Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Appointment / Temujanji

Hari MS cuti bawa Azim pegi hospital untuk check mata. Last week check up mata di sekolah dia, so Dr. keluarkan surat follow up di hospital pulak.

Ingat hari pegi boleh la terus selesai urusannya, rupa-rupanya kena buat appointment dulu. Tak de la jumpa Dr. pun. Kena pegi lagi nanti next month pulak tu tarikhnya.

Sudahlah susah cari parking, sampai pusing satu hospital baru dapat parking. MS ni bukannya biasa untuk urusan biasa di hospital ni. Selalunya ke klinik panel jer.

Sebelum ini pernah masuk wad jer semasa bersalin Azim dan Afif. Semasa Afif la MS duduk lama di wad, 2 bulan lebih jugalah. Memang muak la duduk wad lelama.

Bagi orang yang dah biasa pegi hospital memang penyabar yer lagi-lagi kat pesakit luar, memang ramai orang. Nasib la pegi bulan puasa, memang sabar jer tunggu giliran kita.

posted from Bloggeroid

Tragedi Ramadhan...

Salam Ramadhan,

Sudah seminggu kita puasa, hari ini baru sempat membelek blog ni. Biasalah bila bulan puasa ni, MS kena bangun awal dari biasa, masak untuk bersahur. Lagipun tahun ni, Azim dah berpuasa. Kenalah masaklah jugak sebab bila bersahur ni kitotang nak lauk yang panas-panas walaupun simple.

Nak jadikan citer start jer puasa, rice cooker pulak buat perangai. Udahlah kita balik kerja dah pukul 6, kena pulak masak nasi manual. So, kelam kabut jugaklah masak untuk berbuka. Selalunya MS akan masak jugak 1 @ 2 menu semasa berbuka, walaupun Honey ada beli di pasar ramadhan.

Hari-hari bangun pukul 4.30 pagi, lepas dah tido terus pegi kerja. Bila dah kat ofis bila time rehat jer, apalagi cari surau la sebab nak zzzzzz.

Sampai abang sebelah siap tanya "dah pukul satu eda x tido ke". Kadang-kadang terbabas sampai
pukul 2.30 ptg baru ada kat tempat. Sapa-sapa call nasib la, nanti call balik.

Tapi malam tadi dah beli rice cooker baru, ni baru semangat nak masak banyak menu. Ya ka, ntah-ntah baru-baru ni aja. Bila dah penghujung puasa, tinggal masak nasi ja sebab dah nak pegi shopping raya.

OKlah, dah azan subuh....

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT BERBUKA (petang nanti).

posted from Bloggeroid

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadan kepada semua yang menerjah blog MS ni.

Semoga kalian diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan berganda amalannya.

Di hari terakhir Syaaban, MS di ofis adakan pot luck untuk makan ramai-ramai. Macam-macam menu ada walaupun staf yang ada tak semeriah ofis besar.


nasi goreng sardin oleh kak nab cleaner




sup tulang oleh kak lela


makan sampai malas nak bangun....

ada yang bawa sotong masak halia, ayam masak merah, mee rebus dan kuih muih.


ini pot luck semalam, 2 hari kitorang buat pot luck, jadi tak payah kuar pergi kedai makan.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN YANG MULIA INI.

posted from Bloggeroid

Happy Birthday My Son, Afif. ;-)

Hari Isnin lepas @ 16 Julai genaplah umur Afif 5 tahun. Malam tadi baru sempat bawa dia makan kat luar.

Anak-anak MS kalau birthday diorang selalunya kitorang sekeluarga makan di luar ikut tempat yang diorang pilih.bU Kali ini Afif pilih KFC sebab dia nak toy Spiderman.

MS order 3 set Chicky Meal untuk nak dapatkan 3 toys. Kena sorang satu kalau tak berebut, MS ambik sama jer. Kalau tak boleh dapatkan 3 koleksi yang berlainan. Tetapi memikirkan diorang bergaduh sebab pilih toys tu, baik ambik yang sama jer.

Selalunya Afif yang menang sebab dia kalau tak dapat menangis meleret-leret sampai dapat. Kadang-kadang kesiankan abangnya Azim, selalunya kena beralah. May be, benar makna nama anak tu jugak menunjukkan karakter anak kita. Maksud Afif adalah yang menguasai.


inilah kek pilihan Afif..... Upin & Ipin


abang dan adik pun nak tumpang sekaki....


Aqif dan Azim tengah mengadap ayam goreng....


masing-masing melayan set chicky meal diorang




birthday boy yang tak tahan sejuk....

Semoga anak ma diberikan kesihatan yang baik, rajin belajar, taat pada abah, ma dan Allah swt.

posted from Bloggeroid

112

112 BUKAN 999....

Untuk panggilan KECEMASAN untuk handphone

NOMBOR KECEMASAN : Sila ambil perhatian Nombor Kecemasan untuk talian GSM (012, 013, 016, 017, 019) adalah 112 dan bukan 999. Walaupun tanpa Sim Card kita boleh hubungi 112.

Sekiranya kita di luar kawasan liputan dan dalam situasi kecemasan, dail 112 dan telefon kita akan paparkan talian yang kita boleh guna untuk hubungi nombor kecemasan. Marilah kita kongsi info ini dengan keluarga dan kawan-kawan kita.

posted from Bloggeroid

;-)

Walau SEKUAT mana pun SAYANG kita pada seseorang,

simpanlah sedikit rasa KERAGUAN di dalam hati supaya bila suatu ketika nanti kita DIUJI,

kita tidak akan terus JATUH REBAH tetapi masih ada KEKUATAN untuk bangun semula.....

posted from Bloggeroid

OH My English today

look up = buat rujukan bukan tengok atas.

Assalamualaikum...

Hari ni MS cuti sebab esok nak buat kenduri doa selamat semapena masuk rumah baru dan sambut Ramadhan.

May be mak dan ayah sampai tengahari ni, tak tau nak masak apa lagi ni. Untuk esok just catering jer, susah nak sediakan peralatan nanti.

Ini tengah tunggu kain siap dibasuh sesambil temankan Aqif tengok TV channel Astro TVIQ.

Sesambil juga lipat kain.....

itulah keja kita bila tak ke ofis, macam bibik je rasanya.

posted from Bloggeroid

KEMAHIRAN MENANGANI STRES:

# Kenal pasti tahap tekanan
# Cari punca tekanan
# Koreksi dan muhasabah diri
# Perkemaskan kaedah mengurus emosi
# Kaji semula pegangan hidup
# Seimbangkan kehidupan
# Urus diri dengan sebaik mungkin
# Kuatkan hubungan dengan Allah s.w.t
# Baiki hubungan sesama manusia
# Hiasi peribadi dengan akhlak mulia
# Istiqamah melakukan kegiatan fizikal
# Lakukan amalan pencegahan
# Lakukan aktiviti santai
# Amalkan kaedah rawatan yang berkesan
# Hidupkan suasana ketenangan dan keceriaan
# Luahan masalah pada seseorang yang dipercayai



untuk renungan bersama;-)

posted from Bloggeroid

Pemenangnya.....

Belum habis lagi citer pasal kursus hari tu.....

Macam biasa bila last day akan diadakan majlis pencapaian hadiah. Group MS The Fantastics Arrow adalah juara keseluruhan mengatasi group The Red Warrior, Blue World, The Pink Star dan Green Lantern.

Memang dah agak group kitorang akan jadi juara sebab ada 2 orang kuat iaitu Jerry dan Najmi.


inilah orang kuat group MS


inilah ahli The Fantastic Arrow


kamilah juara.....


inilah hamper yang kitorang dapat


peserta kursus dari segenap negeri


inilah "teacher" kitorang....

Jumpa lagi bila kita dipertemukan lagi....

posted from Bloggeroid

Tamatlah sudah....

Malam Sabtu lepas kursus habis pukul 11.00 malam, terus kitorang chow. Sampai rumah dah 2 pagi, anak-anak dah tido. Sebenarnya banyak citer pasal kursus ni tapi yang paling MS nak kongsi disini time dinner malam last tu.

Disebabkan dah last day kitorang dihidangkan steamboat. Best jugak sesekali layan steamboat ni.....


ada dua rasa - tom yam dan sup


antara bahan-bahannya


meh makan sesame....


MS dah rembat ketam ni dulu


insan-insan yang membelasah steamboat tu


licin sudah.....

posted from Bloggeroid