Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Tragedi Ramadhan...

Salam Ramadhan,

Sudah seminggu kita puasa, hari ini baru sempat membelek blog ni. Biasalah bila bulan puasa ni, MS kena bangun awal dari biasa, masak untuk bersahur. Lagipun tahun ni, Azim dah berpuasa. Kenalah masaklah jugak sebab bila bersahur ni kitotang nak lauk yang panas-panas walaupun simple.

Nak jadikan citer start jer puasa, rice cooker pulak buat perangai. Udahlah kita balik kerja dah pukul 6, kena pulak masak nasi manual. So, kelam kabut jugaklah masak untuk berbuka. Selalunya MS akan masak jugak 1 @ 2 menu semasa berbuka, walaupun Honey ada beli di pasar ramadhan.

Hari-hari bangun pukul 4.30 pagi, lepas dah tido terus pegi kerja. Bila dah kat ofis bila time rehat jer, apalagi cari surau la sebab nak zzzzzz.

Sampai abang sebelah siap tanya "dah pukul satu eda x tido ke". Kadang-kadang terbabas sampai
pukul 2.30 ptg baru ada kat tempat. Sapa-sapa call nasib la, nanti call balik.

Tapi malam tadi dah beli rice cooker baru, ni baru semangat nak masak banyak menu. Ya ka, ntah-ntah baru-baru ni aja. Bila dah penghujung puasa, tinggal masak nasi ja sebab dah nak pegi shopping raya.

OKlah, dah azan subuh....

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT BERBUKA (petang nanti).

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan