Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Our journey on Disember 2013 (part 1)

Salam berhujung minggu di akhir tahun 2013.... Memang agak busy tahun ni, tengah busy pun teman sempat lagi bercuti....

Terpaksa cuti sebab kesian anak-anak belum kemana lagi cuti ni...

Jadi tempat wajip adalah balik kampung #kedah pada 24/12 selepas MS habis keja.... Amik halfday.....

Esoknya kenduri my nephew sebelah umah mak #kenduri nephew 25/12

26/12 - melawat orang sakit..... Bila MS kat kampung ni mak nak la melawat sedaranya....

- balik dari melawat sedara anak-anak nak ke tasik darulaman #mainlayang-layang





27/12 - ke Penang
#naikferi







#padangkotalama - makan mee sotong







#tamanbelia





#pestapulaupinang









Lepak sini sampai 1 pagi....






posted from Bloggeroid

U My Husband Not My Boyfriend

Kenapa ya... may be ini yang u all fikir.

MS ada jawapannya....

Ini hanya berkaitan diri MS dan tak berkaitan dengan sesapa pun sebab ini yang MS rungkai apa yang MS hadapi. Sebenarnya tak semua perkara MS boleh kongsi dengan my husband, may be orang lain boleh sebabnya itu hak masing-masing.

MS kenal my husband 2 tahun sebelum kami putuskan untuk berkahwin pada tahun 2004 dan Alhamdullillah hingga sekarang bahagia dengan 3 orang hero. Berbalik kepada tajuk entry kali ni adalah semasa kita ber'boyfriend-girlfriend' segalanya diceritakan. Sanggup bergayut berjam-jam dan bil telefon juga ber'tingket-tingket'. Padahal hari-hari kalau boleh nak jumpa, sebelum masuk kerja dan balik kerja, kekadang time makan malam.

La ni sejak dah 9 tahun kahwin dan tidur sekatil ni, nak telefon pun malas, SMS pun kekadang jer. MS ni jenis malas nak cakap banyak kali dan kalau hati den sakit memang sanggup tak bercakap berhari-hari. Hal penting jer nak dibincang, yang tak penting kemudian hari kita bincang.

Ada juga kawan satu ofis tersentap dengan sikap MS tetiba jer diam dan buat hal sendiri tanpa bersuara (sorry yer kekawan, hati den tak de sapa pula nak jaga kalau bukan den sendiri). Apa boleh buat memang mood kureng hari tu, nak kongsi masalah sebab dah tak de boyfriend sebabnya my husband ni pun MS rasa bukan semua perkara boleh dikongsi dengan dia.

Tapi my husband dah faham dengan perangai MS ni, yelah dah 9 tahun hidup sebumbung takkan tak faham lagi perangai bini. Dia tak akan paksa MS bersuara sehingga MS sendiri yang akan cerita apa yang perlu MS perlu dia tahu.

Macam-macamkan, kalau itu bukan masalah u all baik buat tak kisah jer.

Selamat bersantai bersama keluarga tersayang.



Fakta Menarik

Salam AidulAdha....

Dah start keja hari ni...

MS nak kongsi fakta menarik tentang nombor iaitu....

37,037 didarabkan dengan sebarang nombor yang anda pilih dari 1 hingga 9, kemudian didarabkan dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih, misalnya

37,037 X 6 X 3 = 66,666

Tips Agar Bercinta Sampai Bila-Bila


Apabila isteri anda mengadu kesakitan atau memaklumkan kepada anda bahawa dia berasa tidak sihat, tunjukkan keprihatinan anda dan ambillah berat akan aduan yang disampaikannya.

Tunjukkan yang anda mengambil berat tentangnya dengan menzahirkan kerisauan anda terhadapnya. Kalau pun anda tidak risau kerana dia sakit bukan nak mati pun, BUAT-BUATLAH risau dan bertanya sekiranya anda boleh melakukan apa-apa untuknya, sekalipun anda yakin bahawa memang tiada apa yang dapat anda lakukan selain melihat dia kesakitan.

Pertanyaan dari anda dapat meyakinkan dia bahawa dirinya mempunyai nilai yang berharga di sisi anda. Mengetahui anda merisaukan dia, sekalipun kerisauan yang dibuat-buat cuma, akan memberikan kesan yang positif pada psikologinya dan akan membuatkan dia merasa gembira dan berharga di sisi anda.

Tetapi malang, kerana ramai suami yang tidak tahu, bahawa ini adalah apa yang mampu mereka lakukan untuk mengurangkan kesakitan yang ditanggung isteri mereka. Para suami, anda tidak diciptakan untuk menjadi penonton apatah lagi memberi respond 'Ooohh ye ke' dengan muka toya, apabila si isteri mengadu kesakitan sedang anda terus dengan menonton perlawanan bola. Ada banyak perkara yang jauh lebih baik, cool dan macho yang anda boleh lakukan dalam situasi ini.

Para suami hanya cuma perlu ingat satu perkara, bahawa wanita - apabila mereka gembira, mereka hampir sahaja tidak merasa atau lupa kepada kesakitan yang mereka alami. Justeru, kurangkan beban isteri anda tika sakitnya, dengan menggembirakan dia.

Tanyakan kondisinya dan sekiranya dia memerlukan apa-apa dari anda seperti segelas air panas atau sedikit urutan untuk melegakan kesakitan.

Rangkul tangannya, usap sebentar kepalanya, dan doakan kesembuhannya yang tulus anda harap dan maksudkan dari hati anda.

Ramai, ramai para suami tidak tahu, hanya dengan bertanya dan berpura-pura mengambil berat tentang isteri mereka, mereka telah dapat mengurangkan hampir sebahagian dari kesakitan yang ditanggung isteri mereka.

Usah dipertikai perkara ini, sekiranya bukan kerana emosi yang membuatkan wanita lupa pada sakitnya, tentulah tiada lagi wanita di dunia ini yang sanggup melahirkan zuriat anda!

Tak perlu jadi mat romeo, tak perlu jadi hero drama, atau tak perlu jadi tuan putera raja menghadiahkan istana kepada permaisurinya untuk membuktikan kecintaan anda pada si dia.

Cukup dengan bertanya keadaannya, 'pura-pura' risaukan dia dan doakan kesembuhannya - anda sudah mampu buat dia merasa cukup bahagia. Ianya tak ambil masa yang lama, sekadar 5 minit yg terluang untuk bertanya dan melihat dia sahaja sudah mencukupi! Percayakah anda? Kak Ton kata: Kalau belum pernah cuba jangan nak menggatal jawab tak percaya.

Justeru, andai ada tika yang terdekat ini dia mengadu kesakitan kepada anda, ayuh dapatkan dia segera! Dail nombornya kalau dia di pejabat kini, atau hantarkan sms kepadanya, atau pergilah kepadanya segera sekiranya dia sedang di dapur rumah anda, yang penting - carilah dia di mana jua dia berada.

Tanyakan bagaimana keadaannya, tanyakan sudahkah dia makan, tanyakan mampukah dia bertahan, dan yang paling penting dan macho sekali, BERI PESANAN KEPADANYA DALAM BENTUK ARAHAN, seperti, "Sayang jangan berdiri lama sangat, abang tahu sayang sakit" atau, "Pukul 12 nanti lunch cepat-cepat, abang tak izin sayang lewatkan" atau, "Sayang, abang taknak sayang buat apa-apa hari ini, rehat sahaja" dan banyak lagi dialog lainnya. Pasti, sejuk tenang hati isteri anda.

Dan yang paling penting untuk semua suami tahu, hanya dengan tips mudah dan remeh begini sahaja, dia sebenarnya dapat melentur hati dan menundukkan ego si isteri.

Percayalah, si isteri yang selalu menerima PERKARA PERKARA KECIL dari suaminya, akan mudah memberi perkara-perkara besar kepada suaminya, seperti sepenuh ketaatan dan kepatuhan kepada si suami. Manakala isteri yang kurang mendapat 'perkara-perkara kecil' ini dari suami mereka, akan menghadapi kesukaran untuk memberi segenap ketaatan kepada suami mereka.

Justeru, tanam dalam-dalam di ingatan anda, bahawa untuk mendapatkan perkara-perkara besar dari isteri anda, anda cuma perlu memberikan 'perkara-perkara kecil' ini terlebih dahulu kepadanya dan salah satu darinya ialah; mengambil berat tika dia mengadu akan sakit peningnya yang pada anda langsung tiada ada apa-apa, tetapi tidak bagi dia.

Selamat Bercinta!

Produk berasaskan AIR ZAM-ZAM

NUF SKIN LIFE



Terbukti berkesan untuk yang menghadapi masalah parut jerawat, jeragat dan kulit kusam.

Nuf Skin Life dapat mengatasi masalah kulit wajah dalam tempoh 14 hari.

Harga berbaloi untuk semua dan menjimatkan.






Sebarang pertanyaan boleh pm ke fb memories sharidz @ sms 0134495575.

Panduan mengesan gejala penyakit buah pinggang

#1 Mengalami perubahan dlm pembuangan air kencing. Perhatikan kekerapan pembuangan air kencing sama ada kerap atau kurang drpd kebiasaan dan pastikan tiada darah dlm aliran kencing anda.

#2 Rasa letih sepanjang masa. Kegafalan buah pinggang tidak dpt menghasilkan hormon mencukupi bagi penghasilan sel darah merah. Ia boleh menyebabkan anemia yg menyebabkan keletihan melampau.

#3 Mengalami pembengkakan pd salah satu anggota tubuh. Buah pinggang yg sihat sepatutnya berfungsi utk mengeluarkan bendalir berlebihan dr tubuh dan jika sebaliknya buah pinggang sudah mengalami kegagalan utk berfungsi.

#4 Mengalami rasa gatal dan ruam. Kegagalan utk mengeluarkan sisa toksik dr tubuh akan menyebabkan anda mengalami kegatalan teruk.

#5 Rasa seperti logam berada dlm mulut dan ini adalah tanda awal kegagalan buah pinggang akibatnya terkumpulnya sisa buangan dlm darah.

#6 Sejuk sepanjang masa walaupun cuaca panas dan pening kepala akibat kekurangan oksigen dlm otak.

#7 Sukar untuk bernafas akibat terkumpulnya bendalir dlm paru-paru.

#8 Rasa sakit di bahagian belakang @ tepi sebelah bawah kerana di situ terletaknya buah pinggang.

*sumber BH (04102013)

CNI Global Grand Launch

Mungkin ini langkah pertama menghadiri Majlis Pelancaran CNI Global yg mana baru dilancarkan pada Julai 2013.

May be MS ni antara insan terpilih... (ya ka... Kebetulan my cousin yg ajak) MS ikut jelah, mana tahu inilah peluang MS menambah pendapatan sampingan dan dapat dikongsi bersama geng blogger sekalian.

Zaman sekarang, IT menjadi keutamaan... So, tak perlu jumpa pun tapi kita boleh sama2 berkongsi ilmu. Mula2 memang sukar nak mulakan, tapi setiap apa yg kita dpt tak dtg dgn mudah kecuali dgn usaha.

Usaha MS bermula dari sini dan MS akan kongsikan di sini dengan setiap usaha yg dimulakan.

Cabaran pertama MS, suami tak brp nak bagi MS pegi hari ni... Tapi dia tolong hantarkan MS ke rumah my cousin. Harap2 berbaloi dgn langkah pertama ni.... Doakan yg terbaik....


past 4 guest


with my cousin


first step

Adam AF akan berkahwin dengan Fiza Elite

Pasangan selebriti, Adam dan Fiza memilih tarikh 26 September 2013 untuk menamatkan zaman bujang mereka di Pejabat Agama Islam Selangor Cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi.



Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, cukup dikenali selepas menyertai program Akademi Fantasia musim kedua pada 2004. Penyanyi berasal dari Kota Kinabalu ini mendapat tempat ketiga dalam program realiti terbabit.

Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula ialah bekas anggota Elite dan aktif berlakon drama dan filem. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, namun bercerai pada November 2010.

Mengenai perancangan perkahwinannya dengan penyanyi Adam ini pula agak mengejutkan apabila berlaku dalam masa yang singkat, ibu kepada dua anak ini berkata semuanya adalah ketentuan Tuhan.

Kita tunggu dan lihat 26 ni....

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013

Mai kenal dengan AYUINSYIRAH ni dengan join segmen ni......

MS kenal beliau melalui segmen 1st mama dan malam ni baru sempat membelek blog MS ni.

Jom join segmen ni sebab senang dan mudah sesangat untuk kita yang memang mencari masa untuk BW ni.

Syarat-syaratnya boleh diikuti dengan meng'klik' gambar bunga ros dibawah ni... Bunga kesukaan Ayu.


ayuinsyirah



















Akal Azim

Tadi MS suruh la Azim ni baca buku selepas kemas jadual untuk esok... Merajuk jugalah dia sebab paksa, habis tu tak paksa tak buat. Dah cuti 3 hari ni dia nak tengok kartun aja....

Memang la dia baca tapi kejap benor.... Tetiba senyap ja, tengok2 dia dah tido... Tapi tak palah dia baca juga tadi. Azim bukan tak boleh tapi malasnya lebih bila bab2 mmbaca ni. Cuba suruh melukis dan mewarna, laju dia buat. Memang kena banyak sabor dengan Azim ni.... Sesikit je nak merajuk mengalahkan pompuan (ya ka sebab belum ada anak pompuan lagi).

Apa2 pun memang hari2 kena paksa dan mengadap dia baca buku walaupun 1 @ 2 m/surat. Kalau tak dia buat tak peduli ja dengan buku2 dia tu...


" Segmen 1st Mama "

 

Meh ramai-ramai join segmen mama ni.. senang ja sebab mudah so MS pun join. Just copy n click ja dah siap entry ni....

Salam perkenalan Norhasniza Khalid, semoga berjaya dalam segmen ni dah ramai yang join yer.

Nak join klik ja SINI
 
 
 

WEEKEND YANG BUSY

Salam bahagia semua....

Orang lain seronok bila dapat cuti bersambung weekend dan Hari Malaysia, tapi MS pening memikirkan apa yang nak dibuat dulu dalam tempoh bercuti ni. Mau tak serabut kepala ni sebabnya start kerja Selasa ni audit masuk ofis. Udahlah busy betul minggu ni, tetiba dapat faks senarai dokumen yang diperlukan oleh audit next week. Nak muntah pun ada sebab banyak benda yang nak ditengok sebelum bagi audit.

Disebabkan Honey tak keja tadi MS heret semua anak-beranak berkampung di ofis hari ni. Sebelum tu belanja diorang makan roti bom dulu, lepas tu melepak kat ofis sambil MS buat keja diorang buat hal sendiri. Honey biasalah baca paper, Azim layan internet kat laptop, Afif dan Aqif main sesama diorang.

Siap minta tolong Honey susun report lagi, kesian pulak. Tak pasal-pasal kena buat keja bini pulak, habis tu nak minta tolong sapa lagi kan. Nasiblah dia pun OK sebab memang tengah free. Sampai pukul 4 petang jugak melepak kat ofis tu. Tengahari siap pergi kenduri yang kat situ, pastu sambung balik buat keja kat ofis. Dapatlah jugak MS siapkan banyak kerja terbengkalai sebelum ni (Itulah lain kali buat keja bagi habis). Keja tak habis tu, cuma tak masuk dokumen dalam fail ja bukan tak buat keja.

Sebelum balik tu kutip juga fail-fail yang perlu ditengok dulu sebelum bagi audit. Satu kotak A4 jugak yang dibawa balik. So, nampak gayanya MS tak cutilah walaupun duduk kat rumah. Inilah nasib badan dan redha ja sebab orang lain boleh jejalan time cuti ni tapi kita sebaliknya. Sabar jelah EDDA oiiii...

 Teringin nak bercuti macam ni lagi.....


Ragam Anak-anak MS

Bebudak ni kekadang ada ragam diorang sama ada yang tidak.

Sama bagi MS adalah sesama diorang sebab my sons 3 orang iaitu Abang, Boy dan Adik. Ini panggilan diorang... Adik ni banyak mengikut perangai Abang dan Boy ni lain sikit perangainya.

Adik memang suka bila ada buku warna... Dia suka mewarna dan kekadang tu melukis ( cara dia). Kalau ditengok Abang pun memang ke arah itu juga tetapi kurang membaca.

Boy pulak tak minat mewarna dan melukis tetapi suka membaca. Bila umur diorang sudah 8, 6 dan 4 tahun ni baru boleh nampak minat sebenar diorang ni.

MS pernah hantar Abang ke Coloring Contest anjuran ColorArt
Teluk Intan semasa dia umur 5 tahun. Padahal masa tu ramai Chinese dan India saja tapi dia tak kisah, bersemangat lagi bila tengok ada hadiah besar kat depan. Walaupun dapat saguhati saja dia tak mengalah tapi nak cuba lagi tahun berikutnya.

Asal ada contest mewarna mesti dia nak masuk... Sampai bukan anjuran sekolah pun nak pergi juga. Last MS hantar masa pertandingan memancing udang di tepi sungai perak, teluk intan. Abang dengan Boy masuk dan Adik nak masuk juga tetapi umur belum cukup. Dapatlah cenderahati dari BH dan color free.



Di rumah tak payah cakaplah buku color memang banyak.... Yang banyaknya gambar Ultraman dan Ben10. Abang sanggup bila habis jer terus ajak pegi Giant nak cari buku color baru. Bukan beli satu tetapi 3, itu yang malas sebab Boy tak minat tapi nak juga.... Nak simpan pun tak tau mana dah dan color pun nak berbagai.
Bila untuk diorang nak belajar boleh aja dari main yang entah apa2. Janji diorang tak bergaduh dan nangis udah....


Ragam Adik

Fakta Hari Ini (09/09/2013)

Satu kajian mendapati lelaki cenderung untuk menggunakan nada suara rendah ketika berbicara dengan orang yang dicintainya tetapi perempuan pula sebaliknya.

Sumber : BH 090913

RAYA 2013

Lambat betul nak update blog ni... Bukan tak da bahan tapi masa dan keadaan tak mengizinkan...

Tahun ni MS beraya di Jitra, Kedah. Kitorg balik kampung pun dah hari Rabu, dapatlah berbuka dengan mak and family kat sana. Nasiblah kakak MS balik malam sebelum tu, dapatlah dia pegi beli barang dulu. Kalau tunggu MS, maunya habis semuanya ayam kat market tu.

MS sampai Jitra pukul 12 tgh selepas 5 jam perjalanan dari Teluk Intan. Sesampai jer lepas zohor terus keluar pegi Pekan Jitra cari barang yang perlu lagi. Nak mengelakkan kesesakan kat Jitra tu, kami pergi C-Mart baru kat depan POLIMAS tu. Memang masih baru lagi, dapatlah water container, set gelas dan balang kuih untuk mak.

Ingat nak pegi C-Mart jer sampai jugak YAWATA, cari songkok Azim & Afif ( bila try malam sebelum balik Kedah dah muat songkok si Afif ni ). Memang songkok banyak tapi masalahnya diorang tak ikut pulak (biasalah bila kat kampung dah jumpa sepupu diorang tak nak gerak mana dah). Kenalah kuar lagi malam tu....

Balik rumah dah pukul 6.30 ptg, tengok mak dgn kakak dah siap masak. MS time nilah baru nak cari barang dan dapat merasa masakan mak.

Lepas berbuka, bebudak tu dah sibuk nak main bunga api. Adalah stok bunga api dan mercun 'telur naga', anak buah beli dengan kawan dia. Selalunya bab2 bunga api dan mercun ni arwah ayah yang dah siap simpan stok untuk cucu2nya. Tapi tahun kami kena cari sendiri. Sedih pulak bila dengar mercun terus ingat arwah ayah sebab dia akan duduk kat luar tunggu cucu2nya main bunga api dan mercun.

Dah habis main bunga api bagai, lepas solat terus bersiap pergi cari songkok pulak. Kali ni plan pergi Uptown Stadium Alor Setar. Sampai sana mak ramainya orang, jenuh cari parking. Masuk je dalam uptown tu nak tengok barang pun susah apa lagi nak jalan. Just masuk beli songkok je dan kakak MS dapat jugak t-shirt 2-3 helai. MS pun dapatlah shawl selai. Dah pekena bihun sup terus balik, ingat nak singgah ekspo kat YAWATA tapi anak2 semua dah tido pulak.

Di pagi raya selepas solat raya dan bermaaf-maafan terus ke kubur arwah ayah. Itu target utama MS nak ke kubur semasa sampai rumah lagi tapi mak kata abang dah bersihkan kubur arwah ayah.

Selepas tu semua sibuk nak makan pulak... Mak buat mee rebus, memang ini menu wajip mak di hari raya. Walaupun mak masih dalam edah mak tetap masak untuk kitorang. Ketupat palas mak tambah lagi malam raya tu, memang tau mesti tak cukup sebab lepas berbuka pun dah tinggal separuh kalau tak hari raya tinggal daun palas ja.... Tak sempat orang lain merasa.

Beberapa gambar kenangan di hari raya pertama dan kedua....







Salam ribuan kemaafan kepada sesiapa yang mengenali diri ni dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua... ( masih dalam mood raya walaupun dah mula kerja )

Selamat Berpuasa....

Dah plan ke rasa kat mana.... Balik kampung or rumah sendiri.... Mulalah difikir bila dah 2 minggu puasa ni.... Nak cari masa pi shopping lagi.... Serabut rasanya, tapi yang penting ibadah diutamakan....

MS tahun ni dalam dilema nak beraya di mana sebab selalunya ikut turn jer. Tapi tahun ni sebaliknya selepas arwah ayah tiada... Kesian pulak dekat mak bila kita still ikut turn jugak....

Sepatutnya tahun ni MS raya kat Perak tapi Honey cakap kita raya kat Kedah sebab kesian mak. Tapi sebaliknya pulak sebab bapa mentua pun tak sihat. So, adik Honey minta semua adik beradik Honey beraya di Perak.

Masalah kitorang memang duduk Perak, memang tiap2 minggu kitorang balik buka puasa di kampung Honey. Honey pun sekarang dalam dilema, MS pun tak berani nak call mak sebab takut nak berjanji dgn dia. Serba-salah jadinya.... Tunggu jelah dekat2 nak raya nanti, tengok macamana nanti...

Selamat Berbuka yer....;-)

STOK HARI RAYA 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Ramadan akan berkunjung tiba dan Syawal pun pasti menyusul..... sudah pastilah sekarang kena fikirkan apa yang nak dihidangkan nanti untuk tetamu anda....

Sekiranya perlu stok kuih raya yang sesuai untuk anda yang akan berjalan jauh atau dijadikan buah tangan untuk keluarga / sahabat handai bolehlah dapatkan kuih raya dari CNI ni... sebabnya bekas yang berkualiti dan kuihnya pun sedap...... 

PROMOSI JULAI 2013 
      
                              1               2             3              4
  http://www.cni.my/catalog/promotions/sp68224_519b3eab341df.jpg
                                                       5                                                   6
  
 1 CNI Coconut Cookies 
      Harga RM19.50 (WM)/ RM20.00 (EM) 
 2 CNI Cornflakes Cookies
          Harga RM19.50 (WM)/ RM20.00 (EM)
 3 CNI Pineapple Tarts
          Harga RM19.50 (WM)/ RM20.00 (EM)
 4 CNI Green Pea Cookies
          Harga RM18.20 (WM)/ RM18.70 (EM)
 5 CNI Dates with Mango And Almod
          Harga RM14.60 (WM)/ RM15.00 (EM)
 6 CNI Chocolate Moist Cake
          Harga RM14.40 (WM)/ RM14.90 (EM)

Beli mana-mana 6 (Boleh Campur)
PERCUMA barangan bernilai RM17.30 iaitu
Foc Product
  • 1 box CNI Chocolate Moist Cake
  • 1 beg perayaan unik 
      
** Tertakluk pada stok.


Macam biasa MS akan bagi tawaran FREE POSTAGE untuk penghantaran.... 
Cara pesanan, sila pm di fb memories sharidz @ SMS ke 0134495575
Kalau rajin boleh juga like page ni Sharidz-Online$hop




bekas telur dari newspepar

Tetiba ja hari jadi rajin pulak cuba buat bakul atau bekas dari recycle paper.

Tengah2 malam tak de apa nak buat lepas balik dari lepak kat Padang Speedy, Teluk Intan tadi terus potong-potong paper. Then try buat bakul ni...


Jadilah juga walau senget....

Then try buat bekas untuk letak paper yang dah digulung....


jadi tak?

try buat bekas bulat juga


OKlah jugakan... esok nak syelek pulak...

Nanti tengok hasil lepas syelek pulak yer...


before syelek...

after.... (belum syelek lagi, nanti load yg dah syelek pulak)


posted from Bloggeroid

SNE PRODUK untuk semua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Dikesempatan masih bercuti esok, MS ingin berkongsi dengan kalian satu lagi produk terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kita untuk semua.... memang terbaik produk ini, MS dah cuba dan berkesan.... sesambil guna boleh juga sesambil buat duit untuk anak-anak....

Sebelum tu, jom berkenalan dulu dengan produk ni...

KENAPA SNE(Super Nutrient Essence) ini PENTING?

*Sebabnya, SNE adalah IBU kepada segala SNE*

1) SNE merawat dalaman dan luaran kita.
 

2) TIPS masa nak TIDUR.. jangan lupa sapukan SNE di Muka, makan 2 biji kapsul sblm sarapan..2 biji kapsul utk malam, 2 jam slps mkn mlm..

3) Bila anda ambil BE dan SNE,kesannya SNE membantu mempercepatkan proses dalaman kita,SNE berupaya menolong tubuh badan kita membersihkan segala kekotoran ,RESDUNG juga boleh elok tau, seterusnya muka manjadi sangat LICIN jika mengambil Beutskin Essence(BE) confirm muka nampak LAGI CANTIK, TAK MAKE-UP pon tak pe, mcm baby face

FUNGSI SNE ?

KAPSUL SNE (Mengubah Statistik Kualiti Hidup)
*Membaikpulih & menyuburkan sel-sel badan
*Menyingkirkan Toksin & radikal bebas
*Membersihkan darah & membantu proses detoksifikasi
*Mengaktifkan sel-sel otak, sistem saraf endokrin
*Meningkatkan sistem imun & mencegah influenza
*Merawat lecur, parut, luka-luka, dan kudis
*Menyeimbangkan hormon & masalah wanita

DOS: 2 biji kapsul pagi dan 2 biji kapsul malam

Kandungan : 500mg x 60 kapsul




Ramai orang tanya apa beza KAPSUL SNE DAN BE???
Jawapannya:

Ok... SNE ni macam makanan 'wajib' dalam produk SNE Marketing sebelum kita cuba yang lain. Badan kita terdedah kepada penyakit kerana persekitaran, pemakanan, stress dan lain-lain. Dan tanda-tanda penyakit itu hanya muncul di peringkat ke dua iaitu peringkat pertengahan, badan dan mula protes dengan pelbagai jenis penyakit, lenguh-lenguh, pening, lesu dan malas.

Kiranya macam SNE ni membantu menyelesaikan masalah ini sebelum dibantu oleh BE dalam menyelesaikan masalah kulit.

Kelebihan SNE ni, mampu merawat pelbagai jenis penyakit, seperti, darah tinggi, darah rendah, kencing manis, sakit buah pinggang, barah, tiroid, kanser payudara, buasir, gastrik, senggugut, sakit jantung, hepatitis B, kelamin lemah, sukar mengandung, keputihan, kekurangan darah, insomnia, buasir, sembelit, radang peparu, ulser, tumor, kencing malam, gaut, masalah ginjal, katarak mata, sakit kulit (psoriasis), kulit sensitif, migrain, strok, kebas-kebas anggota, sawan, asma, sakit otot, jerawat dan banyak lagi jenis penyakit...     IN SHAA ALLAH

Kedua-duanya mempunyai kandungan buah seabuckhtorn tetapi SNE mengandungi kandungan buah seabuckhtorn lebih tinggi(100%) berbanding BE(30%).BE pula kandungannya lebih untuk khasiat bagi kulit. Katakanlah seseorang itu mempunyai masalah/penyakit lain dalam badan, SNE akan merawat segala masalah dalam badannya dahulu tetapi kalau dia hanya ambil BE sahaja, BE tak mampu nak rawat masalah dalam badan dia dengan kandungan buah seabukhtorn yang rendah.

Jadi,kesan pada kulit tak berapa nak berkesan la sebab masalah dalam badan belum dapat diselesaikan dahulu. Jadi,cara makan perlulah betul dan kesannya bergantung pada individu. Disyorkan ambil sekurang-kurangnya 3 bulan.

Sebab tu lah, kalau yang bermasalah terutama jerawat tu, ms suggest kan amik SNE dulu jika tak mampu @ ambil kedua2 sekali jika mampu. Sabar tu sangatlah penting kalau nak pakai produk2 ni.








 
INFO UNTUK IBU2 DAN BAKAL MENJADI IBU
SOALAN:
Bolehkah ibu mengandung makan "BEUTSKIN ESSENCE" ?
JAWAPAN:
"TIDAK BOLEH"
TETAPI "DIGALAKKAN" MENGAMBIL SNE KAPSUL + WIS-D ESSENCE KERANA DAPAT MENGELAKKAN RISIKO2X PENYAKIT KETIKA HAMIL...

>ALAHAN
>PENDARAHAN
>PUCAT / ANEMIA
>TEKANAN DARAH TINGGI
>KENCING MANIS SEWAKTU HAMIL
>PANDANGAN MENJADI KABUR
>SAKIT KEPALA
>MUNTAH-MUNTAH
>PENDARAHAN
>LELEHAN PADA FARAJ
>KERAP BERASA LAPAR
>BUKU LALI BENGKAK
>GUSI BERDARAH
>KERAP SELSAMA DAN BATUK
>DAHAGA
>KEGUGURAN
>DAN LAIN 2

WIS-D ESSENCE:

1) Mencantikkan pertumbuhan SEL otak bayi. Si ibu juga dapat manfaatnya (minda cergas)

2) Mencegah Hyperactiv, Sawan, juling .

P/S :1 minggu sblm 'delivered', "MAKAN SNE KAPSUL " 4 biji pagi dan 4 biji malam supaya rasa sakit utk melahirkan dapat dipendekan,SENANG BERSALIN .
♥‿♥




KENAPA anda perlu menggunakan 3 jenis produk dalam satu masa???




****SNE***
1. Menghapuskan radikal bebas
2. Mengaktifkan Saluran darah
3. Mengaktifkan Sel - Sel di Dalam Badan
4. Mengimbangi Hormon Dalam Badan
4. Mengubah Gen Badan Manusia Lebih Elok
5. Menguatkan Buah Pinggang Dan Hati
6. Membekalkan Makanan Sihat
7. Mengukuhkan Sistem Immuniti

****BEAUTSKIN****
1. Memutihkan
2. Kecerahan Kulit
3. Memperbaiki Gen
4. Metabolik
5. Anti-Pengoksidaan

****EXCEL TEA****
1.Singkir Toksin dalaman dan cegah toksin luaran
2.Mengurangkan lipid darah
3.Lindungi hati Dan pundi hempedu
4.Baiki TEKSTUR KULIT
5.Singkir Lemak
6.Menentang PENUAAN




SENARAI PENYAKIT YANG DAPAT DIUBATAN DENGAN SNE


ANTARA TESTIMONIAL PRODUK SNE















ARTIKEL SNE



SEKIRANYA ADA YANG BERMINAT INGIN MENCUBA ATAU MENDAPATKAN BEKALAN SNE PRODUK... SILA PM di page Sharidz Online$hop atau fb memories sharidz atau WHATSAPP/SMS ke 0134495575 atau emel ke memoriessharidz@gmail.com....

FREE POSTAGE + FREE REGISTER