Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Selamat Tinggal Teluk Intan

Kenapa yer, MS tiba-tiba jer buat entry ni. Dah la lama tak muncul, tibab-tiba jer ucap selamat tinggal pulak. K… sebenarnya MS ditukarkan ke pejabat di branch Tapah pula lepas ni. May be sebulan ja lagi MS di Teluk Intan. Sekarang ini dengan redha dan lapang dada je nak ke Tapah. Tetapi kekadang tu tak boleh tido pulak bila fikirkan entah berapa tahun pula MS perlu berulang dari Teluk Intan ke Tapah nanti.

May be 10 tahun or sampai pencen pulak, bila sampai masanya MS memang akan ditukarkan. Ramai yang ingat naik pangkat tapi tak. Ditukarkan ke branch lain sebab dah 10 tahun berkhidmat di Teluk Intan so, kenalah berubah angin sebab kerja tetap sama.

Tengoklah macamana nanti, may be bila MS kat Tapah masa MS untuk update blog lagi banyak kot. Sebab Tapah branchnya kecik dari Teluk Intan. Tawakal jelah nanti, bila fikirkan anak-anak kesian pulak kena tinggalkan diorang dulu sebelum diorang ke sekolah. Selalunya diorang dah ke sekolah baru MS ke tempat kerja.

Ini semua dugaan dan cabaran MS untuk tahun ni, InsyaAllah harap-harap semuanya berjalan lancar dan berubah angin juga akan memberikan sinar baru untuk MS bekerja dengan lebih baik, bagus, cekap dan berkualiti lagi. Walau apa pun terjadi harap-harap Honey tetap memberi sokongan pada MS di masa akan datang. Hari-hari mendatang perlu dilalui walaupun berliku.

Salam bertemu lagi di next entry. Selamat Malam semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan