Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Modem baru

Dah 2 bulan modem broadband MS rosak....

Tapi tak sempat nak beli baru, lagipun laptop pun lembab sebelum ni.

Hari ni baru sempat bawa pi format kat BIOSYS Solution Sdn Bhd.... tapi siapnya hari Isnin ni.

Dah settle ambil bil terus MS masuk ke bahagian jualan, cari modem baru. Salesman tu bagi jenis ni yang boleh untuk line apa pun.



inilah modem broadband yang MS beli tadi... mahal juga... RM180.00

Sebelum ke Biosys, MS bawa anak-anak pi minum dulu kat Fazari Maju Taman Melur.... kitorg mkn roti canai bersama teh tarik dan milo ais....





Tadi MS dan anak-anak jer, Honey keja....

posted from Bloggeroid

syok-syok ja...

Dah lama tak 'menyapu' kat blog ni, tuan tanah pun sibuk memanjang.... macamanalah orang nak lalu kat blog ni kalau entry pun ntah apa-apa.

MS sekarang ni tgh busy dgn closing account... tunggulah nanti bila lappy MS dah format dan dah OK nanti baru boleh di update.

Now kat rumah mentua sementara tunggu honey balik dari bendang, MS 'menyapu' kat blog ni. sesambil beborak dgn adik ipar, sesambil taip guna bloggeroid jer....

Sebenarnya banyak yang nak dikongsikan disini... tapi bila kat rumah anak-anak berebut nak main game guna handset ni....

Time cuti sekolah ni memang suka betul diorang, main je kejanya. MS nak bawa bercuti tapi tak dapat nak cuti sekarang ni sebab busy dgn kerja.... OKlah dah cukuplah melalut kat sini.... Jumpa lagi next time....

posted from Bloggeroid

MOOD yang hilang....

Entah kenapa pepagi lagi mood nak bercakap dengan ofis mate hilang. MS pun tak tahu kenapa....


may be MS ni ada masalah lain....

may be MS penat....

may be MS ni tak boleh nak buat kerja sekarang sebab network tak OK....

ntahlah kenapa.....
macam-macam ada....

:-X



ini muka orang malas buat kerja....;-)

posted from Bloggeroid

AIM ke 19

Hari ini 17 November 2012, tepat jam 8.30 malam bermulalah Anugerah Industri Muzik yang ke 19. Karpet Glamor diacarakan oleh Awal dan Dahlia.....

Jam 9 malam telah dimulakan oleh persembahan dari lagu Anak Kampung.... then muncul Adibah Noor dan Aznil sebagai pengacara....

Senarai pemenang adalah seperti berikut :

1) lagu nasyid terbaik - Doa ( Nora )
2) lagu pop etnik terbaik - Kuasa Cinta ( Noraniza Idris )
3) lagu hip hop terbaik - Aku Maafkan Kamu ( Jamal Abdillah ft Malique )
4) lagi inggeris tempatan terbaik - Counting Days ( Jaclyn Victor )
5) artis baru terbaik - Mojo
6) persembahan vokal berkumpulan terbaik di dalam lagu - Seperti Dulu ( Forteen )
7) video muzik terbaik - Sparkle ( Yuna )
8) lagu pop terbaik - Patah Seribu ( Shila Amzah )
9) lagu rock terbaik - Idola ( Azlan & The Type Writer)
10) lagu bahasa melayu terbaik yang dipersembahkan oleh artis luar negara - Sudah Cukup Sudah ( Nirwana Band)
11) kulit album terbaik - Take Over ( Mizz Nina )
12) rakaman album terbaik - Hikmah ( Nora )
13) susunan muzik terbaik di dalam lagu - Aubrey Suwito ( Counting Days - Jaclyn Victor )
14) anugerah kembara - Mizz Nina
15) anugerah sri wirama - Kumpulan Alleycat
16) persembahan vokal terbaik di dalam lagu (lelaki) - Bahagia Sementara ( Jamal Abdillah )
17) persembahan vokal terbaik di dalam lagu (wanita) - Counting Days ( Jaclyn Victor )
18) album terbaik - SalamMusik
19) lagu terbaik - Patah Seribu ( Shila Amzah )

itulah pemenang-pemenangnya, best AIM kali ni.....

posted from Bloggeroid

Amalan Di Bulan Zulhijjah

BULAN ZULHIJJAH, khususnya sepuluh hari awalnya merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.


1 hingga 9 Zulhijjah - Sunat Berpuasa

8 Zulhijjah - Hidupkan malamnya dgn banyak beribadat

9 Zulhijjah - Hidupkan malamnya dgn banyak beribadat, disunatkan berpuasa bg org yg tidak mengerjakan haji
- Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
- Solat pd awal waktu..... jadilah ianya amalan harian hendaknya
- Solat sunat qabliyah asar
- Selepas solat asar - baca Surah Yasin 3 kali
- Membaca Laillahaillallah wahdahula.....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) fadilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba
- Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
- Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun.... jadikanlah amalan bulanan/mingguan hendaknya...
- Solat sunat tasbih
- Solat sunat hajat
- Berdoa dgn doa Nabi Adam A.S. iaitu robbana zolamna..... sebanyak 50 kali
mi
10 Zulhijjah - Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - membaca tadbir & melakukan korban

11, 12 dan 13 Zulhijjah (hari-hari Tasyrik) - Hidupkan malamnya dgn banyak beribadah, takbir selepas solat waktu

29 atau 30 Zulhijjah - Selepas solat Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat maghrib membaca doa tahun baru.


posted from Bloggeroid

Hikmah Hijrah

Dengan memberi kemaafan, kita akan dapat:

1) Mencuci hati
2) Menenangkan fikiran
3) Sembuh daripada penyakit
4) Wajah yang menawan dan ceria
5) Doa dimakbulkan
6) Hidayah daripada Allah s.w.t.

santai... sentap....sengal

ntah apa-apa entry ni....

sebenarnya MS on leave today, ingat nak pegi penang rumah kakak sesambil school holiday ni. Tapi lain pulak jadinya, honey pulak tak sihat....

Apa lagi kitorang anak beranak bersantai di rumah jalah.... udahlah cuti 4 hari tapi bersentap kat rumah ja.

hari ni hari kedua kat rumah, ada lagi 2 hari... mau sengal badan ni duduk rumah.  mau M besar nanti bila pergi kerja nanti.

so, dah 2 hari aktiviti anak-anak main games, tengok tv channel cartoon dan mandi mini kolam kat depan rumah. kesian diorang.....



salam MAAL HIJRAH

semoga kejayaan akan lebih mengiringi kita...

HIJRAH minda dan perilaku kearah kebaikan dan kesejahteraan bersama...

Panduan Mengurangkan HUTANG KAD KREDIT

Terdapat beberapa cara utk mTerdapat beberapa cara utk mengurangkan hutang kad kredit dan bergantung kpd jumlah hutang.

1) Akses situasi kewangan iaitu hitung semua pendapatan dan perbelanjaan bulanan dan baki tersebut utk pembayaran @ penggunaan kad kredit.

2) Merancang pengurusan hutang iaitu menyingkirkan hutang yang tidak diperlukan dgn perancangan hutang yg profesional.

3) Melaksanakan perancangan, ianya bukan mudah namun hutang kad kredit perlu dikurangTerdapat beberapa cara utk mTerdapat beberapa cara utk mengurangkan hutang kad kredit dan bergantung kpd jumlah hutang.

1) Akses situasi kewangan iaitu hitung semua pendapatan dan perbelanjaan bulanan dan baki tersebut utk pembayaran @ penggunaan kad kredit.

2) Merancang pengurusan hutang iaitu menyingkirkan hutang yang tidak diperlukan dgn perancangan hutang yg profesional.

3) Melaksanakan perancangan, ianya bukan mudah namun hutang kad kredit perlu dikurangkan. Walaupun mengambil masa untuk menghapuskan hutang tetapi penting untuk meningkatkan tahap kredit. Biar rekod bersih senang nak buat pinjaman pada masa hadapan.

4) Lebihkan Pendapatan, Kurangkan Perbelanjaan - perlu keluarkan perbelanjaan tidak penting misalnya makan di restoran murah (kurang makan di luar), membeli barangan runcit berjenama pasar raya berbanding jenama biasa.

5) Kurangkan Perbelanjaan - perlu mengurangkan perbelanjaan harian terlebih dahulu. Mengurangkan perbelanjaan adalah pilihan tepat, mudah dan pantas keberkesanannya.

6) Pekerjaan kedua - pekerjaan sementara utk menambah pendapatan kerja sepenuh masa.

7) Dapatkan khidmat golongan profesional - sekiranya tidak mampu untuk membayar balik bayaran minimum, pilihan terbaik adalah mendapatkan firma pengurangan hutang yang berupaya meringankan beban dgn menyediakan pembayaran mengikut keadaan semasa anda.

sekadar peringatan untuk diri sendiri.... ada tak sesape yg boleh bagi kerja kedua nak bagi pendapatan lebih ni...

sumber: BH 30 Oktober 2012

MENGIMBANGI ANTARA RUMAHTANGGA & KERJAYA

Assalamualaikum.... ;-)

Pagi sambil buat keja di ofis sesambil belek fb ternampak status Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamzah. Di sini MS kongsikan bersama blogger sekalian dan untuk peringatan MS di kemudian hari. Memang yer bila bekerja kita lupa urusan kita bersama keluarga, boleh kita sama-sama amalkan.

Antara tip untuk bentuk WORK LIFE BALANCE :

1-  Jadi insan yang soleh
2-  Sentiasa berdoa
3-  Sentiasa mesyuarat dgn keluarga
4-  Masukkan aktiviti keluarga dalam diari
5-  Buat senarai prioriti
6-  Belajar menolak kerja yang diluar kemampuan
7-  Urus diri & tugasan
8-  Gunakan teknologi (database) utk urus diri
9-  Terima hakikat kita tidak sempurna & perlukan bantuan
10- Tulis visi & misi hidup, kerjaya & keluarga
11- Tutup TV bila nak bincang
12- Kawal penggunaan internet
13- Cari hobi yang menarik & berfaedah
14- Buat aktiviti keluarga yang seronok di hujung minggu
15- Tidur awal & bangun awal
16- Hapuskan kegiatan yang sia-sia
17- Kurang mengharap & banyak memberi
18- Sentiasa tawakkal kepada Allah SWT


Makna Sebuah Pengorbanan....

Ketika diminta oleh Allah SWT untuk mengorbankan anak lelakinya sebagai tanda ketaatan,
Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah Allah SWT, walaupun dengan hati yang berat. 
Ketaatan Nabi Ibrahim a.s. telah dibalas oleh Allah SWT dengan mengurniakan seekor bebiri sebagai ganti kepada nyawa anaknya Ismail (Nabi Ismail a.s.).

Hari Raya Aidiladha, atau Eid al-Adha, meraikan makna pengorbanan ini.

Umat Islam di seluruh dunia meraikannya bersempena kesediaan Nabi Ibrahim a.s. melaksanakan perintah Allah SWT.


KFC.....

Hari ni honey belanja kitorang makan di KFC, MS order 3 set Chicky Meal & 1 set dinner plate.

Anak-anak MS kalau KFC memang nak toys. Nasiblah ada toys doraemon ganti set creativiti yang dah habis di KFC Teluk Intan.

Yang tak bestnya bila di KFC anak-anak MS mesti amik straw bebanyak untuk diorang main sambung-sambung sape paling panjang. Mau bankrap KFC tu kalau selalu pergi.

Lagi satu perkara terjadi tadi bila MS buka ja tudung coleslaw MS ternampak rambut dalam tu. Terus honey suruh MS bagitau supervisor situ. Tapi MS just bagitau budak kemas meja jer, terus budak tu bawa ke belakang. Then dia datang minta maaf dan tanya nak gantikan dengan 5 kentang putar.
Disebabkan tak nak panjang citer MS setuju jer. Lagipun anak-anak tak makan coleslaw diorang memang gemar kentang putar. Tapi tadi tak delah sempat nak pic gambar coleslaw berambut tu.


jejalan dengan anak-anak

Baru-baru ni semasa cuti hari Malaysia, MS bawa anak-anak hangout kat The Store. Apalagi ke tempat kesukaan diorang di tingkat atas sekali.

MS bagi Afif tukar token RM10, apek token tu macam tak percaya. Dia tak tau RM10, bukan cukup pun nak main semua.


Azim dan Aqif main game bola....
yang kelakarnya Azim pegi shoot gol sendiri. So, adiknya menang.





Afif dan Aqif nak kapal terbang..... pusing-pusing jugalah benda tu


Aqif main helikopter pulak...


Afif main benda ni bsoleh pusing naik turun


Azim layan game monyet...


Afif dan Aqif naik kereta ni pulak...

Selepas tu dia nampak abang mengadap skrin game terus dia pun layan game sama, sampai habis semua token. Aqif jer jalan-jalan tengok orang main.

Kadang-kadang kena juga bagi masa diorang mencuba apa yang diorang nak. Lepas main hendak pulak beli mainan lagi. Ini idea Azim, habis semua nak ditengok. Kenalah ikut dia ronda, mau nak tercabut pinggang. Kalau dengan abah dia, jangan harap la nak ronda.

MS saja jer bagi peluang dia membuat keputusan, tak nak guna kuasa veto. Afif dan Aqif kongsi mainan sebab mahal, Azim nak pilih sendiri. Lastly dia cuma pilih mainan yang macam gasing tu. Itu je yang dia pilih, letih betul jalan dengan dia.

posted from Bloggeroid

EURO FUN PARK

kepada penghuni Teluk Intan yang tak tahu nak habiskan duit di mana dan juga perlukan hiburan, bolehlah berkunjung ke EURO FUN PARK. Lokasinya bersebebelahan Intanova @ Kolej Komuniti Teluk Intan.

Bayaran masuk RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak ( 3 tahun hingga 12 tahun).

Bila hari minggu memang ramai yang datang sini cari hiburan bersama keluarga.

Games di sini bermula antara RM2 hingga RM10. Kalau nak mencabar diri anda, boleh cuba Voltex @ Top Gun. MS belum ada keberanian naik benda ini. Kecut perut tengok orang naik.

Anak-anak MS main yang sesuai untuk diorang jer. MS cuma jadi tukang kuar token untuk diorang.

Budak- budak memang suka, kalau boleh tiap-tiap minggu diorang nak pergi.


inilah suasananya memang meriah


Euro Fun Park ni sama m
acam kat Pesta Pulau Pinang


Honey bawa Azim & Afif naik keta laga


Azim takut naik keta api ulat, laju sikit jer


tempat ni, boleh dapat hadiah tapi MS tak berminat.

posted from Bloggeroid

SELAMAT HARI MERDEKA

Salam merdeka.....

Syukur kita masih boleh menikmatinya hingg kini, sudah 55 tahun kemerdekaan.

Moga memberi keinsafan kepada kita, berfikir secara bijak untuk anak bangsa kita.



posted from Bloggeroid

RAYA 2012

Sebenarnya banyak yang nak dikongsi tetapi semangat raya yang tak seberapa ni, mood nak update pun kureng.

Ini sebab kat ofis sekarang so bolehlah update sikit-sikit. Selalunya time cuti sekolah line ni Azim bolot sorang. So, kat ofis baru boleh terjah apa yang patut.

Hari raya ke-5 ada majlis bertunang my niece kat kampung. So, lama la kitorng kat Kedah. Dari 18hb hingga 24hb, then ke Penang satu malam. Lepas tu baru balik Teluk Intan.

Memang busy lupa nak snap gambar raya sebab tetamu tak putus-putus datang rumah. Mak MS masak laksa, ketupat, rendang ayam dan kuih muih jer. Laksa sampai raya ke 3 sebab mak MS buat kuah sampai 20 kg ikan.

Raya ke 2 baru kakak dari Penang balik, kuar beraya sampai tengah malam.

Esoknya sambung lagi beraya, pergi rumah che ta (rozita che wan) kat taman PKNK, alor star.

Raya ke 4, duduk rumah ja. Dah letih just makan dan berhimpun adik beradik.

Raya ke 5, sibuk my niece bertunang. Masa ni jer sempat snap gambar.....






Raya ke 6, pergi ke Penang pulak sebab kakak MS nak ikut MS ke Teluk Intan. Sampai jer Penang terus ke Open House Mak Cik di Bayan Lepas. Malam pulak pekana nasi kandar di Deen Nasi Kandar di Jelutong. Then jalan-jalan kat Queensbay Mall.






Raya ke 7 bertolak balik ke Teluk Intan. Sebelum sampai Teluk Intan singgah dulu di Zoo Taiping. Pukul 5 ptg baru sampai rumah.


posted from Bloggeroid

personal fb kena hack.....:-[

rasa nak nangis bila account fb kena hack masa MS tengah online.....

geram betul.... ada x cara nak pulihkan semula dan boleh guna semula emel sebelum ini.

help me... help me......

posted from Bloggeroid

SELAMAT HARI RAYA

Kepada semua blogger @ sesiapa yang terjengah blog ni, dikesempatan ini MS ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN, moga keceriaan bersama anda.



posted from Bloggeroid

50 permintaan terhadap suami...... so, jadilah suami seperti disarankan pasti aman bahagia hidup berkeluarga.

1- Pasang niat & berdoa utk menjadi suami terbaik.

2- Bersyukur krn mempunyai pasangan hidup.

3- Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.

4- Setiap hari pulang dgn senyum & bersemangat.

5- Pastikan ada masa untuk berbual dgn isteri setiap hari.

6- Telefon isteri @ hantar SMS sekadar utk menyatakan anda sayang ataupun rindu pd isteri.

7- Hiburkan hati isteri anda dgn bercerita, buat lawak @ gurau1- Pasang niat & berdoa utk menjadi suami terbaik.

2- Bersyukur krn mempunyai pasangan hidup.

3- Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.

4- Setiap hari pulang dgn senyum & bersemangat.

5- Pastikan ada masa untuk berbual dgn isteri setiap hari.

6- Telefon isteri @ hantar SMS sekadar utk menyatakan anda sayang ataupun rindu pd isteri.

7- Hiburkan hati isteri anda dgn bercerita, buat lawak @ gurauan yg mesra.

8- Pastikan anda bergurau senda dgn isteri di dlm kenderaan semasa dlm perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana shj.

9- Amalkan makan bersama setiap hari.

10- Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.

11- Bantu isteri melakukan kerja rumah.

12- Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yg mungkin.

13- Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat & ceria. Ramai suami inginkan isteri yg mengancam, ttp mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil?

14- Didik isteri dgn memberi nasihat & peringatan secara hikmah.

15- Berikan nafkah kpd isteri mengikut keperluan keluarga & kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah krn isteri bekerja.

next entry sambung lagi.... ada lagi 35

posted from Bloggeroid

Citer 8/8/2012

Hari ni terpaksalah MS amik EL, ataa sebab yang tak dapat dielakkan. Kalau ikutkan hati banyak keja yg nak diselesaikan tapi bila fikirkan balik tak pelah hari ni aja.

Bila difikirkan rasa diri MS memang kuat pulak rasanya, bukan kuat fizikal tapi mental.Sesungguh Allah swt bersama dengan MS, memang tawakal dan harap semua dapat diselesaikan tanpa menyusahkan honey.

Tiba-tiba dapat tahu mak MS di Kedah pulak masuk wad di Hospital Jitra. Sudah satu masalah lagi, may be hari Jumaat malam baru boleh balik sana. Harap-harap mak OK dan keadaan mak bertambah baik.

Tak semua masalah orang yang rapat dengan kita boleh tolong settlekan, kadang-kadang lagi bertambah masalah kita.

Memang penat rasanya bila difikirkan kerja yang tak pernah habis dan masalah diri sendiri yang tak selesai-selesai lagi, lepas satu kekadang tambah 2 lagi masalah. Tapi tak pe selagi berakal kita fikir sendiri penyelesaiannya.

posted from Bloggeroid

hari bersantai sedunia... (tajuk over sangat)

Disebabkan hari ni Perak cuti am sebab Nuzul Quran, apa lagi MS dan anak-anak berkampung depan tv jelah.

Nak keluar berjalan.... tak boleh sebab honey keja dan Azim puasa, nanti dia letih pulak. So, berehat ja di rumah sesambil kemas apa yang patut.



inilah keja Azim, Afif dan Aqif
tengok citer kartun, ma diorang pun dah blur sama mcm kartun diorang.

posted from Bloggeroid

Cuti Nuzul Quran

Esok cuti sempena nuzul quran iaitu bersamaan 17 Ramadhan. Sempena bulan yang mulia ni barulah MS ada masa nak bertadarus.

Inipun baru habis satu juzuk, MS bertadaruEsok cuti sempena nuzul quran iaitu bersamaan 17 Ramadhan. Sempena bulan yang mulia ni barulah MS ada masa nak bertadarus.

Inipun baru habis satu juzuk, MS bertadarus ikut Quran ReadPen. Seronok dengar suara qari yang MS pilih tu. Sedap dan tenang bila dengar suara qari Mishary.

Itu yang membuat MS kusyuk membaca Al-Quran ni, tenang dan bahagia rasanya bila dapat habis satu juzuk tu. Tapi satu juzuk pun amik masa berhari-hari jugaklah. Sempat baca waktu malam ja, sementara tunggu nak solat Isyak. Selepas solat Subuh bila hari tak keja.

Harapan MS dapat khatam dalam bulam Ramadhan ni.... MS nak bawa pegi ofislah, boleh baca time rehat daripada membuta ja. Kat Tapah tak de tempat nak window shopping so, bolehlah buat perkara berfaedah.

Selalunya semasa MS kat Teluk Intan mesti window shopping or shopping apa yang patut. Memang time break berjalan ja kejanya. Tak lekat kat ofis, biarpun bulan puasa.

Harap-harap terlaksana hajat tu.... amin.....

posted from Bloggeroid

persiapan raya....

Selamat Berpuasa.....

Hari ini sudah 15 hari kita berpuasa, dah separuh bulan dan tak lama lagi dah nak menjelma Syawal. Mesti dah ada yang dah buat persiapan untuk raya nanti.

MS baru jer shopping baju untuk anak-anak last week. Itupin rasanya tak cukup sebab baju jer yang banyak, seluar baru sehelai. Sekarang ni baju budak-budak pun lagi mahal dari orang dewasa. Harga seluar jeans pun lagi mahal dari orang dewasa.

Anak-anak MS semua lelaki, termasuk juga abah diorang sudahlah 4 lelaki. Memang la tak berfesyen pakaian budak lelaki ni, tetapi bergantung kepada material dan brand pulak.

Last week ke Jusco Station 18, dapatlah belikan untuk anak-anak baju sorang 2 helai dan seluar sorang sehelai. Itupun dah dekat RM400.

Semasa MS kursus di Taman Maluri hari tu sempat belikan diorang baju sorang 2 helai. So, minggu pegi cari seluar kat The Store jelah. Dah tak larat nak layan kerenah diorang bila kat supermarket ni. Lagi-lagi Azim, bila dah puasa macam-macam dia minta.

Bila dah selesai shopping untuk anak-anak barulah Mama & Abah diorang boleh beli baju sendiri. Dahlah tahun ni MS cuma ada baju kurung yang sedondon jer, taylor dah tak nak amik tempahan. So, kenalah cari baju yang dah siap nanti.

Kepada blogger yang menjual baju yang dah siap tu bolehlah tinggalkan link anda pada komen MS ni. Nanti bolehlah MS ushar-ushar dulu, manalah tahu ada yang berkenan. Bolehlah MS order online jer, tak payah nak pegi cari lagi.

posted from Bloggeroid

Appointment / Temujanji

Hari MS cuti bawa Azim pegi hospital untuk check mata. Last week check up mata di sekolah dia, so Dr. keluarkan surat follow up di hospital pulak.

Ingat hari pegi boleh la terus selesai urusannya, rupa-rupanya kena buat appointment dulu. Tak de la jumpa Dr. pun. Kena pegi lagi nanti next month pulak tu tarikhnya.

Sudahlah susah cari parking, sampai pusing satu hospital baru dapat parking. MS ni bukannya biasa untuk urusan biasa di hospital ni. Selalunya ke klinik panel jer.

Sebelum ini pernah masuk wad jer semasa bersalin Azim dan Afif. Semasa Afif la MS duduk lama di wad, 2 bulan lebih jugalah. Memang muak la duduk wad lelama.

Bagi orang yang dah biasa pegi hospital memang penyabar yer lagi-lagi kat pesakit luar, memang ramai orang. Nasib la pegi bulan puasa, memang sabar jer tunggu giliran kita.

posted from Bloggeroid

Tragedi Ramadhan...

Salam Ramadhan,

Sudah seminggu kita puasa, hari ini baru sempat membelek blog ni. Biasalah bila bulan puasa ni, MS kena bangun awal dari biasa, masak untuk bersahur. Lagipun tahun ni, Azim dah berpuasa. Kenalah masaklah jugak sebab bila bersahur ni kitotang nak lauk yang panas-panas walaupun simple.

Nak jadikan citer start jer puasa, rice cooker pulak buat perangai. Udahlah kita balik kerja dah pukul 6, kena pulak masak nasi manual. So, kelam kabut jugaklah masak untuk berbuka. Selalunya MS akan masak jugak 1 @ 2 menu semasa berbuka, walaupun Honey ada beli di pasar ramadhan.

Hari-hari bangun pukul 4.30 pagi, lepas dah tido terus pegi kerja. Bila dah kat ofis bila time rehat jer, apalagi cari surau la sebab nak zzzzzz.

Sampai abang sebelah siap tanya "dah pukul satu eda x tido ke". Kadang-kadang terbabas sampai
pukul 2.30 ptg baru ada kat tempat. Sapa-sapa call nasib la, nanti call balik.

Tapi malam tadi dah beli rice cooker baru, ni baru semangat nak masak banyak menu. Ya ka, ntah-ntah baru-baru ni aja. Bila dah penghujung puasa, tinggal masak nasi ja sebab dah nak pegi shopping raya.

OKlah, dah azan subuh....

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT BERBUKA (petang nanti).

posted from Bloggeroid

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadan kepada semua yang menerjah blog MS ni.

Semoga kalian diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan berganda amalannya.

Di hari terakhir Syaaban, MS di ofis adakan pot luck untuk makan ramai-ramai. Macam-macam menu ada walaupun staf yang ada tak semeriah ofis besar.


nasi goreng sardin oleh kak nab cleaner




sup tulang oleh kak lela


makan sampai malas nak bangun....

ada yang bawa sotong masak halia, ayam masak merah, mee rebus dan kuih muih.


ini pot luck semalam, 2 hari kitorang buat pot luck, jadi tak payah kuar pergi kedai makan.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN YANG MULIA INI.

posted from Bloggeroid

Happy Birthday My Son, Afif. ;-)

Hari Isnin lepas @ 16 Julai genaplah umur Afif 5 tahun. Malam tadi baru sempat bawa dia makan kat luar.

Anak-anak MS kalau birthday diorang selalunya kitorang sekeluarga makan di luar ikut tempat yang diorang pilih.bU Kali ini Afif pilih KFC sebab dia nak toy Spiderman.

MS order 3 set Chicky Meal untuk nak dapatkan 3 toys. Kena sorang satu kalau tak berebut, MS ambik sama jer. Kalau tak boleh dapatkan 3 koleksi yang berlainan. Tetapi memikirkan diorang bergaduh sebab pilih toys tu, baik ambik yang sama jer.

Selalunya Afif yang menang sebab dia kalau tak dapat menangis meleret-leret sampai dapat. Kadang-kadang kesiankan abangnya Azim, selalunya kena beralah. May be, benar makna nama anak tu jugak menunjukkan karakter anak kita. Maksud Afif adalah yang menguasai.


inilah kek pilihan Afif..... Upin & Ipin


abang dan adik pun nak tumpang sekaki....


Aqif dan Azim tengah mengadap ayam goreng....


masing-masing melayan set chicky meal diorang




birthday boy yang tak tahan sejuk....

Semoga anak ma diberikan kesihatan yang baik, rajin belajar, taat pada abah, ma dan Allah swt.

posted from Bloggeroid

112

112 BUKAN 999....

Untuk panggilan KECEMASAN untuk handphone

NOMBOR KECEMASAN : Sila ambil perhatian Nombor Kecemasan untuk talian GSM (012, 013, 016, 017, 019) adalah 112 dan bukan 999. Walaupun tanpa Sim Card kita boleh hubungi 112.

Sekiranya kita di luar kawasan liputan dan dalam situasi kecemasan, dail 112 dan telefon kita akan paparkan talian yang kita boleh guna untuk hubungi nombor kecemasan. Marilah kita kongsi info ini dengan keluarga dan kawan-kawan kita.

posted from Bloggeroid

;-)

Walau SEKUAT mana pun SAYANG kita pada seseorang,

simpanlah sedikit rasa KERAGUAN di dalam hati supaya bila suatu ketika nanti kita DIUJI,

kita tidak akan terus JATUH REBAH tetapi masih ada KEKUATAN untuk bangun semula.....

posted from Bloggeroid

OH My English today

look up = buat rujukan bukan tengok atas.

Assalamualaikum...

Hari ni MS cuti sebab esok nak buat kenduri doa selamat semapena masuk rumah baru dan sambut Ramadhan.

May be mak dan ayah sampai tengahari ni, tak tau nak masak apa lagi ni. Untuk esok just catering jer, susah nak sediakan peralatan nanti.

Ini tengah tunggu kain siap dibasuh sesambil temankan Aqif tengok TV channel Astro TVIQ.

Sesambil juga lipat kain.....

itulah keja kita bila tak ke ofis, macam bibik je rasanya.

posted from Bloggeroid

KEMAHIRAN MENANGANI STRES:

# Kenal pasti tahap tekanan
# Cari punca tekanan
# Koreksi dan muhasabah diri
# Perkemaskan kaedah mengurus emosi
# Kaji semula pegangan hidup
# Seimbangkan kehidupan
# Urus diri dengan sebaik mungkin
# Kuatkan hubungan dengan Allah s.w.t
# Baiki hubungan sesama manusia
# Hiasi peribadi dengan akhlak mulia
# Istiqamah melakukan kegiatan fizikal
# Lakukan amalan pencegahan
# Lakukan aktiviti santai
# Amalkan kaedah rawatan yang berkesan
# Hidupkan suasana ketenangan dan keceriaan
# Luahan masalah pada seseorang yang dipercayai



untuk renungan bersama;-)

posted from Bloggeroid

Pemenangnya.....

Belum habis lagi citer pasal kursus hari tu.....

Macam biasa bila last day akan diadakan majlis pencapaian hadiah. Group MS The Fantastics Arrow adalah juara keseluruhan mengatasi group The Red Warrior, Blue World, The Pink Star dan Green Lantern.

Memang dah agak group kitorang akan jadi juara sebab ada 2 orang kuat iaitu Jerry dan Najmi.


inilah orang kuat group MS


inilah ahli The Fantastic Arrow


kamilah juara.....


inilah hamper yang kitorang dapat


peserta kursus dari segenap negeri


inilah "teacher" kitorang....

Jumpa lagi bila kita dipertemukan lagi....

posted from Bloggeroid

Tamatlah sudah....

Malam Sabtu lepas kursus habis pukul 11.00 malam, terus kitorang chow. Sampai rumah dah 2 pagi, anak-anak dah tido. Sebenarnya banyak citer pasal kursus ni tapi yang paling MS nak kongsi disini time dinner malam last tu.

Disebabkan dah last day kitorang dihidangkan steamboat. Best jugak sesekali layan steamboat ni.....


ada dua rasa - tom yam dan sup


antara bahan-bahannya


meh makan sesame....


MS dah rembat ketam ni dulu


insan-insan yang membelasah steamboat tu


licin sudah.....

posted from Bloggeroid