Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

persiapan raya....

Selamat Berpuasa.....

Hari ini sudah 15 hari kita berpuasa, dah separuh bulan dan tak lama lagi dah nak menjelma Syawal. Mesti dah ada yang dah buat persiapan untuk raya nanti.

MS baru jer shopping baju untuk anak-anak last week. Itupin rasanya tak cukup sebab baju jer yang banyak, seluar baru sehelai. Sekarang ni baju budak-budak pun lagi mahal dari orang dewasa. Harga seluar jeans pun lagi mahal dari orang dewasa.

Anak-anak MS semua lelaki, termasuk juga abah diorang sudahlah 4 lelaki. Memang la tak berfesyen pakaian budak lelaki ni, tetapi bergantung kepada material dan brand pulak.

Last week ke Jusco Station 18, dapatlah belikan untuk anak-anak baju sorang 2 helai dan seluar sorang sehelai. Itupun dah dekat RM400.

Semasa MS kursus di Taman Maluri hari tu sempat belikan diorang baju sorang 2 helai. So, minggu pegi cari seluar kat The Store jelah. Dah tak larat nak layan kerenah diorang bila kat supermarket ni. Lagi-lagi Azim, bila dah puasa macam-macam dia minta.

Bila dah selesai shopping untuk anak-anak barulah Mama & Abah diorang boleh beli baju sendiri. Dahlah tahun ni MS cuma ada baju kurung yang sedondon jer, taylor dah tak nak amik tempahan. So, kenalah cari baju yang dah siap nanti.

Kepada blogger yang menjual baju yang dah siap tu bolehlah tinggalkan link anda pada komen MS ni. Nanti bolehlah MS ushar-ushar dulu, manalah tahu ada yang berkenan. Bolehlah MS order online jer, tak payah nak pegi cari lagi.

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

HannaNabiella berkata...

amboii, sakan dy berbelanje..huhu, ^_^

Catat Ulasan