Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

RESEPI KEK BISKUT MARIE

 

2012-03-25 19.20.14

Di sini MS ingin berkongsi resepi kek biskut marie versi ciplak resepi kakak MS dan diolah sikit oleh MS. MS olah sikit sebab bahan yang kakak MS guna tu susah nak cari. Kek ini jelah yang MS selalu buat pun sebab tak payah bakar.

Bahan-bahannya

600 gram @ 1 kati BISKUT MARIE

250 gram @ seketul kecil BUTTERCUP

10 biji TELUR

1 gelas @ mug GULA

2 sudu besar MILO @ SERBUK COKLAT

1 sudu kecil COKLAT EMULCO (keluaran NONA)

 

Caranya mudah jer

1. Patah-patahkan biskut marie kepada 4 dan ketepikan dulu.

2. Pecahkan telur dalam periuk yang nak diletakkan atas api nanti.

3. Masukkan gula dan kacau.

4. Tambahkan milo dan coklat emulco.

5. Kacau semua bahan yang telah dimasukkan hingga rata.

6. Akhir sekali masukkan buttercup dan letakkan atas dapur.

7. Kacau dengan api perlahan hingga berketul-ketul.

8. Bila dah berketul-ketul tutup api dan masukkan biskut marie yang telah dipatahkan tadi serta kacau hingga rata semuanya.

9. Masukkan dalam Loyang dan tekan supaya rata.

10. Kemudian masuk dalam peti sejuk.

11. Bila dah sejuk potong ikut selera anda.

 

2012-03-25 19.20.28 INILAH KEK KEGEMARAN ANAK-ANAK MS

 

SELAMAT MENCUBA…………….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan