Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

RAYA 2012

Sebenarnya banyak yang nak dikongsi tetapi semangat raya yang tak seberapa ni, mood nak update pun kureng.

Ini sebab kat ofis sekarang so bolehlah update sikit-sikit. Selalunya time cuti sekolah line ni Azim bolot sorang. So, kat ofis baru boleh terjah apa yang patut.

Hari raya ke-5 ada majlis bertunang my niece kat kampung. So, lama la kitorng kat Kedah. Dari 18hb hingga 24hb, then ke Penang satu malam. Lepas tu baru balik Teluk Intan.

Memang busy lupa nak snap gambar raya sebab tetamu tak putus-putus datang rumah. Mak MS masak laksa, ketupat, rendang ayam dan kuih muih jer. Laksa sampai raya ke 3 sebab mak MS buat kuah sampai 20 kg ikan.

Raya ke 2 baru kakak dari Penang balik, kuar beraya sampai tengah malam.

Esoknya sambung lagi beraya, pergi rumah che ta (rozita che wan) kat taman PKNK, alor star.

Raya ke 4, duduk rumah ja. Dah letih just makan dan berhimpun adik beradik.

Raya ke 5, sibuk my niece bertunang. Masa ni jer sempat snap gambar.....






Raya ke 6, pergi ke Penang pulak sebab kakak MS nak ikut MS ke Teluk Intan. Sampai jer Penang terus ke Open House Mak Cik di Bayan Lepas. Malam pulak pekana nasi kandar di Deen Nasi Kandar di Jelutong. Then jalan-jalan kat Queensbay Mall.






Raya ke 7 bertolak balik ke Teluk Intan. Sebelum sampai Teluk Intan singgah dulu di Zoo Taiping. Pukul 5 ptg baru sampai rumah.


posted from Bloggeroid

personal fb kena hack.....:-[

rasa nak nangis bila account fb kena hack masa MS tengah online.....

geram betul.... ada x cara nak pulihkan semula dan boleh guna semula emel sebelum ini.

help me... help me......

posted from Bloggeroid

SELAMAT HARI RAYA

Kepada semua blogger @ sesiapa yang terjengah blog ni, dikesempatan ini MS ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN, moga keceriaan bersama anda.



posted from Bloggeroid

50 permintaan terhadap suami...... so, jadilah suami seperti disarankan pasti aman bahagia hidup berkeluarga.

1- Pasang niat & berdoa utk menjadi suami terbaik.

2- Bersyukur krn mempunyai pasangan hidup.

3- Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.

4- Setiap hari pulang dgn senyum & bersemangat.

5- Pastikan ada masa untuk berbual dgn isteri setiap hari.

6- Telefon isteri @ hantar SMS sekadar utk menyatakan anda sayang ataupun rindu pd isteri.

7- Hiburkan hati isteri anda dgn bercerita, buat lawak @ gurau1- Pasang niat & berdoa utk menjadi suami terbaik.

2- Bersyukur krn mempunyai pasangan hidup.

3- Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.

4- Setiap hari pulang dgn senyum & bersemangat.

5- Pastikan ada masa untuk berbual dgn isteri setiap hari.

6- Telefon isteri @ hantar SMS sekadar utk menyatakan anda sayang ataupun rindu pd isteri.

7- Hiburkan hati isteri anda dgn bercerita, buat lawak @ gurauan yg mesra.

8- Pastikan anda bergurau senda dgn isteri di dlm kenderaan semasa dlm perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana shj.

9- Amalkan makan bersama setiap hari.

10- Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.

11- Bantu isteri melakukan kerja rumah.

12- Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yg mungkin.

13- Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat & ceria. Ramai suami inginkan isteri yg mengancam, ttp mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil?

14- Didik isteri dgn memberi nasihat & peringatan secara hikmah.

15- Berikan nafkah kpd isteri mengikut keperluan keluarga & kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah krn isteri bekerja.

next entry sambung lagi.... ada lagi 35

posted from Bloggeroid

Citer 8/8/2012

Hari ni terpaksalah MS amik EL, ataa sebab yang tak dapat dielakkan. Kalau ikutkan hati banyak keja yg nak diselesaikan tapi bila fikirkan balik tak pelah hari ni aja.

Bila difikirkan rasa diri MS memang kuat pulak rasanya, bukan kuat fizikal tapi mental.Sesungguh Allah swt bersama dengan MS, memang tawakal dan harap semua dapat diselesaikan tanpa menyusahkan honey.

Tiba-tiba dapat tahu mak MS di Kedah pulak masuk wad di Hospital Jitra. Sudah satu masalah lagi, may be hari Jumaat malam baru boleh balik sana. Harap-harap mak OK dan keadaan mak bertambah baik.

Tak semua masalah orang yang rapat dengan kita boleh tolong settlekan, kadang-kadang lagi bertambah masalah kita.

Memang penat rasanya bila difikirkan kerja yang tak pernah habis dan masalah diri sendiri yang tak selesai-selesai lagi, lepas satu kekadang tambah 2 lagi masalah. Tapi tak pe selagi berakal kita fikir sendiri penyelesaiannya.

posted from Bloggeroid

hari bersantai sedunia... (tajuk over sangat)

Disebabkan hari ni Perak cuti am sebab Nuzul Quran, apa lagi MS dan anak-anak berkampung depan tv jelah.

Nak keluar berjalan.... tak boleh sebab honey keja dan Azim puasa, nanti dia letih pulak. So, berehat ja di rumah sesambil kemas apa yang patut.



inilah keja Azim, Afif dan Aqif
tengok citer kartun, ma diorang pun dah blur sama mcm kartun diorang.

posted from Bloggeroid

Cuti Nuzul Quran

Esok cuti sempena nuzul quran iaitu bersamaan 17 Ramadhan. Sempena bulan yang mulia ni barulah MS ada masa nak bertadarus.

Inipun baru habis satu juzuk, MS bertadaruEsok cuti sempena nuzul quran iaitu bersamaan 17 Ramadhan. Sempena bulan yang mulia ni barulah MS ada masa nak bertadarus.

Inipun baru habis satu juzuk, MS bertadarus ikut Quran ReadPen. Seronok dengar suara qari yang MS pilih tu. Sedap dan tenang bila dengar suara qari Mishary.

Itu yang membuat MS kusyuk membaca Al-Quran ni, tenang dan bahagia rasanya bila dapat habis satu juzuk tu. Tapi satu juzuk pun amik masa berhari-hari jugaklah. Sempat baca waktu malam ja, sementara tunggu nak solat Isyak. Selepas solat Subuh bila hari tak keja.

Harapan MS dapat khatam dalam bulam Ramadhan ni.... MS nak bawa pegi ofislah, boleh baca time rehat daripada membuta ja. Kat Tapah tak de tempat nak window shopping so, bolehlah buat perkara berfaedah.

Selalunya semasa MS kat Teluk Intan mesti window shopping or shopping apa yang patut. Memang time break berjalan ja kejanya. Tak lekat kat ofis, biarpun bulan puasa.

Harap-harap terlaksana hajat tu.... amin.....

posted from Bloggeroid

persiapan raya....

Selamat Berpuasa.....

Hari ini sudah 15 hari kita berpuasa, dah separuh bulan dan tak lama lagi dah nak menjelma Syawal. Mesti dah ada yang dah buat persiapan untuk raya nanti.

MS baru jer shopping baju untuk anak-anak last week. Itupin rasanya tak cukup sebab baju jer yang banyak, seluar baru sehelai. Sekarang ni baju budak-budak pun lagi mahal dari orang dewasa. Harga seluar jeans pun lagi mahal dari orang dewasa.

Anak-anak MS semua lelaki, termasuk juga abah diorang sudahlah 4 lelaki. Memang la tak berfesyen pakaian budak lelaki ni, tetapi bergantung kepada material dan brand pulak.

Last week ke Jusco Station 18, dapatlah belikan untuk anak-anak baju sorang 2 helai dan seluar sorang sehelai. Itupun dah dekat RM400.

Semasa MS kursus di Taman Maluri hari tu sempat belikan diorang baju sorang 2 helai. So, minggu pegi cari seluar kat The Store jelah. Dah tak larat nak layan kerenah diorang bila kat supermarket ni. Lagi-lagi Azim, bila dah puasa macam-macam dia minta.

Bila dah selesai shopping untuk anak-anak barulah Mama & Abah diorang boleh beli baju sendiri. Dahlah tahun ni MS cuma ada baju kurung yang sedondon jer, taylor dah tak nak amik tempahan. So, kenalah cari baju yang dah siap nanti.

Kepada blogger yang menjual baju yang dah siap tu bolehlah tinggalkan link anda pada komen MS ni. Nanti bolehlah MS ushar-ushar dulu, manalah tahu ada yang berkenan. Bolehlah MS order online jer, tak payah nak pegi cari lagi.

posted from Bloggeroid