Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Presentations Day

Hari ni dah 4 hari kami berkampung di Hotel Maluri, Cheras ni.

Hari ni semua peserta kena indiviual presentation, MS present pasal Teluk Intan ja. Sekarang baru senang hati nak tengok blog sebab sebelum ni sibuk prapare untuk presention. Tadi before lunch turn MS settle, lega macam baru habis final exam rasanya.









*** Hari ni Azim ada sukan kat sekolah dia, tak dapat nak tengok dia joint sukan dan bagi semangat kat dia....

posted from Bloggeroid

Hari pertama.....

Biasalah apa-apa program pun mesti kena perkenal diri dulu. Untuk lesson 1, dibahagikan group. Ada 5 group, MS ditempat di group oren. I like orange colour.




posted from Bloggeroid

KURSUS.......

Hari ni bermulalah jadual MS attend kursus di Hotel Maluri KL. Nasib la dapat tukar bilik, biasalah kita bila attend kursus nak sebilik dengan orang yang kita kenal ja.

Ini pun member sebelah dah belayar, kita ja terkial-kial nak update entry baru. Inipun guna handset ja, belum dpt ipad lagi. Bila guna ipad risau tak boleh control dek Azim dengan Afif pulak.

Handset ini pun, bila sampai rumah ja dah selongkar handbeg kita. Diorang nak game jer, tapi Azim suka layan ultraman kat youtube. Tak bagi dia usaha sampai dapat. Bila dah dapat diorang tak ingat sekeliling dah.

Nasiblah laptop dah meragam, malas MS nak betulkan. Budak-budak sekarang bukannya kita ajar pun camna nak guna handset @ laptop. Diorang tengok ja kita buat, nanti kita leka tahu ja diorang mengerjakan pula.

Bila dah jauh dari diorang teringat pulak gelagat diorang sebelum tido. Dah takde nak marah-marah diorang.

Berbalik pasal kursus, malam ni baru sesi perkenalan dan intro. Esok siap dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. Harap-harap esok berjalan lancar dan best. Selamat Pagi......

posted from Bloggeroid

D'AMAN PARK

Selalunya kalau balik ke kampung mesti MS se'family' pergi ke tempat ni.


Memang happening dan sesuai dengan anak-anak MS yang memang suka bermain ni. Tempatnya luas, tenang, nyaman dan memang ramai orang beriadah di sini.


Selalunya kitorang naik buggy keliling tasik dan main layang-layang dengan anak-anak. Bayaran untuk satu buggy biasa RM12.00. So, layannnnnn.....










Tak dapat update long story sebab sekarang guna handset jer, lagipun duty kaunter hari ni.

posted from Bloggeroid

mukjizat azan

Pesanan semasa mendengar azan....

Sebagai orang beragama islam kita wajib menghormati menghormati azan. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah " Lailahaillallah.. " yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga utk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kpd Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. " Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dgn kematian yg baik lg mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin... amin... amin Yarobbal a'amin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kpd SAIDINA ALI R.A. :

Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yg haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yg halal krn takut jatuh dlm keharaman

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kpd Allah S.W.T.

posted from Bloggeroid

TIP menghias penampilan rumah

1- Letakkan cermin pd dinding sebelah gambar kegemaran krn imej akan dipantul dan menambah nilai pd ruang.

2- Gantungkan cermin sebelah tingkap di bilik yg gelap krn ia akan memantul cahaya pd cermin serta memberi efek cahaya semula jadi.

3- Menghasilkan ilusi kedalaman dlm bilik, cat sebelah dinding dlm warna gelap dan warna kontra pd dinding satu lg. Gantung cermin berhias pd dinding bercat gelap utk lihat ilusi kedalaman bilik.

4- Ruang masuk yg selesa dgn menggantungkan cermin berbingkai flora pd bahagian atas. Ia akan membantu menghasilkan efek cahaya pd pintu masuk.

5- Luaskan ruang mkn yg sempit dgn menggantung cermin berbingkai sarat pd dinding. Ia akan membantu ruang tersebut kelihatan lebih besar dan terang.

6- Gantungkan cermin berbingkai cantik berhadapan lampu berdiri pd mana-mana sudut krn ia mampu memberikan efek tersendiri.

7- Cermin kecil berbagai saiz dan bentuk boleh digantung sebagai penghias dinding.

8- Aturkan beberapa cermin di belakang tempat letak buku utk efek kedalaman.

9- Di dapur, gantung cermin pd bahagian atas rak menyediakan makanan. Selain efek pencahayaan tambahan, ia jg akan membantu kita mengawasi bilik dapur dengan mudah.

10- Letakkan cermin yg direka khas di atas perabot yg kurang menarik. Cermin rekaan khas akan berupaya mengubah pandangan perabot tersebut.

posted from Bloggeroid

keadaan rumah teman


Ini bahagian dapur.



Ini di bilik belakang.



Keadaan dalam bilik tengah.

Kenapa yer, MS pun dah pening bila nak kemas balik. Sampai nak cari baju pun susah. Memang la kat kotak dah label tapi jenuh (kata org Kedah) @ puas mencari.

Itu gambar semalam, ari ni dah 50% MS dah kemas. MS kemas,dapur & baju dulu.

Sebab apa yer tetiba ja barang-barang rumah MS macam kena tsunami. Cuba teka.....

Next entry yer sebab MS dah letih nak taip long story malam ni. Ini pun guna phone jer.

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

Keadaan rumah teman....


Belum sempat kemas lagi.



Ini kain baju jer.

Sebab apa yer sampai jadi camtu... Cuba teka......

Letih juga mencari baju bila nak pakai. Gambar di atas tu keadaan semalam, tadi MS dah kemas baju-baju tu.

Next entry load keadaan selepas pulak yer.... Dah letih kemas nak tido dulu, esok dah kena keje.

posted from Bloggeroid

first entry guna bloggeroid

Dah banyak kali MS dok mencari macamana nak update blog guna android ni. Jenuh juga mencari, tanya encik google jumpa pun wordpress.

Try juga buat entry, bila publish tak de dalam blog MS. Lepas tu baru terfikir itu wordpress, blog MS ni blogspot. Memang la tak boleh, alamatnya lain. Jitra dgn Teluk Intan mana boleh sebab dok negeri lain-lain.

Tanya lagi encik google jumpa dlm blog en ben kita, ada detail pasal ni. Nak tag link tak reti pulak macamana nak buat yer bila guna phone ni.

MS guna galaxy ace jer, nak guna laptop tak sempat. Azim yang dulu dok ngadap laptop tu, nak beli tab @ ipad pun dia juga yang pakai.

So, biarlah ma dia guna phone jer. Kalau ada typing error tu, sorry yer sebab keypad ni kecik sangat.

posted from Bloggeroid