Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Cuti Tahun Baru Cina

Tahun ni cuti Tahun Baru Cina bersambung weekend, so dapat la balik kampung cuti lama sikit. Honey dgn Azim cuti seminggu, MS dgn Afif dah start keja Afif dahpun kene pegi school ari Rabu. Kalau ikutkan hati nak cuti tapi apakan daya banyak keja yg belum settle.

Lagipun backup MS pun cuti tarikh tu. Takpelah janji dapat blk tengok Mak & Ayah kat kampung. Sebenarnya takde apehal pun tapi bila dah blk macam-macam aktiviti dirancang.

Tak sangka jugak ada satu hari semasa bawa mak dgn ayah pegi kenduri terjumpa pulak kawan lama MS. Sorang kan semasa sekolah rendah dan sorang lagi kawan semasa sekolah menengah..

Sebenarnya ari ni MS buat entry ni guna handphne jer. So, tak dapatlah nak coret pepanjang. Kalau ada typing error tu sorrylah yer. Inipun taip main belasah jer, lenguh taip guna satu jari jer.

Selamat Tinggal Teluk Intan

Kenapa yer, MS tiba-tiba jer buat entry ni. Dah la lama tak muncul, tibab-tiba jer ucap selamat tinggal pulak. K… sebenarnya MS ditukarkan ke pejabat di branch Tapah pula lepas ni. May be sebulan ja lagi MS di Teluk Intan. Sekarang ini dengan redha dan lapang dada je nak ke Tapah. Tetapi kekadang tu tak boleh tido pulak bila fikirkan entah berapa tahun pula MS perlu berulang dari Teluk Intan ke Tapah nanti.

May be 10 tahun or sampai pencen pulak, bila sampai masanya MS memang akan ditukarkan. Ramai yang ingat naik pangkat tapi tak. Ditukarkan ke branch lain sebab dah 10 tahun berkhidmat di Teluk Intan so, kenalah berubah angin sebab kerja tetap sama.

Tengoklah macamana nanti, may be bila MS kat Tapah masa MS untuk update blog lagi banyak kot. Sebab Tapah branchnya kecik dari Teluk Intan. Tawakal jelah nanti, bila fikirkan anak-anak kesian pulak kena tinggalkan diorang dulu sebelum diorang ke sekolah. Selalunya diorang dah ke sekolah baru MS ke tempat kerja.

Ini semua dugaan dan cabaran MS untuk tahun ni, InsyaAllah harap-harap semuanya berjalan lancar dan berubah angin juga akan memberikan sinar baru untuk MS bekerja dengan lebih baik, bagus, cekap dan berkualiti lagi. Walau apa pun terjadi harap-harap Honey tetap memberi sokongan pada MS di masa akan datang. Hari-hari mendatang perlu dilalui walaupun berliku.

Salam bertemu lagi di next entry. Selamat Malam semua.

PRODUK HEBAT & BAIK UNTUK KESIHATAN (GIFFARINE)

Marilah sama-sama kita berkongsi manfaat produk ini, sebenarnya dah lama guna produk ini. Disebabkan blog ini dah ada follower so, MS ingin kongsikan dengan anda produk-produk yang hebat ini.

Collagen Maxx

RM 60.00(30 biji)

MENEGANGKAN KULIT SEHINGGA 10 TAHUN LEBIH MUDA

Marine collagen, Vitamin C, Lycopene & Lysine

Mengandungi collagen daripada ikan yang dapat membantu memperbaharui, mengembalikan dan menguatkan collagen dan elastin; hasilnya kulit akan menjadi lebih tegang dan halus, mengurangkan serta menghilangkan kedutan.

Sesuai untuk wanita berumur 25 ke atas

Hendaklah diambil 1 biji sehari.


Jus Delima (Granada)


Semenanjung RM71.30 

Brunei & Sabah / Sarawak RM91.00

Produk Paling Laris Dalam Giffarine

  • 99.97% ekstrak buah delima dan 0.03% Vitamin C
  • Diminum 30ml setiap hari seeloknya pada waktu pagi
  • Kanak-kanak digalakkan minum 15ml sehari untuk kecergasan dan kecerdasan minda
  • Mesti disimpan di dalam peti sejuk setelah dibuka

    KEISTIMEWAAN DELIMA
    Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
    Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiat yang terdapat dalam buku perubatan Iran purba adalah:
  • Melancarkan dan menstabilkan peredaran/perjalanan darah
  • Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada normal
  • Membersihkan hati dan urethra
  • Memperkuatkan sistem penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga
  • Mencegah ‘morning sickness’
  • Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
  • Mencantikkan dan mencerahkan kulit
  • Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
  • Boleh meghilangkan kahak
  • Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin
  • Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua
  • Mengurangkan ketagih Kafein...

Kajian perubatan moden mendapati delima mempunyai khasiat lain seperti berikut:
  • Mengandungi anti-oksidan yang tinggi
  • Mengurangkan pengumpulan lemak dan kolestrol pada dinding pembuluh darah, mengelakkan salur darah daripada tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung.
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit darah tinggi jika diambil sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payudara.

Lip Treatment


Semenanjung RM27.60

Brunei / Sabah or Sarawak RM30.60


  • Produk penjagaan bibir khusus untuk memulihkan bibir kering dan merekah, merawat masalah bibir hitam dan melembapkan bibir.
  • Boleh digunakan pada bila-bila masa.
  • Bertindak 3 cara:
    • Kesan serta-merta
      • Sapukan pada bibir sebelum memakai lipstik untuk melembapkan bibir.
      • Menjadikan sapuan lipstik lebih halus, licin, bersinar dan tahan lebih lama.
    • Selepas 2-3 hari
      • Menghilangkan bibir kering dan bibir akan menjadi lembap dan bermaya.
    • Selepas 7-10 hari
      • Bibir gelap akibat merokok, penggunaan lipstik atau alahan bahan kimia akan menjadi lebih merah dan sihat.

Testimoni Lip Treatment


Selepas beberapa minggu Bibir Lebih bersinar tanpa lip gloss


Bibir kurang hitam di lingkaran selepas sebulan menggunakan...

Bibir nampak lebih merah selepas beberapa kali sapuan Lip Treatment

Terdapat  pelbagai lagi produk Giffarine ni… Next time MS update lagi.

So, kepada sesiapa yang berminat dengan produk-produk diatas bolehlah emel MS di memoriessharidz@gmail.com atau pm kat http://www.facebook.com/Memories Sharidz @ like jer page FB MS kat sebelah kanan tu.

Harga masih boleh dirunding, MS kasi harga yang belum tentu dapat dari orang lain.

PESTA PULAU PINANG 2011

Sebelumnutup tirai 2011, MS dan anak-anak ke rumah  kakak MS di Teluk Kumbar semasa cuti Krismas  lepas. Dah dapat cuti 3 hari kitorang pun pegilah jalan2 sana. Anak-anak sibuk nak jumpa sepupu diorang si Danish.

Hari Sabtu baru kitorang pegi sana sebab hari tu ada majlis pertunangan anak jiran sebelah so, kitorang bertolak lewat sikit. Sampai Penang pun dah pukul 7.30 petang, ingatkan nak ke Pesta malam itu jugak. Tapi disebabkan masing-masing dah letih kitorang rehat dulu. memang excited betul anak-anak MS dapat jumpa Danish, happy betul diorang.

Esoknya, hari Ahad kakak MS bawa kitorang pegi kenduri rumah sepupu abang ipar dulu. Then bawa anak-anak kitorang pegi mandi-manda di Taman Belia. Memang best, ramai betul orang sampai nak parking pun kena pusing 2 kali.  Sebelum sampai ke Taman Belia tu, MS ajak kakak singgah beli KFC untuk buat bekal nanti. 

Tempat tu memang best ada tempat untuk bersenam dan beriadah. Afif menangis tak nak balik sebab belum puas main air lagi. Kalau ikut diorang memang sampai malam pun tak puas-puas main air. Kalau dekat rumah bila MS pasangkan pool untuk diorang, memang diorang mandi dari pagi sampai petang. Masuk rumah hendak makan jer.

Lepas bermandi-manda di Taman Belia kitorang balik rumah kakak dulu. Bila semua dah ready pukul 9.00 malam baru kitorang keluar untuk ke Pesta pulak. Anak-anak dengar nak ke pesta lagi la excited sebab ini first time MS bawa diorang. Sebelum ini diorang terlalu kecik untuk dibawa tempat sebegini. So, sekarang ni masing-masing sudah pandai cakap dan mendengar cakap bolehlah dibawa. Kalau ikut Honey dia tak setuju MS bawa diorang ke sana, tapi kesian diorang yang nak sangat ke tempat sebegini jadi MS bawa jelah.

Bila sampai kat pesta tu punyalah ramai orang sampai nak tengok gerai-gerai pun tak nampak.  Lastly tak beli apa pun, cuma jalan-jalan jer dan bagi anak-anak main apa yang diorang nak. MS tukar token RM100, habis sekejap jer. Nasiblah tiket masuk murah jer, dewasa RM3 dan kanak-kanak dari umur 7 hingga 12 tahun RM1. Token untuk tiap-tiap game mahal sangat, satu game kebanyakan 3 token iaitu RM6. Sudahlah mahal kena beratur panjang pulak untuk satu-satu games tapi untuk anak-anak sabar jelah. Nasiblah ada kakak kesayangan MS tolong jaga anak-anak MS dari hilang tengah-tengah orang ramai tu.

So, layan jelah gambar-gambar yang sempat di snap di Tapak Pesta Pulau Pinang 2011 tu (guna telefon jer, kamera lupa bawa):

2011-12-25 22.05.02Azim, Aqif, Afif dan Danish tengah lepak-lepak dulu sebelum start ke tempat games.

2011-12-25 22.08.53

Jumpa Silverman dulu, curi-curi tangkap gambar dia.

2011-12-25 22.10.37

Ada Angry Bird jugak, anak-anak MS takut nak bergambar cuma salam jer diorang berani.

2011-12-25 22.19.16

Kucin pun ada, Afif jer berani untuk bergambar dengan Sarah (anak kakak).

2011-12-25 23.19.31

Azim, Afif dan Danish main drag mini car, Azim main sampai 2 kali.

2011-12-25 23.19.59

Aqif dapat tengok jer abang-abang dia main. Tak pe lagi 2 tahun Aqif pulak main yer.

2011-12-25 23.41.52

Sarah main games ini pulak.

2011-12-25 23.42.23

Masing-masing tengah tunggu giliran nak main.

2011-12-26 00.02.42

Masuk mini I-City pulak.

2011-12-26 00.04.27

2011-12-26 00.03.29

Kitorang balik pukul 1.00 pagi memang enjoy betul anak-anak MS. Dapat pulak pistol bubble tu sorang satu.

SELAMAT TAHUN BARU….. WELCOME 2012, GOODBYE 2011

Assalamualaikum dan salam tahun baru,

Berjumpa kembali kita, lama betul MS tak update dan jengok blog ni.  Seperti biasalah MS ni sibuk memanjang dengan kerja dan urusan keluarga.  Sebenarnya banyak yang MS nak kongsikan disini tetapi ada aje halangan dan juga kekangan masa mengejar MS untuk buka atau update blog ni.

Walaupun kurang follower tapi MS rasa puas dapat kongsi cerita-cerita MS disini untuk tatapan blogger sekalian dan juga untuk tatapan anak-anak MS suatu hari nanti.

Dikesempatan ini MS ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada rakan-rakan blogger sekalian. Semoga di tahun 2012 ini kita akan lebih mengecapi kebahagiaan untuk kehidupan kita, kejayaan untuk kerjaya kita, kesihatan yang baik dan bertambah amal ibadat kita.

Azam MS tahun ini semoga di tahun ini MS dapat mempertingkatkan lagi amal ibadat MS dan menjadi anak, isteri serta ibu yang sempurna untuk keluarga MS. Walaupun ada saja halangan yang menganggu perjalanan kerjaya MS, apa yang penting niat MS hanya satu “MS hanya buat semua itu adalah untuk kerjaya MS”.

 

P6250630

SELAMAT TAHUN BARU….