Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

PESTA PULAU PINANG 2011

Sebelumnutup tirai 2011, MS dan anak-anak ke rumah  kakak MS di Teluk Kumbar semasa cuti Krismas  lepas. Dah dapat cuti 3 hari kitorang pun pegilah jalan2 sana. Anak-anak sibuk nak jumpa sepupu diorang si Danish.

Hari Sabtu baru kitorang pegi sana sebab hari tu ada majlis pertunangan anak jiran sebelah so, kitorang bertolak lewat sikit. Sampai Penang pun dah pukul 7.30 petang, ingatkan nak ke Pesta malam itu jugak. Tapi disebabkan masing-masing dah letih kitorang rehat dulu. memang excited betul anak-anak MS dapat jumpa Danish, happy betul diorang.

Esoknya, hari Ahad kakak MS bawa kitorang pegi kenduri rumah sepupu abang ipar dulu. Then bawa anak-anak kitorang pegi mandi-manda di Taman Belia. Memang best, ramai betul orang sampai nak parking pun kena pusing 2 kali.  Sebelum sampai ke Taman Belia tu, MS ajak kakak singgah beli KFC untuk buat bekal nanti. 

Tempat tu memang best ada tempat untuk bersenam dan beriadah. Afif menangis tak nak balik sebab belum puas main air lagi. Kalau ikut diorang memang sampai malam pun tak puas-puas main air. Kalau dekat rumah bila MS pasangkan pool untuk diorang, memang diorang mandi dari pagi sampai petang. Masuk rumah hendak makan jer.

Lepas bermandi-manda di Taman Belia kitorang balik rumah kakak dulu. Bila semua dah ready pukul 9.00 malam baru kitorang keluar untuk ke Pesta pulak. Anak-anak dengar nak ke pesta lagi la excited sebab ini first time MS bawa diorang. Sebelum ini diorang terlalu kecik untuk dibawa tempat sebegini. So, sekarang ni masing-masing sudah pandai cakap dan mendengar cakap bolehlah dibawa. Kalau ikut Honey dia tak setuju MS bawa diorang ke sana, tapi kesian diorang yang nak sangat ke tempat sebegini jadi MS bawa jelah.

Bila sampai kat pesta tu punyalah ramai orang sampai nak tengok gerai-gerai pun tak nampak.  Lastly tak beli apa pun, cuma jalan-jalan jer dan bagi anak-anak main apa yang diorang nak. MS tukar token RM100, habis sekejap jer. Nasiblah tiket masuk murah jer, dewasa RM3 dan kanak-kanak dari umur 7 hingga 12 tahun RM1. Token untuk tiap-tiap game mahal sangat, satu game kebanyakan 3 token iaitu RM6. Sudahlah mahal kena beratur panjang pulak untuk satu-satu games tapi untuk anak-anak sabar jelah. Nasiblah ada kakak kesayangan MS tolong jaga anak-anak MS dari hilang tengah-tengah orang ramai tu.

So, layan jelah gambar-gambar yang sempat di snap di Tapak Pesta Pulau Pinang 2011 tu (guna telefon jer, kamera lupa bawa):

2011-12-25 22.05.02Azim, Aqif, Afif dan Danish tengah lepak-lepak dulu sebelum start ke tempat games.

2011-12-25 22.08.53

Jumpa Silverman dulu, curi-curi tangkap gambar dia.

2011-12-25 22.10.37

Ada Angry Bird jugak, anak-anak MS takut nak bergambar cuma salam jer diorang berani.

2011-12-25 22.19.16

Kucin pun ada, Afif jer berani untuk bergambar dengan Sarah (anak kakak).

2011-12-25 23.19.31

Azim, Afif dan Danish main drag mini car, Azim main sampai 2 kali.

2011-12-25 23.19.59

Aqif dapat tengok jer abang-abang dia main. Tak pe lagi 2 tahun Aqif pulak main yer.

2011-12-25 23.41.52

Sarah main games ini pulak.

2011-12-25 23.42.23

Masing-masing tengah tunggu giliran nak main.

2011-12-26 00.02.42

Masuk mini I-City pulak.

2011-12-26 00.04.27

2011-12-26 00.03.29

Kitorang balik pukul 1.00 pagi memang enjoy betul anak-anak MS. Dapat pulak pistol bubble tu sorang satu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan