Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Pangkor 2013

Seperti yang dijanjikan dgn anak2, bila birthday abah diorang akan dibawa bercuti...

Percutian kali ni MS pilih Pulau Pangkor sebab dah lama tak pegi, lagipun itulah pulau yg terhampir dan anak2 pun terlalu teringin naik feri....

pergi 8hb 3, lepas ja anak2 balik sekolah terus bertolak ke Manjung, berhenti makan dan rehat kejap kat Aeon Manjung.



dah abis makan, terus ke Lumut... dapat la naik feri pukul 3.00 ptg.
Senarai harga tiket ke Lumut...
RM10 - Dewasa
RM5 - Kanak2

( Harga tiket adalah utk pergi-balik, jangan buang tiket tu. so, simpan untuk balik nanti )



anak-anak rasa happy betul bila dah naik feri... tak reti diam mulut diorang bertanya macam2...



sampai jeti pulau pangkor pukul 4, terus amik teksi van ke hotel... MS tempah Coral Bay Resort, tambang dari jeti ke hotel RM10 utk satu van.
Di Coral Bay Resort, time check in 3.30 ptg. nasiblah MS memang sampai lambat, so terus ja dapat kunci. MS tempat apartment 3 bilik, memang selesa sebab MS pergi 5 orang ja.



kitorang rehat kejap, tapi anak2 dah sibuk nak mandi kat kolam. pukul baru kitorang turun, MS teman ja anak2 mandi sampai pukul 7... tengok hari dah nak gelap, naik ke bilik terus siap2 nak dinner pulak. malam tu dinner dekat2 situ jer, kitorang jalan ke Sandy Cafe...



kalau kat Coral Bay ni senang ja tempat makannya. tak perlu transport pun. balik ke apartment, beli la makanan ringan utk anak2 sebab kalau diorang lapar tak payah turun lagi.

next entry.... aktiviti di pangkor pada 9hb 3.


posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan