Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Pulau Pangkor 2013 - Sambungan

Lambat betul MS ni sambung entry pasal percutian ke Pulau Pangkor baru-baru ni. Biasalahkan MS ni memang busy dengan kerja, keluarga dan anak-anak. Kalau ikut tu macam-macam nak dikongsikan di sini, tapi keadaan dan masa yang menentukannya.

Hari ni je sempat sebab MS dapat CTR (Cuti Tanpa Rekod) sebab semalam ke Perhimpunan BBDS di PWTC. Lagipun anak-anak cuti sekolah sekarang ni, so bila cuti tak payah nak pergi hantar or jemput diorang dari sekolah. Dapatlah bermanja-manja dengan laptop ni ari ni, sebab sebelum ni line tenet kat umah tak berapa laju sebab MS guna broadband tapi bila Aqif terhilangkan simcard celcom broadband last week terpaksa cari alternatif lain. Setelah di kaji, MS guna YES 4G sebab boleh guna semasa kat ofis or kat umah dan  boleh wifi dengan Azim. Tak delah nak berebut-rebut laptop ni.

OK... citer pasal Pulau Pangkor hari tu.... Hari kedua 9hb 3 kitorang keluar nak pergi snorkelling kat Coral Island. Lepas jer breakfast kat Coral Bay Resort tu, terus siap-siap dan pack barang untuk ke Teluk Nipah sebelum naik bot ke Coral Island. Nak ke Teluk Nipah senang jer sebab memang banyak teksi van kat luar Coral Bay ni. Kitorang amik satu van untuk ke Teluk Nipah, tapi driver van tu cadangkan kitorang round island dulu sebelum kemudian turun di Teluk Nipah, then nak balik dari Teluk Nipah dia amik hantar ke Coral Bay semula. Caj untuk round island RM70, kalau MS naik van tu ke Teluk Nipah pula sehala RM15. Kalau ikut planning kitorang nak round island esoknya (10hb 3) tapi bila fikirkan cadangan driver tu, lagi jimat. So, kitorang round island dulu.....

Salah satu tarikan di Tokong Fu Lin Kong

Aqif dengan replika kura-kura @Fu Lin Kong


Afif @ Fu Lin Kong

Bersama anak2 di Kota Belanda






 
@Kota Belanda....

@ Kota Belanda   
 Kemudian kami di bawa mengelilingi pulau kearah utara, melalui Teluk Chempedak, Teluk Belanga berhampiran Lapangan Terbang Pangkor, Coral Beach dan Teluk Nipah (kawasan tumpuan orang ramai). Sampai Teluk Nipah dalam pukul 10 pagi, terus anak-anak dah tak sabar nak naik bot. Cara nak pergi snorkelling ada 2 pilihan, sama ada pilih bot kecil atau besar. MS pilih bot besar sebab anak-anak kecik lagi, risau juga. Caj bot besar RM70 dan bot kecil RM50, untuk pergi dan balik dari Coral Island. Sebelum sampai Coral Island pemandu bot tu tunjukkan batu bentuk ikan paus dan buaya.

Batu ikan paus

 
gelagat anak-anak happy dan takut naik bot....

Kecut perut juga naik bot ni....

pemandangan dari Coral Island

Honey dan Afif sibuk ber snorkelling...

Afif jer yang berani ikut abahnya snorkelling.....

Bot datang amik kitorang dalam pukul 1.00 petang, then bercanda pulak kat pantai Teluk Nipah. Lepas bersihkan diri, then makan dan shopping sikit-sikit. Call driver van tu, balik ke Coral Bay Resort dalam pukul 2.00 petang. Memang letih, sebab Aqif tertido semasa tengah makan.... Balik bilik terus bersih diri dan rehat.

Lepas Asar jer anak-anak dah sibuk nak pergi mandi kat kolam pulak... turun jer ke kolam terus cergas jer anak-anak ni. Sebelum tu macam dah penat main air tapi tak puas-puas lagi berenang.

Memang puas hati bila dapat mandi...

Sesuai untuk kanak-kanak bila ke Coral Bay Resort ni, sebab ada swimming pool.

Honey pun terpaksa mandi kat kolam kanak-kanak sebelum ke kolam dewasa.

Gelagat Azim main gelongsor...

Aqif asyik nak berkepit dengan abahnya
Memang berbaloi bila bawa anak-anak ke Pulau Pangkor time ni sebab tak ramai sangat orang, so tiap-tiap tempat tu tak delah ramai sangat pengunjung. Bila dah balik dari Pulau Pangkor, Afif asyik bagitau dia nak kumpul duit nak pergi lagi..... sebabnya boleh bermain air sepuasnya...

Cuti bulan Jun nanti MS nak bawa lagi anak-anak ke sini memang happy bila tengok anak-anak happy....... We will come again.... PANGKOR ISLAND....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan