Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Exclusive Giveaway By Cik Bunny

 

image

KLIK SINI kalau nak join, ada syarat-syaratnya. Mudah jer, MS try kot-kot sangkut satu hadiah. Thankz Cik Bunny & sponsorship………….

Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA Shop, Butikpinkku, Bunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique)

"Segmen: Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Ain!!!".

 

image

Meh join bloglist Ain, MS pun join sebab tau blog MS ni tak awesome macam orang lain. Cuma sebagai diari atau kenangan untuk di simpan untuk tatapan anak-anak MS nanti. Ini pun sedaya upaya nak juga update blog ni supaya tak berkulat nanti.

Jom ramai-ramai join BLOGLIST AIN.

Thankz Ain sebab sudi buat bloglist ni, bolehlah MS tumpang blogwalking sekali yer.

JOM HEBOH 2012 ( Ipoh )

 

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger,

Kalau ikut tajuk entry ni dah basi, yelah Jom Heboh tu last week.  Tapi hari ni baru sempat nak buat entry pasal MS bawa anak-anak pergi jalan-jalan sana.  Disebabkan anak-anak dah beberapa minggu tak dapat menonton TV, MS ajak Honey pergi ke Jom Heboh hari Ahad lepas.  Sebenarnya Ma diorang pun bosan duduk rumah, tak de TV.

Bila tak de TV, laptop inilah dihadapnya diorang. Kejap tengok DVD, main game dan ber’internet’. So, MS tak berkesempatan nak online atau update blog. Just curi-curi tengok kat Galaxy Ace jer, itu pun kat ofis. Bila dah kat rumah jadi hak milik diorang. Ini pun Afif dan Aqif tido, sebab letih mandi kolam depan rumah. Azim ni tengah layan game Angry Bird kat Galaxy Ace tu.

Berbalik pada Jom Heboh kat Ipoh tu, memang ramai manusia. MS sampai dalam pukul 11 pagi, jenuh juga Honey cari parking. Sempatlah kita orang round dulu, sebab Honey drop kitorang dulu.

Tengah jalan-jalan sebelum Honey call nak jumpa dimana, Azim dah nampak kiosk Boboiboy. Apa lagi laju jelah diorang tuju ke kiosk tu, dalam hati MS habislah kalau diorang nak baju Boboiboy tu sorang satu. Nasib baik dia cuma nak note pad Boboiboy jer, Afif dia follow je apa abang nak. Aqif tak kisah, dia belum pandai tulis lagi. Azim ni memang pantang jumpa note pad, dia suka melukis. Sebelum jumpa Abah kita snap gambar dengan Boboiboy dulu……

P4291421“Cepat Ma panas ni…… “

P4291422 Sebelum ke kiosk Boboiboy ni sebenarnya dah dapat mainan sorang satu

sebab tu tak lepas pegang plastik tu.

 

Lepas je snap gambar dengan Boboiboy, bergerak pula ke kaunter Remaja kebetulan ada 2 orang peserta Mentor 6. Kalau tak salah KJ dan Zatul rasanya, kalau tak salah MS sebab dah 4 minggu tak tengok TV.

Azim nampak pulak Planetarium, nak masuk kena bayar RM3 tapi dah penuh pulak masa tu. MS cakap dia, kita cari Abah dulu, nanti kita masuk sekali. Lastly dah letih jalan-jalan 4 beranak barulah jumpa Honey kat dengan kiosk Maybank. Lepas tu gerak lagi ke kawasan Melodi tengah ‘on air’.  Nak nampak muka pengacara pun tak dapat, tapi dari segi suara rasanya Wahid yang ada masa tu.

Anak-anak pun dah dahaga kitorang pergi balik ke kawasan yang ada deretan kiosk, sebelum tu snap gambar kat Jom Heboh ni dulu…..

P4291423

Ramai juga orang snap gambar disini, ingat nak load terus ke fb tapi bateri handset pula dah weak. Berhenti pula kat booth Power Root, beli Oligo untuk diorang cuma RM1 satu tin. Honey beli Extra Power Root untuk dia dan Pearl untuk MS, setiap satunya cuma RM2. Murah betul, nak beli banyak berat juga nak pegang. Tengah tunggu anak-anak berehat sambil minum Oligo, MS lari kejap ke booth Jacker. Beli satu beg barangan Jacker just RM10, begnya pun cantik dan besar.

Bila dah habis diorang minum, kitorang gerak lagi ke kiosk-kiosk yang ada. Jumpa booth Julie’s pulak, sambar lagi satu beg Julie’s tu cuma RM10. Kebetulan sebelah tu, ada booth Mister Potato tapi MS tak beli sebab dah ada satu beg keropok. Tapi diorang ada budak-budak hip hop tengah buat pertunjukkan, apa lagi melekatlah anak-anak MS kat situ.

P4291425 muka letih ni……

Jumpa pulak kiosk PDRM, sempat juga melaram dengan motor polis.

P4291427

Afif dengan motor polis.

P4291428

Giliran Azim pula duduk atas motor baru polis.

Kali ni Azim dah ternampak lagi Planetarium tu, tapi dah tutup pula sebab diorang rehat. MS pegi booth Berita Harian beli Metro Ahad dan percuma pen dan New Strait Time. Then, Honey ajak pegi Ipoh Parade pula sebab dah panas sangat duduk kat Jom Heboh ni. Cari tempat yang ber’air-cond’ nak sejukkan badan dulu, then makan dan bertolak balik ke Teluk Intan.