Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Appointment / Temujanji

Hari MS cuti bawa Azim pegi hospital untuk check mata. Last week check up mata di sekolah dia, so Dr. keluarkan surat follow up di hospital pulak.

Ingat hari pegi boleh la terus selesai urusannya, rupa-rupanya kena buat appointment dulu. Tak de la jumpa Dr. pun. Kena pegi lagi nanti next month pulak tu tarikhnya.

Sudahlah susah cari parking, sampai pusing satu hospital baru dapat parking. MS ni bukannya biasa untuk urusan biasa di hospital ni. Selalunya ke klinik panel jer.

Sebelum ini pernah masuk wad jer semasa bersalin Azim dan Afif. Semasa Afif la MS duduk lama di wad, 2 bulan lebih jugalah. Memang muak la duduk wad lelama.

Bagi orang yang dah biasa pegi hospital memang penyabar yer lagi-lagi kat pesakit luar, memang ramai orang. Nasib la pegi bulan puasa, memang sabar jer tunggu giliran kita.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan