Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Sains Hari Ini

1) ASTEROID adalah batuan kecil yg terapung mengelilingi matahari & terlalu kecil utk dipanggil sebagai planet.

2) KOMET adalah objek kecil mengelilingi orbit matahari yg terdiri drpd ais, debu & gas serta menbentuk ekor yg panjang & boleh dilihat dr bumi.

3) METEOROID adalah batuan kecil yg terapung mengelilingi matahari & saiznya lebih kecil daripada asteroid.

4) METEOR adalah meteroid yg terbakar selepas melalui atmosfera bumi.

5) METEORIT adalah serpihan meteor yang tidak habis terbakar dan jatuh ke permukaan bumi.

posted from Bloggeroid

Birthday Thaqif - 4 tahun

20 Februari 2013 genaplah 4 tahun umur Sharidz Nur Thaqif Bin Sharin yang dilahirkan di Kedah Medical Centre jam 12:25.

Malam tadi MS bawalah dia makan ke tempat pilihan dia sendiri.... iaitu PIZZA HUT. Seperti kebiasaan bila birthday, boleh pilih tempat makan sendiri.


Birthday boy....


inilah pengasuh Aqif bila MS bekerja, sejak umur Aqif 2 bulan hingga sekarang.... terima kasih hada sebab menjaga dan mendidik Aqif.....




abang-abang Aqif tengah melayan order diorang... janji dapat order apa yang diorang nak.




antara menu malam tadi....


semoga Aqif menjadi anak yang soleh, bijak dan sihat hendak-Nya.

posted from Bloggeroid

Cuti CNY 2013

08022013

ari ni ada lagi sehari cuti sempena CNY, MS just habiskan masa di kampung @Jitra, Kedah.

lepas ofis pukul 5.05 ptg camtu, honey dah datang amik MS. then, terus ja bertolak dr tapah. ini semua gara2 tak nak terperangkap dalam jemmm...

tapi, sampai ja kat gua tempurung kenderaan dah bergerak perlahan. tapi boleh jugaklah sampai kat hentian bukit merah dah jam 7. lepas ja makan dan sebagainya, terus gerak ke jitra. sampai kampung pukul 10.30 mlm.

mak n ayah dah standby ja, kitorang sampai. lepas makan n borak2 sampai pukul 12 jg, baru tido. seronok betul anak2 MS dapat jumpa tok n wan diorang.

09022013

setelah selesai kerja rumah dan hilang letih dlm perjalanan, kitorang dah mula plan nak pi mana ari ni...

dah tengahari, mak MS ajak batara dia pegi kenduri. memang ini yang dinanti-nantikan, sedap betul lauk pauk kenduri ni. tambah2 lagi masak sendiri (gotong-royong).

lepas zohor dlm pukul 3, kitorang gerak ke PADANG BESAR. pukul 4.30 ptg baru kitorang sampai, OK jugak pi petang2 ni tak ramai sangat orang. elok kitorang masuk jer ke kompleks tu, hujan turun.

banyak jugak yang dibeli kali ni, ada yang dikirim oleh kawan2 ofis. tapi pergi time ni, barang agak mahal jugak. cuma time ni ja free, redah jalah.

kuar dari tempat shopping tu dalam pukul 7.00 petang. puas jalan rasanya...

posted from Bloggeroid

melepak di malam minggu

sudah sehari suntuk kat rumah pukul 8 mlm kitorang kuar ke pekan teluk intan.

sesampai ja kat depan intanova sudah sesak.... bila dah kat dalam pekan teluk intan lagilah.... banyak betul keta, ramai betul rakyat teluk intan kuar.

parking usah cakap la sesak giler, lastly kitorang parking kat tapak pasar ramadhan sebelah OCBC Bank. jauh jugaklah menapak ke pasar malam & gerbang malam.

Bila lalu kat menara condong rupanya ada majlis sempena Tahun Baru Cina rasanya... sesak sangat kat situ, tak singgah pun. adalah jugak orang jual barang kat sekeliling tu.

selesai berbelanja kitorang terus menapak balik ke kereta... bergerak ke padang speedy, depan MPTI. amik angin kat sini.


asal kuar mesti mainan sorang satu


melayan aqif main game kat padang speedy teluk intan





makan sambil amik angin malam

posted from Bloggeroid