyak memberi kesan penilaian bos terhadap kita.  Dihormati oleh rakan sekerja begitu jg bos kita.  Hasil drpd karisma kita ketika bekerja menyenangkan semua pihak.  Hubungan yg baik sesama rakan sekerja memudahkan semua urusan dlm kehidupan kita.  Ia memudahkan kita utk meminta bantuan apabila menghadapi kesukaran. Malah karier kita akan menjadi lebih cerah pd masa hadapan.

Inti patinya hubungan yang baik dgn bos & rakan sekerja akan menjadikan kita lebih berjaya dlm kerjaya & hidup. Perbagai cara boleh dicuba, ttp JANGAN CUBA MENGAMPU.

SUMBER : MINGGUAN WANITA

p/s : Boleh ke bos dekat dengan kita, bukan semua bos boleh rapat. Tambah2 lagi bos perempuan, tapi kita boleh cuba apa yang termampu untuk kebaikan kita. Tetapi ada juga rakan sekerja kita akan perli kita dibelakang, itulah hakikatnya sebuah kehidupan. Bukan semua org suka akan kita, setiap yg baik itu akan dicerca & yg buruk tu ramai pulak yang ikut.

2 ulasan:

ayu jue berkata...

tips bergune..hehe...
http://ayujue.blogspot.com/2011/11/demam-spm.html?zx=e24e836e5e1480b7

kak ina kl berkata...

nasib baik dah tak kerja..dulu memang akak amalkan info camni

Catat Ulasan