Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Cuti Nuzul Quran

Esok cuti sempena nuzul quran iaitu bersamaan 17 Ramadhan. Sempena bulan yang mulia ni barulah MS ada masa nak bertadarus.

Inipun baru habis satu juzuk, MS bertadaruEsok cuti sempena nuzul quran iaitu bersamaan 17 Ramadhan. Sempena bulan yang mulia ni barulah MS ada masa nak bertadarus.

Inipun baru habis satu juzuk, MS bertadarus ikut Quran ReadPen. Seronok dengar suara qari yang MS pilih tu. Sedap dan tenang bila dengar suara qari Mishary.

Itu yang membuat MS kusyuk membaca Al-Quran ni, tenang dan bahagia rasanya bila dapat habis satu juzuk tu. Tapi satu juzuk pun amik masa berhari-hari jugaklah. Sempat baca waktu malam ja, sementara tunggu nak solat Isyak. Selepas solat Subuh bila hari tak keja.

Harapan MS dapat khatam dalam bulam Ramadhan ni.... MS nak bawa pegi ofislah, boleh baca time rehat daripada membuta ja. Kat Tapah tak de tempat nak window shopping so, bolehlah buat perkara berfaedah.

Selalunya semasa MS kat Teluk Intan mesti window shopping or shopping apa yang patut. Memang time break berjalan ja kejanya. Tak lekat kat ofis, biarpun bulan puasa.

Harap-harap terlaksana hajat tu.... amin.....

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan