Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

TIP menghias penampilan rumah

1- Letakkan cermin pd dinding sebelah gambar kegemaran krn imej akan dipantul dan menambah nilai pd ruang.

2- Gantungkan cermin sebelah tingkap di bilik yg gelap krn ia akan memantul cahaya pd cermin serta memberi efek cahaya semula jadi.

3- Menghasilkan ilusi kedalaman dlm bilik, cat sebelah dinding dlm warna gelap dan warna kontra pd dinding satu lg. Gantung cermin berhias pd dinding bercat gelap utk lihat ilusi kedalaman bilik.

4- Ruang masuk yg selesa dgn menggantungkan cermin berbingkai flora pd bahagian atas. Ia akan membantu menghasilkan efek cahaya pd pintu masuk.

5- Luaskan ruang mkn yg sempit dgn menggantung cermin berbingkai sarat pd dinding. Ia akan membantu ruang tersebut kelihatan lebih besar dan terang.

6- Gantungkan cermin berbingkai cantik berhadapan lampu berdiri pd mana-mana sudut krn ia mampu memberikan efek tersendiri.

7- Cermin kecil berbagai saiz dan bentuk boleh digantung sebagai penghias dinding.

8- Aturkan beberapa cermin di belakang tempat letak buku utk efek kedalaman.

9- Di dapur, gantung cermin pd bahagian atas rak menyediakan makanan. Selain efek pencahayaan tambahan, ia jg akan membantu kita mengawasi bilik dapur dengan mudah.

10- Letakkan cermin yg direka khas di atas perabot yg kurang menarik. Cermin rekaan khas akan berupaya mengubah pandangan perabot tersebut.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan