Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

My Birthday yang ke 33

Last week semasa cuti Hari Keputeraan Sultan Perak, MS sekeluarga balik ke Kedah. Anak MS yang sulung tu terpaksa ponteng sekolah ingatkan sehari jer rupanya dua hari sebab hari Sabtu pun sekolah ganti untuk Hari Raya Haji nanti.  Nak buat macamana memang dah plan nak balik minggu tu, lagipun dah lama MS tak balik kampung jenguk mak dan ayah. Last kitorang balik masa cuti Hari Raya Cina hari tu.

Bertolak balik dalam pukul 9.00 pagi, singgah minum dulu kat kedai Radix (nama kak awie bagi) di Taman Desa Bahagia, Jalan Sungai Manik. Lepas jer minum ingat nak terus tak singgah rumah mak mentua MS tetapi Honey pulak tertinggal road tax kereta yang baru sebab road tax last 20 hb lagipun kitorang nak balik dari Kedah 22 hb. So, kenalah Honey transit kitorang di rumah mak dia dulu then Honey balik naik moto jer gi amik road tax tu. Tak berani patah balik sebab orang tua-tua selalu pesan kalau dalam perjalanan kalau ada apa-apa tak elok patah balik.

Kesian Afif pulak masa dia nak bawa ikan laga untuk tinggal dengan mbah dia MS tak bagi ingatkan tak singgah rumah mbah dia, terpaksalah tinggalkan dengan pengasuh adik dia ikan tu, Nak bawa balik Kedah nanti mati pulak ikan tu.

Pukul 11 pagi juga bertolak dari rumah mak mentua MS dan sampai di Kedah dalam pukul 3 petang. Lagipun sepanjang perjalanan hujan lebat juga sampai ke Sungai Petani. Dengan menyinggah di R & R beli jajan, memang lambat sampai.

Besoknya birthday Katiey ( pangkat anak buah la ) then esoknya lagi my birthday pulak, so kitorang putuskan buat sekali jer.  Nak buat Sabtu Katiey kena mengajar hari tu. So kitorang buat hari Jumaat malam Sabtu. Ingat sikit jer, rupanya kebetulan ramai yang balik minggu tu, habis jugaklah laksa dan bihun yang disediakan tu.

Layan je gambar-gambar yang sempat di snap malam tu…….

P4201373  Kek yang di sponsor oleh kitorang sendiri

P4201366

Antara menunya laksa, bihun goreng, nugget, kentang goreng dan air strawberi.

P4201377 

Anak-anak MS yang sibuk nak tiup lilin tu…..

P4201378

Dah macam dia (Azim) yang celebrate birthday

P4201381

P4201382

P4201389

Antara tetamu yang hadir…. Terima kasih semua.

Malam tu MS terharu jugak sebab Honey yang baca doa selamat untuk kitorang. Memang happeninglah macam jumpa masa hari raya pulak. So, tahun ni MS celebrate birthday dengan keluarga di Kedah selalunya kitorang anak beranak jer. Sekali lagi terima kasih pada yang ingat dan mendoakan sejahteraan MS.

TOP COMMENTATOR CONTEST

 

Saya tag kak ina, cik bunny dan niza romli

Meh kita sama-sama komen si hafiez ni….

Syarat-Syarat Penyertaan

1. Like fb fanpage di sidebar blog ini/ follow di twitter. alhafiez.com

2. Copy entry ini tanpa mengubah apa-apa ayat bermula dari banner. Kemudian pergi ke post anda dan paste semua yang telah dicopy tadi kedalam entri itu. Tajuk bagi entri tersebut ialah “Top Commentator Contest” . Tag 3 orang rakan anda dibawah “SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJADI ORANG YANG BERTUAH..^_^” dan biarkan dia tahu.

3. Harus diingat, setiap komen akan ditapis dahulu sebelum di approve. Jadi, pastikan komen anda bernas dan yang paling penting sekali,SPAM adalah DILARANG!

4. Tinggalkan link entri anda di entri ini.

5. Komen di kotak komen facebook ( di atas kotak komen) dan komen di shoutbox adalah tidak dikira!

6. Menjadi pengomen dengn jumlah komen yang tertinggi di blog ini dengan mengikuti semua syarat-syarat penyertaan. Pengomen tertinggi yang tidak mengikuti syarat-syarat penyertaan dianggap tidak menyertai contest ini.

7. Kegagalan berbuat kesemua syarat ini boleh membatalkan kelayakan anda.Dan sekiranya jumlah penyertaan adalah kurang dari 5 orang ,contest ini akan dibatalkan.:)

Hadiah-Hadiah

Pengomen Tertinggi            : Topup  RM 50
Pengomen Kedua tertinggi : Topup  RM 30
Pengomen Ketiga tertinggi : Topup  RM 10

Perhatian!!

Jumlah pengomen tertinggi akan disembunyi buat sementara waktu. Contest ini akan berlangsung dalam tempoh sebulan. Bermula dari 11 April 2012 dan akan berakhir pada 10 May 2012. Keputusan akan diumumkan pada 11 May 2012. Dan untuk pengetahuan semua,contest ini tidak akan berakhir sampai disitu sahaja. Selepas tamatnya contest ini  alhafiez.com akan memberikan topup sebanyak RM 10 untuk DUA pengomen tertinggi SETIAP BULAN. Mudah sahaja kan.

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJADI ORANG YANG BERTUAH..^_^

RESEPI KEK BISKUT MARIE

 

2012-03-25 19.20.14

Di sini MS ingin berkongsi resepi kek biskut marie versi ciplak resepi kakak MS dan diolah sikit oleh MS. MS olah sikit sebab bahan yang kakak MS guna tu susah nak cari. Kek ini jelah yang MS selalu buat pun sebab tak payah bakar.

Bahan-bahannya

600 gram @ 1 kati BISKUT MARIE

250 gram @ seketul kecil BUTTERCUP

10 biji TELUR

1 gelas @ mug GULA

2 sudu besar MILO @ SERBUK COKLAT

1 sudu kecil COKLAT EMULCO (keluaran NONA)

 

Caranya mudah jer

1. Patah-patahkan biskut marie kepada 4 dan ketepikan dulu.

2. Pecahkan telur dalam periuk yang nak diletakkan atas api nanti.

3. Masukkan gula dan kacau.

4. Tambahkan milo dan coklat emulco.

5. Kacau semua bahan yang telah dimasukkan hingga rata.

6. Akhir sekali masukkan buttercup dan letakkan atas dapur.

7. Kacau dengan api perlahan hingga berketul-ketul.

8. Bila dah berketul-ketul tutup api dan masukkan biskut marie yang telah dipatahkan tadi serta kacau hingga rata semuanya.

9. Masukkan dalam Loyang dan tekan supaya rata.

10. Kemudian masuk dalam peti sejuk.

11. Bila dah sejuk potong ikut selera anda.

 

2012-03-25 19.20.28 INILAH KEK KEGEMARAN ANAK-ANAK MS

 

SELAMAT MENCUBA…………….

RONDA-RONDA @ BLOGWALKING.....

Disebabkan dah lama tak blogwalking, so, malam ni MS nak blogwalking sebanyak yang boleh. Antaranya yang MS dah ronda :

1) blog lyssa - http://www.lyssasecret.com
2) blog abang Ben kita - http://www.benashaari.com
3) blog cik bulat - http://www.cikbulat.com
4) blog nisa - http://www.nisakay.com
5) blog ni jumpa kat blogwalking widget -
http://thetimelines2u.blogspot.com
6) last sekali blog kak ina - http://www.kakinakl.com

OK ini jer yang sempat MS terjah sebab mata dah mengantuk. Esok kalu sempat MS terjah blog lain pulak.