Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

KURSUS.......

Hari ni bermulalah jadual MS attend kursus di Hotel Maluri KL. Nasib la dapat tukar bilik, biasalah kita bila attend kursus nak sebilik dengan orang yang kita kenal ja.

Ini pun member sebelah dah belayar, kita ja terkial-kial nak update entry baru. Inipun guna handset ja, belum dpt ipad lagi. Bila guna ipad risau tak boleh control dek Azim dengan Afif pulak.

Handset ini pun, bila sampai rumah ja dah selongkar handbeg kita. Diorang nak game jer, tapi Azim suka layan ultraman kat youtube. Tak bagi dia usaha sampai dapat. Bila dah dapat diorang tak ingat sekeliling dah.

Nasiblah laptop dah meragam, malas MS nak betulkan. Budak-budak sekarang bukannya kita ajar pun camna nak guna handset @ laptop. Diorang tengok ja kita buat, nanti kita leka tahu ja diorang mengerjakan pula.

Bila dah jauh dari diorang teringat pulak gelagat diorang sebelum tido. Dah takde nak marah-marah diorang.

Berbalik pasal kursus, malam ni baru sesi perkenalan dan intro. Esok siap dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. Harap-harap esok berjalan lancar dan best. Selamat Pagi......

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan