Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

EURO FUN PARK

kepada penghuni Teluk Intan yang tak tahu nak habiskan duit di mana dan juga perlukan hiburan, bolehlah berkunjung ke EURO FUN PARK. Lokasinya bersebebelahan Intanova @ Kolej Komuniti Teluk Intan.

Bayaran masuk RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak ( 3 tahun hingga 12 tahun).

Bila hari minggu memang ramai yang datang sini cari hiburan bersama keluarga.

Games di sini bermula antara RM2 hingga RM10. Kalau nak mencabar diri anda, boleh cuba Voltex @ Top Gun. MS belum ada keberanian naik benda ini. Kecut perut tengok orang naik.

Anak-anak MS main yang sesuai untuk diorang jer. MS cuma jadi tukang kuar token untuk diorang.

Budak- budak memang suka, kalau boleh tiap-tiap minggu diorang nak pergi.


inilah suasananya memang meriah


Euro Fun Park ni sama m
acam kat Pesta Pulau Pinang


Honey bawa Azim & Afif naik keta laga


Azim takut naik keta api ulat, laju sikit jer


tempat ni, boleh dapat hadiah tapi MS tak berminat.

posted from Bloggeroid

1 ulasan:

teddy_pink berkata...

Dh mmg mesin ni prgi 1 mlaysia...mmg la sma ngn penang.mmg hjng thun merka akn prgi penang.skrng mrka d kluang johor

Catat Ulasan