Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

MENGIMBANGI ANTARA RUMAHTANGGA & KERJAYA

Assalamualaikum.... ;-)

Pagi sambil buat keja di ofis sesambil belek fb ternampak status Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamzah. Di sini MS kongsikan bersama blogger sekalian dan untuk peringatan MS di kemudian hari. Memang yer bila bekerja kita lupa urusan kita bersama keluarga, boleh kita sama-sama amalkan.

Antara tip untuk bentuk WORK LIFE BALANCE :

1-  Jadi insan yang soleh
2-  Sentiasa berdoa
3-  Sentiasa mesyuarat dgn keluarga
4-  Masukkan aktiviti keluarga dalam diari
5-  Buat senarai prioriti
6-  Belajar menolak kerja yang diluar kemampuan
7-  Urus diri & tugasan
8-  Gunakan teknologi (database) utk urus diri
9-  Terima hakikat kita tidak sempurna & perlukan bantuan
10- Tulis visi & misi hidup, kerjaya & keluarga
11- Tutup TV bila nak bincang
12- Kawal penggunaan internet
13- Cari hobi yang menarik & berfaedah
14- Buat aktiviti keluarga yang seronok di hujung minggu
15- Tidur awal & bangun awal
16- Hapuskan kegiatan yang sia-sia
17- Kurang mengharap & banyak memberi
18- Sentiasa tawakkal kepada Allah SWT


Makna Sebuah Pengorbanan....

Ketika diminta oleh Allah SWT untuk mengorbankan anak lelakinya sebagai tanda ketaatan,
Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah Allah SWT, walaupun dengan hati yang berat. 
Ketaatan Nabi Ibrahim a.s. telah dibalas oleh Allah SWT dengan mengurniakan seekor bebiri sebagai ganti kepada nyawa anaknya Ismail (Nabi Ismail a.s.).

Hari Raya Aidiladha, atau Eid al-Adha, meraikan makna pengorbanan ini.

Umat Islam di seluruh dunia meraikannya bersempena kesediaan Nabi Ibrahim a.s. melaksanakan perintah Allah SWT.


KFC.....

Hari ni honey belanja kitorang makan di KFC, MS order 3 set Chicky Meal & 1 set dinner plate.

Anak-anak MS kalau KFC memang nak toys. Nasiblah ada toys doraemon ganti set creativiti yang dah habis di KFC Teluk Intan.

Yang tak bestnya bila di KFC anak-anak MS mesti amik straw bebanyak untuk diorang main sambung-sambung sape paling panjang. Mau bankrap KFC tu kalau selalu pergi.

Lagi satu perkara terjadi tadi bila MS buka ja tudung coleslaw MS ternampak rambut dalam tu. Terus honey suruh MS bagitau supervisor situ. Tapi MS just bagitau budak kemas meja jer, terus budak tu bawa ke belakang. Then dia datang minta maaf dan tanya nak gantikan dengan 5 kentang putar.
Disebabkan tak nak panjang citer MS setuju jer. Lagipun anak-anak tak makan coleslaw diorang memang gemar kentang putar. Tapi tadi tak delah sempat nak pic gambar coleslaw berambut tu.