Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

RINDUNYA.....

Assalamualaikum & Salam Blogger....

Lama betul MS tak buat entry baru rasanya dah 2 bulan, terlalu lama kan. MS sebenarnya nak buat entry baru dan blogwalking ke semua blog teman-teman MS tapi apa kan daya masa dan keadaan tak mengizinkan.

Sebenarnya sejak MS dapat Transfer Order (TO) pada 16 Januari lalu, MS terlalu sibuk dengan kerja. MS perlu selesai kerja-kerja MS sebelum tinggalkan kerja tu pada orang lain.

Bila MS dah di tempat baru, banyak yang perlu MS buat. Kerja di tempat baru ni banyak tanggungjawab yang MS perlu laksanakan. Macam-macam berlaku sepanjang 2 bulan ni, setiap hari MS perlu memandu 40 minit baru sampai ofis. Sebelum ini 10 minit jer, itulah cabaran MS bila berulang-alik setiap hari.

Biar apa pun MS cuba yang terbaik bagi setiap pekerjaaan MS. Anak-anak juga perlukan perhatian sejak dah bersekolah ni. Hari-hari lepas solat Asar, MS pastikan Azim siapkan homework dulu. Begitu jugak Afif, yang semakin petah berkata-kata. Ada saja yang dipersoalkannya, kenapa Ma lambat balik? itulah soalan dia, kalau dia dah ada kat rumah sebelum MS sampai.

Sebenarnya banyak yang nak dikongsi tapi MS tak pandai nak coret di sini. Tetapi MS cuba rangkumkan semuanya dan luahkan apa yang perlu. MS memang betul-betul rindu sama ini blog, banyak yang nak ditaip tapi nak mengayat tak pandai.

Sekiranya jodoh tak kemana kita jumpa lagi nanti....