Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

mukjizat azan

Pesanan semasa mendengar azan....

Sebagai orang beragama islam kita wajib menghormati menghormati azan. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah " Lailahaillallah.. " yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga utk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kpd Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. " Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dgn kematian yg baik lg mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin... amin... amin Yarobbal a'amin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kpd SAIDINA ALI R.A. :

Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yg haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yg halal krn takut jatuh dlm keharaman

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kpd Allah S.W.T.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan