Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

My Birthday yang ke 33

Last week semasa cuti Hari Keputeraan Sultan Perak, MS sekeluarga balik ke Kedah. Anak MS yang sulung tu terpaksa ponteng sekolah ingatkan sehari jer rupanya dua hari sebab hari Sabtu pun sekolah ganti untuk Hari Raya Haji nanti.  Nak buat macamana memang dah plan nak balik minggu tu, lagipun dah lama MS tak balik kampung jenguk mak dan ayah. Last kitorang balik masa cuti Hari Raya Cina hari tu.

Bertolak balik dalam pukul 9.00 pagi, singgah minum dulu kat kedai Radix (nama kak awie bagi) di Taman Desa Bahagia, Jalan Sungai Manik. Lepas jer minum ingat nak terus tak singgah rumah mak mentua MS tetapi Honey pulak tertinggal road tax kereta yang baru sebab road tax last 20 hb lagipun kitorang nak balik dari Kedah 22 hb. So, kenalah Honey transit kitorang di rumah mak dia dulu then Honey balik naik moto jer gi amik road tax tu. Tak berani patah balik sebab orang tua-tua selalu pesan kalau dalam perjalanan kalau ada apa-apa tak elok patah balik.

Kesian Afif pulak masa dia nak bawa ikan laga untuk tinggal dengan mbah dia MS tak bagi ingatkan tak singgah rumah mbah dia, terpaksalah tinggalkan dengan pengasuh adik dia ikan tu, Nak bawa balik Kedah nanti mati pulak ikan tu.

Pukul 11 pagi juga bertolak dari rumah mak mentua MS dan sampai di Kedah dalam pukul 3 petang. Lagipun sepanjang perjalanan hujan lebat juga sampai ke Sungai Petani. Dengan menyinggah di R & R beli jajan, memang lambat sampai.

Besoknya birthday Katiey ( pangkat anak buah la ) then esoknya lagi my birthday pulak, so kitorang putuskan buat sekali jer.  Nak buat Sabtu Katiey kena mengajar hari tu. So kitorang buat hari Jumaat malam Sabtu. Ingat sikit jer, rupanya kebetulan ramai yang balik minggu tu, habis jugaklah laksa dan bihun yang disediakan tu.

Layan je gambar-gambar yang sempat di snap malam tu…….

P4201373  Kek yang di sponsor oleh kitorang sendiri

P4201366

Antara menunya laksa, bihun goreng, nugget, kentang goreng dan air strawberi.

P4201377 

Anak-anak MS yang sibuk nak tiup lilin tu…..

P4201378

Dah macam dia (Azim) yang celebrate birthday

P4201381

P4201382

P4201389

Antara tetamu yang hadir…. Terima kasih semua.

Malam tu MS terharu jugak sebab Honey yang baca doa selamat untuk kitorang. Memang happeninglah macam jumpa masa hari raya pulak. So, tahun ni MS celebrate birthday dengan keluarga di Kedah selalunya kitorang anak beranak jer. Sekali lagi terima kasih pada yang ingat dan mendoakan sejahteraan MS.

1 ulasan:

man berkata...

semua keluarga kumpul ke..hehehe

Catat Ulasan