Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

jejalan dengan anak-anak

Baru-baru ni semasa cuti hari Malaysia, MS bawa anak-anak hangout kat The Store. Apalagi ke tempat kesukaan diorang di tingkat atas sekali.

MS bagi Afif tukar token RM10, apek token tu macam tak percaya. Dia tak tau RM10, bukan cukup pun nak main semua.


Azim dan Aqif main game bola....
yang kelakarnya Azim pegi shoot gol sendiri. So, adiknya menang.





Afif dan Aqif nak kapal terbang..... pusing-pusing jugalah benda tu


Aqif main helikopter pulak...


Afif main benda ni bsoleh pusing naik turun


Azim layan game monyet...


Afif dan Aqif naik kereta ni pulak...

Selepas tu dia nampak abang mengadap skrin game terus dia pun layan game sama, sampai habis semua token. Aqif jer jalan-jalan tengok orang main.

Kadang-kadang kena juga bagi masa diorang mencuba apa yang diorang nak. Lepas main hendak pulak beli mainan lagi. Ini idea Azim, habis semua nak ditengok. Kenalah ikut dia ronda, mau nak tercabut pinggang. Kalau dengan abah dia, jangan harap la nak ronda.

MS saja jer bagi peluang dia membuat keputusan, tak nak guna kuasa veto. Afif dan Aqif kongsi mainan sebab mahal, Azim nak pilih sendiri. Lastly dia cuma pilih mainan yang macam gasing tu. Itu je yang dia pilih, letih betul jalan dengan dia.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan